matawang
Thanks sekali lagi kalau siarkan confession aku kali ni,
Kali ni aku bukan nak cite pasal unfaithful ex fiancee, tapi nak cite pasal peritnya student yg belajar kt luar negara macam aku ni,first thing, aku nak minta maaf atas post aku yg lepas dimana ayat2 nya agak terabur, here goes, mcm yang korang tahu, duit malaysia sekarang kan jatuh macam haram, seriusly mcm haram.. Aku terpaksa hidup ala kadar, sebaik aku ni kurus, jdi aku mkn sekali sehari je, aku yang duduk jauh ni pun terasa tempias yang datang dari malaysia, dah la aku ni bkn dri family yang senang, aku belajar kat sini takde dapat sponsor mana2, cuma ad zakat negeri yang membantu meringankan sedikit beban, tapi tu pun tak banyak.. Sekali setahun je bantuan tu dapat.. Selebihnya dari duit parents dan duit hasil aku kerja part time, so setiap kali aku balik malaysia aku tpaksa keje, jadi masa dgn family n kwn2 kurang.. Dah la balik malaysia setahun sekali je, then balik tak dpt spendtime sepenuhnya dgn family n friends, aku mengikuti saranan profesor cerdik negara iaitu Ahmad Maslan, iaitu buat dua kerja, pagi aku kerja cafe, malam aku kerja jual burger sampai pagi.. Jadi.. Aku bukan nak berpolitik, tapi aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada voters2 kerajaan PRU lepas, aku malas la nak berceramah agama ttg tggungjawab pemimpin kt rakyat dan peranan rakyat dalam memilih pemimpin kat sini kan, tapi korang faham sendiri la.. Aku kesian kat parents aku, abg aku masih belajar, adik2 aku pun brd disekolah menengah, sebaik ad sorang adik pompuan aku tu, dia dpt biasiswa jpa kt uni dia, jadi ringanlah sikit beban parents aku, abg aku? Abg aku pn cuba hidup sendiri ( skrg tgh amik master) aku anak ke2 btw, tnpa minta duit dari mak bapak aku, sadis wei.. Kdg2 aku tpaksa tipu parents aku bila dorang tanya ad duit ke tak.. Aku selalu cakap ada, padahal tgh papa kedana, sebaik ad kawan2 yg memahami yg kdg2 dorang belanja aku makan dn bgi aku pinjam duit, kdg2 aku jeles tgk ank org kaya, nk semua dpt, aku ni, masih pakai kasut converse sama yg dh berumur 4 tahun smpai skrg, sampai classmate local kt sini pn suruh aku tukar kasut, malu wei, baju kuliah pn pakai pakaian bundle, so.. Aku seru kat rakyat malaysia, buatlah pilihan yg baik dlm pru akan datang.. Aku tahu ad yg susah dari aku, dan aku bersyukur sebab masih mampu makan, tapi ni cuma sedikit luahan dari rakyat marhaen mcm aku, dan kdg2 aku sedar.. Mungkin bekas tunang aku dlu dia nampak aku ni bukan dari keluarga yg senang,dan dgn bersma aku dia akan hidup susah, sebab tu dia pilih lelaki yang berada dan satu Uni dengan dia.. Aku redha Walaupun perit, aku sedar diri aku miskin, aku pn skrg dh tawar hati fikir pasal pasangan thanks to her, masih ada berbaki 2 tahun kat sini, sebelum aku tutup, ni aku nak bagi nasihat sikit, kaya kat dunia tapi dengan cara yang haram dan lebih teruk menganiayai orang berbaloi kah? Ingatlah, Allah itu wujud dan janji2 nya benar.. Dunia hanya persinggahan tetapi diakhirat itu selamanya,
Sekian
– perantau overseas