Materialistik kah?

Assalamualaikum wbt

Aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Aku perempuan. Aku grad tahun lepas. Aku bekerja sebagai customer service di sebuah company. Gaji aku taklah banyak mana. Cukup lah nak tampung hidup aku, saving sikit dan hulur duit pada parents aku tiap-tiap bulan.

Kebelakangan ni aku macam terasa hati dengan kawan-kawan aku. Bila bertahun tak jumpa, mesti nak update life masing-masing kan. Aku bawak kereta kancil. Itupun kereta abang aku sebab abang aku dah beli kereta baru. Dia bagi kereta tu kat aku sebab dia kesian tengok aku susah nak pergi kerja.

Tahun ni ramai betul kawan-kawan aku kawin. Setiap kali jumpa kawan-kawan yang lain masa kenduri, diorang mesti tanya "aku kerja apa sekarang?" "Kau datang naik apa?" "Kau beli kereta apa?". Bila aku jawab aku bawak kereta kancil. Reaksi diorang macam aku ni hina. Terasa aku.

Pernah ada satu masa tu ada kenduri kawan sekolah. Kawan-kawan aku yang lain semua pakat nak pergi sama-sama. Tapi takde sorang pun sudi pergi dengan aku sebab aku tak bawak kereta yang mahal macam diorang. Malu kot nak naik kereta aku.

Lagi satu pernah sekali aku pergi makan dengan kawan aku. Kawan aku suruh aku parking jauh dari kedai sebab malu nak turun dari kereta aku. Sedih hati aku. Tak sangka aku orang sekarang ni terlalu materialistik.

Aku dah tak contact dengan kawan-kawan aku tu. Bagi aku, diorang tak appreciate aku sebagai kawan. Buat apa aku nak hidup dengan orang yang suka memperlekehkan aku. Ramai lagi kawan aku yang boleh terima aku seadanya. Cuma aku terkilan bila ada orang yang meletakkan nilai persahabatan itu pada mewahnya kehidupan sahabat bukan dinilai melalui hati. Betul orang kata, kawan sejati itu sukar dicari.

– Cik kancil

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

117 Comments

  1. Hahahaha kesian dorang. Beli keta mahal2 tapi kena bayar sndiri. Awak jugak untung tapayah bayar bulan2. Lagi banyak duit simpanan dari gaji, kita sama, sep sket! Saya pakai keta savvy buruk second hand gak, bahagia je hidup. Da slamat kawen ada anak da pun. Nasihat saya, find new friends. Good friends are suppose to bring you up. Cheer up

  2. Hahaha… itupun nk terasa. Kawan korang kereta baru2 pun berhutang xyah la nk terasa sgt… ko ni pun 1… org lain ckp nk amik buat kudis… ko tggl jer kawan yg xde tamadun mcm tu… byknya kereta kalah org kaya sbb nk impress kawan2 tp berhutang end up duit bkannya byk… mkn megie jer pun… time nk byr roadtax 2 bulan gaji…

    Idup pun berhutang xyah nk takabur sgt
    Ko pun xyah la nk rasa hina yg x syarie ni…

    Xpe kereta buruk xde hutang bank riba
    Kereta baru mengkayakan bapak kapitalis ko rasa selamat ke akhirat?

  3. Sudi tak Awatif Hassan Nur Liyana nak naik kete aku? Malu la ittew. Hahahaa gila kau mmber cenggini. Belum pernah lagi hayat aku jumpa memember cennggini.

  4. kawanku..ko kena bersyukur ko ade jugak kete bolehla nak guna kalau nak g mana2 senang walaupun kete tu kete kancil je..kalau kawan2 ko cmtu xyah layan la tu namenye xreti bersyukur..move on la kawan bende kecik cmtu xyah ambil hati sgt..cari kwn yg boleh hargai ko..

  5. Kawan2 ko sume beli keta hutang, xde ape yg nak dibanggakan. Untung ko dpt kete pree xyah byr bulan2. Bersyukurlah. Jimat byk.. Pedulikam la org nak kata ape. Tak payah la kawan dgn org camtu, xrugi ape pon.

  6. Pada yang baru grad sebelum stahun tu kalau xde keje, tolong pegi career services iium, minta keje dengan dorang. Korang student ni tau tak career services tu keje dorang adalah untuk pastikan student uia dapat keje lepas grad? Pegi sana and suh dorang carikan keje. Itu memang keje dorang untuk memastikan 100% iium graduates dapat kerja. Itu kpi IIUM ye.

  7. bagus cik kancil buat keputusan tak contact dgn diorg. tp esok klu ada rezeki ko beli kete beso, ko jgn bg depe naik andai kata tercontact balik. klu terpaksa bawak pun, ko suruh ketuk kaki kt luar dulu.

  8. Untung ada kereta. Aku tak ada kereta pun. Tapi untung aku tak ada kawan macam kawan kau. Tapi kau untung daripada kawan2 kau. Kawan2 kau hutang kereta 9 tahun. Kau tak hutang kereta 9 tahun. Adil kan?

  9. At least awk ad abang y kesian kt awk bg kancil. Sya moto kapcai je la nk kemana2 pun. Nak jauh sikit buat la muka xmalu mntak kawan tlg bwk, tu xde sape nak tolong. Hm. Bertabahlah. Makin brtmbh umur, makin kta nmpak sbnarnya sapa kawan y betul2 kawan. Cari kawan lain. Mna tau jmpa y betul2 ikhlas. =D

  10. rileks sis..saya gi majlis kahwin kwn naik moto jek..alhamdulillah selamat sampai..xperlu kisah sgt..bos saya tokey kereta sewa dan assistant manager kat company besar, gaji 4k 5k, gi kerja naik moto biasa..bahagia jek saya tgk dia..yg penting xperlu amek kisah pd perkara yg tak perlu.. :)

  11. Zaman sekarang ni hati kene keras sikit kakak, abaikan je dorang tu semua sbb tujuan kita disini nak abdikan diri pada Allah, diorang tu biarlaa jadi hamba dunia.. Be happy okayh

  12. Kalau aku jadi ko aku tinggal je kwn yg tumpang keta aku. X sedo diri ade hati nk malu org nmpk smpai suruh parking keta jauh2. Masa tu baru dia tau erti penyesalan. Dh la menumpang keta org. Bnyk pulak cekadak. X luak pun hidup ko kalau x de kawan2 mcm tu sis. Tu kwn2 bwk aura nagetif je dlm hidup ko. Bnyk lg kwn2 lain akan dtg dlm hidup ko nnt.

  13. Bersyukur la awk. Sy fresh grad jgk. G kje naik bas je. Bas kilg. Free. Pdhl engineer. Ats bas tu semo opertor je. Hee. Cool la. Bljr hidup sush dulu :)

  14. nak jalani hidup kena kental kawan.. alhamdulillah ada kereta kawan.. koi motor pon ehsan org.. alhamdulillah.. boleh gerak dr 1 destinasi ke destinasi.
    kalau peduli kata manusia, mereputlah kawan..

    pedulilah pandangan Tuhan..

    “Kalau kita mengejar dunia, Akhirat akan meninggalkan kita, tapi kalau kita kejarkan Akhirat, dunia akan bersama kita”

    • koi apa pun takdak .haha. public transport je. takde hal penting utk keluar mereput je lh kt rumah. huhu.
      Allah tk ckp ada kereta mhl baru blh masuk syurga. yedak??

  15. Allah nk tunjuk kat cik kancil sape kawan yg betul2 ikhlas, bukan kerana rupa,harta… rileks je yg pntg hidup tak menyusahkn dorg.. ikut kemampuan sendiri.. aku lek je naik bas … klau nk fikir balik kena besyukur at least dh ada transport .. ada org lain lg susah ada pegi kerja jalan kaki jauh..

  16. Lntak depa lah. Xpyh duk hirau. At least keta sis x berhutang. Apa guna pkai keta mewah tp berhutang. Kbnyakkn org yg lpas grad n dh dpt keja mmg jnis mcm tue, pikiaq nk pkai keta mewah. Sbbnya malu klu kluaq dgree pkai keta biasa². Nyahkan je depa tue dr hdup sis.. x rugi pn klu x hadap mber² hat jnis mcm tue…

  17. Huntung la ada kete kancil. Sy dulu grade degree, start kerja gaji 700++, smpai skrg pun xde kete, gigih kerja bertahun2 company yg sma, lepas kawin trus jd surirmh . Alhamdulillah, gaji xla besar mana sblm benti, ddk kl lg dan yg penting skrg sy berbahagia sbb xde hutang loan. Ptptn pun dh langsai dgn gaji yg ada. Kesimpulannye… biarkn apa org lain pk. Kete besar, hutang pun besar. Jnj kita hidup xmenumpang duit dorang.

  18. tak berbaloi ada kawan mcam tu. just waste our time, u make a right a decision. dont worry, cukuplah ade kawan sedikit yg benar2 hargai kita :)

  19. Ada kancil pn dah brsyukur gile ..plus takyah pikir nak bayar bulan2..dorang taktaw asset sebenar bukan kereta..tapi hartanah..tanah lagi tinggi nilai die..and biar jelah kwan yg mcam tu..tak luak pn life kalau takde kawan yg materialistk..just enjoy your life sis..life is too short to worry unimportant things..

  20. Hahaha.. Kite same sis bwk kancil je pegi keje, tu pun kancil mak aku yg 14 tahun lps. Xkisah la, janji boleh gerak, nk paking senang sbb kecik, boleh sumbat2 je, at least ade bumbung elak hujan panas dh cukup. Lgpun jimat minyak, aku isi rm10 leh tahan dkt 2 minggu. Hahaha Pdulikan jela kawan2 ko yg poyo tu, klo xkwn pun xrugi apa drpd mkn hati je..

  21. Lebih baik pakai kereta kancil dan poket tebal dari pakai kereta mewah dan poket kosong.

    Awak hutang zero dorang hero dalam berhutang…chill sis

  22. Bgs..x yah contact dh drng…ske hati je nk pndng rendah kat orng…x ingt langit tingi rendah mmg gitu..die rse hebt sngt la tu…x pe..asl ko bhgie dgn hidup ko dh…x ssh kn orng dh…yg yah amik pot orng cm tu…ak doakn ko trus maju jaye dlm hidup..aminnn~~~~

  23. lulzzz,,,,, awak lagi kaya, kereta xde hutang. :3
    sabarlah awk,,, inilah dugaan berkawan. xpe, yang penting awak kene tahu harga yg awak ada, i mean kelebihan awak. at least awak ada kje, awk xde hutang kereta. best apa. :3

  24. U did the right thing sis. Best decision ever and u will never look back, trust me. I like this confession sebab dia dh bgtau solusi dia siap2, x perlu tunggu org bersyarah kt dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *