Jam 2.20 am, aku baru selesai melakukan pembedahan ke atas seorang pesakit dan alhamdulillah pembedahan berjaya. Aku bersyukur kepada Allah azzawajal. Tugas aku akan tamat jam 3.00 am. Selesai membersihkan diri aku duduk berehat sebentar sambil melihat SN menolak pesakit keluar dari dewan bedah.
Jam 3.07am, SN menolak masuk seorang pesakit, perempuan melayu dalam lingkungan 40an ke dalam dewan bedah utama. Aku yang kepenatan tahap gaban terus bertanya SN siapa in-charge pesakit tersebut dan SN memberitahu tidak pasti lah doktor. Aku melihat dokumen yang di bawa dan juga xray. Oh bukan di bawah seliaan aku. Pesakit mengalami kebocoran usus dan perlu di bedah segera dibimbangi kuman merebak ke bahagian lain. Bahagian yang bocor perlu ditampal segera. Aku melihat juga pesakit mempunyai sejarah kanser payudara dan telah menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya. Seketika kemudian aku nampak rakan seperjuangan masuk ke dalam dewan bedah. Pakar bius juga masuk. Aku seperti biasa wish good luck.
Aku melihat pakar bius mula mengambil posisi untuk melakukan prosedur bius. Pesakit di bawah General Anesthesia(GA) atau dalam istilah lain pesakit akan di tidurkan sepenuhnya. Intubation set mula di keluarkan. Pakar bius mula memasukkan laryngoscopes bertujuan untuk memasukkan tiub ke dalam airways pesakit supaya sistem respiratori berjalan lancar kerana pesakit under GA. Aku lihat pakar bius menunjukkan isyarat tangan tanda bagus, bermakna proses intubasi berjaya. Kira kira 3 minit kemudian, tiba tiba aku melihat pakar bius sudah melompat ke atas katil pesakit dan memulakan CPR. Ahhh sudah, kenapa pula? Pesakit collapse tiga minit selepas di bius.
Cardiac monitor menunjukkan asystole. CPR terus di lakukan. Selepas 25 minit, cardiac monitor mula menujukkan sinus rythm. Fuhh lega. Tapi tekanan darah tiada bacaan. Berderau darah di buatnya. Pakar bius dan pakar bedah serta SN sentiasa berada dalam keadaan bersedia kerana pesakit boleh collapse semula bila bila masa kerana bacaan tekanan darah tiada bacaan. Dalam perubatan, jika tekanan darah tiada bacaan, bermaksud pesakit akan mati. Aku mula cemas dan membantu apa yang patut. Allahuakbar, cardiac monitor asystole semula selepas 5 minit, melompat SN ke atas katil pesakit dan melakukan CPR, alhamdulillah cardiac monitor menunjukkan adanya rythm but again tiada bacaan tekanan darah. Selepas dua minit pesakit collapse semula. Sekali lagi SN melakukan CPR. Segala prosedur telah di lakukan. Sekali lagi jantung pesakit hidup semula tetapi masih lagi tiada bacaan tekanan darah. Ubat ubatan seperti adrenaline telah di berikan ke tahap maksimun. Pada kali ketiga bacaan rentak jantung pesakit di lihat stabil iaitu 72bpm tapi tiada bacaan tekanan darah. Close monitor di buat oleh pakar. Tiba tiba bacaan kadar jantung menjunam kepada 25bpm dan berhenti di situ. Fuhh aku ingat nak asystole semula. Jam di dinding menujukkan 4.30 am. Ahli keluarga pesakit telah sampai setelah mendapat panggilan dari hospital. Mereka di benarkan masuk ke dalam dewan bedah untuk membaca yassin.
Jam 4.50 aku melihat ahli keluarga mula meninggalkan dewan bedah. Aku tertanya tanya eh adakah pesakit sudah Last Office(death)? Namun rakan aku si pakar bius kata not yet, the heart rate is maintain at 25bpm and no signs to escalate. The BP has no reading since the first collapse. Aku tanya dia “ chances?” and dia ckp “ slim”.. Aku mula cuak. Sudahlah di red zone dua kematian seorang dewasa dan kanak kanak. Seram aku di buatnya. Jam 5.00 am, cardiac monitor menunjukkan asystole and annouced death by the primary physician. Innalillah yang kekal hanya Allah. Aku mula mendengar tangisan ahli keluarga dan aku turut menangis. Aku bertanya kawan aku apakah sebab kematian? “Intra Abdominal Sepsis Secondary To Underlying Breast carcinoma “.. Seram dengar. Trauma aku di buatnya.. Aku menemani ahli keluarga arwah ke jabatan forensik dan menguruskan beberapa perkara.
Al Fatihah
Aku seorang doktor
– Aku seorang doktor
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit