mata hati terhijab

assalamualaikum..

memandangkan rmai jugak org cerita pasal ni,n aku terkejut ramai jugak yg ada kelebihan mcm ni. so,aku cuba untuk berani meluahkan apa yg aku rasa. ni bukan cite rekaan ,tipu ke apa. ni cite apa yg aku lalui skrg.

okey,tahun lepas kwn aku kia (bukan nama sebenar) ada sorg kwn ni. kwn dia ni boleh tau sifat , benda yg lepas n yg akan datang , dia anak ustaz n imam surau, ayah dia pun ada kelebihan ni ,dan kia ni dia terpikir la nk kasi gambar satu dorm utk tahu sifat msing2. tapi dia tk bgi tau aib org tu ,just yg baik je.
dan salah seorng dlm gmbr tu ada aku.
ok start lah malam tu. tetibe kia ni chat dgn aku dkt wassap, dia tnye aku "ko ada kelebihan tak?" aku ckp la aku pndai lukis haha *eh tu kelebihan ke haha* pastu dia tnye lagi "alaa kelebihan yg unik cmtu" aku ckp la tkde plk. pastu dia cite la smuanyaa pasal dia kasi gmbr kt kwn dia tu utk tahu sifat kwn2 . kia ss(screenshot) apa yg kwn dia bgitau pasal membe2 kiteorng. n kebanyakkannye mmg betul. aku terkejut. padahal dia tk kenal n tk pernah jumpa pon. umur dia dgn kiteorg pun jarak jauh sangat. n kia ni kasi la ss ttg sifat aku. dia ckp aku ni ada kelebihan yg Allah bagi. iaitu mcm bleh tau sifat org tu ,tgk perkara lepas n etc. aku, bila dpt tau semua tu tetibe aku menggigil n nngis. tk tau knapa.

aku tk percaya. mmg tk percaya.

pastu aku mintk no kt kia nk no dia tu. nk tnye lebih mendalam betul ke smua tu yg aku ada bende cmtu. n aku dpt la no dia. so dia ckp aku mmg ada, tpi mata hati aku masih terhijab . lambat laun akan terbuka juga. lambat atau cepat.

aku tk caye gak. aku penah smpai ckp mcm ni kt dia"bukan dari jin ke syaitan ke hantu ke kan? tk syirik kan?" hahaa smpai cmtu skali. sbb saya tk pernah tau pasal ni. n firstime tau. dia ckp tkkan la dia nk gunakan melalui syaitan. nauzubillah.nnti dia jgk yg kena balasannya. dia ckp.

n dia kata, kau kene yakin bagaimana ko yakin ko pasti akan mati nanti.

hmm aku pun tk tau la. dia ckp jgn tinggal 3 Qul , bce slalu maksudnya jgn tinggal bca quran. zikir,dan banyak lagi la.

ntah la smpai skrg aku tk rasa pape lagi. mungkin satu hri nnti. sbb kdg2 aku ada rasa tk sedap hati . tup tup mmg ada perkara buruk berlaku. antaranya sebelum terjadi kren jatuh kt mekah tu. dan ada yg lain..

wallahualam semuanya yg baik ada pada Allah. yg Maha mengetahui lagi maha berkuasa. Allahuakhbar.

dia dpt baca melalui mata, dia ckp mata aku ada satu cahaya. itu lah maksudnya aku ada kelebihan Allah beri tu.

dia ckp dia bukan Tuhan yg tahu segalanya, cukup lah kamu bergantung pada Allah tuhan yg satu tiada selain Dia.. wallahualam.

maaf kalau ada yg rasa pelik. tapi dunia ni mmg tersembunyi dengan perkara yg kita tk pernah ketahui. dan dunia ni sangat misteri.

dia bagi tau lagi ,pape pun jgn smpai terpesong akidah. cukup lah kita ikut apa yg telah diajarkan.maksudnya solat , sunnah , dan sebagainya..
:)

– ad

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *