Ustaz Murabbi Penunggang Agama

Bismillahirrahmanirrahiim.

saya mulai luahan ini di atas rasa tanggungjawab untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada para pelajar dan para mahasiswa muda islam yang bersemangat dan berpotensi pada masa hadapan menjadi orang yang hebat daripada menjadi mangsa si penunggang agama. Tidak bertujuan mengaibkan sesiapa cuma berpegang berdasarkan kaedah feqah ” diabaikan mudarat yang kecil untuk menjaga mudarat yang lebih besar” dan juga keharusan untuk menyebut keburukan seseorang agar terjaga manusia daripada kejahatan dan kezalimannya dengan syarat bukan atas dasar sifat kedengkian sebagaimana disebut oleh pengarang kitab siarus salikin
al allamah al arifu billah syeikh Abdus Somad Alfalimbani. rahimahullahuwaasiatan.

kisah bermula apabila kami kalangan pelajar- pelajar sekolah di Terengganu , diantara aktiviti yang dijalankan di sekolah untuk membentuk sahsiah dan kefahaman asas islam ialah melalui aktiviti usrah.
hakikatnya ia adalah satu aktiviti yang bagus untuk membentuk kefahaman asas islam kepada seorang islam.

titik tolak penyelewengan aktiviti usrah ini bermula apabila seorang individu yang saya beri nama samaran ustaz M ditugaskan untuk menyelia aktiviti- aktiviti usrah di peringkat pelajar- pelajar sekolah Terengganu.

Pada asalnya tidak ada apa- apa kelainan aktiviti usrah yang dijalankan di kalangan pelajar- pelajar. Bermula penyelewangan apabila ustaz M ini menggunakan jawatan yang beliau pegang untuk mempengaruhi dan mengkader para pelajar agar menjadikan dan mengiktiraf beliau sebagai murabbi tanpa sedar. Para pelajar yang dilihat berpotensi dipilih untuk berbaiah khusus dengan beliau dan dijadikan satu gerakan rahsia. sebahagian besar pelajar yang mengikut ustaz tersebut atas dasar beliau bertanggungjawab menguruskan usrah pelajar-pelajar sekolah menengah di Terengganu.

kemuncaknya apabila para pelajar yang berbaiah khususnya digunakan untuk menjayakan agendanya untuk menubuhkan sebuah madrasah dan kompleks anak yatim khas yang akan menjadi pusat pergerakan mereka…Ramai para pelajar yang cemerlang dan berpotensi dikorbankan masa depan mereka apabila digunakan istilah taat wala untuk menjustifikasikan tindakan beliau. Ada kalangan pelajar yang tidak sambung belajar kerana disuruh berkhidmat, mencari dana dan menguruskan madrasah beliau atas alasan perjuangan dan taat wala.

akhirnya perbuatan dan agenda beliau diketahui oleh pihak atasan , lalu beliau disingkirkan daripada jawatan menguruskan usrah pelajar- pelajar sekolah. Cumanya Saya bersimpati dengan kalangan pelajar2 yang berpotensi yang telah digadaikan masa depan mereka atas alasan taat wala dan perjuangan sedangkan hakikatnya kerana kepentingan peribadi si ustaz M ini.

Juga diantara tindakan si ustaz M ini ialah mengatur jodoh sesama ahli yang dibaiah atas alasan agar fikrah terjaga. sekiranya ada kalangan mulimin dan muslimat yang tidak bersehaluan dengan beliau, beliau menggunakan kuasa veto beliau kepada pelajar- pelajar yang dipergunakan untuk mengarahkan agar hubungan pertunangan diputuskan dan dijodohkan pula dengan orang lain..nampak sungguh kejam.

kemuncak penyelewengan ustaz ini apabila beliau mempengaruhi salah seorang pelajar perempuan beliau yang mana seorang yang berpotensi dan menjadi ketua pelajar sewaktu di zaman sekolah menengah untuk berkahwin dengan beliau di selatan siam. Pelajar perempuan tersebut asalnya yang sudah menjadi tunang orang sebelum itu memutuskan tali pertunangan tersebut selang beberapa lama sebelum bernikah dengan ustaz tersebut di selatan siam atas alasan tidak sehaluan dengan bekas tunangnya….saya sangat bersimpati kepada pelajar perempuan tersebut kerana akibat pengaruh ustaz tersebut atas nama perjuangan dan taat wala sehingga sanggup meletakkan ibu bapa sendiri di belakang dan mendahululan orang lain..Hendak dijadikan cerita isteri pertama kepada ustaz tersebut mengamuk dan akhirnya memaksa si ustaz tersebut melafazkan cerai talak tiga kepada si pelajar perempuan tadi…lalu si ustaz tersebut melafazkan talak tiga sambil disaksikan dan dirakam secara audio oleh si isteri pertama tersebut dan kalangan saksi pada waktu tersebut. Sungguh tragis dan kasihan si Pelajar perempuan yang jadi mangsa nafsu si ustaz..Tetapi malangnya si ustaz ini berhelah katanya talak masih tidak jatuh walaupun disebut secara sorih atas alasan beliau dipaksa oleh isterinya.. pelajar perempuan tersebut tergantung statusnya.. Akhirnya setelah didesak oleh ahli keluarga perempuan tersebut dan isterinya sendiri akhirnya kes ini dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan.. sampai ke hari ini kes masih belum dapat diselesaikan . masih dalam urusan mahkamah.. Jahat sungguh perangai seorang ustaz.

selepas terbocor perbuatan penyelewengan si Ustaz M ini , pelajar- pelajar yang pernah mengikuti beliau kebanyakan berlepas diri daripada beliau dan membawa haluan masing- masing

setelah berlalu masa, saya mendoakan agar ustaz M ini insaf dan berubah namun maklumat yang baru diketahui oleh saya ini menjadi titik tolak saya mengambil keputusan untuk menulis luahan ini untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar kepada adik- adik pelajar dan mahasiswa. baru- baru ini saya mendapat tahu bahawasanya ustaz M ini masih menjalankan perkaderan secara rahsia dan mempengaruhi pelajar- pelajar universiti di sekitar terengganu dan mengkaderkan pelajar- pelajar sekolah secara rahsia. walaupun tanpa ada jawatan yang dipegang..Beliau menggunakan pengaruh saki baki pelajar pelajar yg masih terpengaruh dengan beliau untuk menjalankan agenda ini. Yang terpengaruh adalah para mahasiswa dan pelajar sekolah yang tidak tahu apa-apa dan bersemangat islam, mereka tidak sedar mereka dipergunakan oleh ustaz M ini sebagaimana abang- abang dan kakak- kakak mereka yang terdahulu…

Dari sudut gaya hidup mewah si ustaz ini juga mencurigakan sehingga menimbulkan keraguan dikalangan masyarakat bagaimana hasil sumbangan orang ramai kepada madrasah diuruskan dari sudut perbelanjaan kewangan madrasahnya….untuk pengetahuan semua, di antara sumber kewangan madrasahnya adalah sumbangan orang ramai. tabung madrasahnya merata diletak di tempat tumpuan orang ramai spt restoran dll….Tetapi malangnya laporan kepada pihak bertanggungjawab untuk memantau perjalanan kewangan madrasah tidak dapat dibuat kerana audit kewangan diperingkat madrasah tidak dibuat dan tambahan pula madrsah tersebut atas nama beliau sendiri.

akhir kata saya berharap sangat agar pihak yang bertanggungjawab melakukan sesuatu terhadap si ustaz M ini dan minta para netizen menyebarluaskan luahan ini dalam media sosial seperti fb dan whats app agar tidak ada kalangan adik adik kita dan saudara mara kita yang menjadi mangsa si ustaz ini. Buat pengetahuan semua madrasahnya masih beroperasi sehingga ke hari ini dan saya juga timbul kebimbangan terhadap masa depan pelajar tahfiz di situ adakah mereka akan dipengaruhi dan dikaderkan dan dibaiahkan sebagaimana sejarah lalu. Para ibu bapa minta alert dengan perkara ini..para mahasiswa dan pelajar sekolah pula khususnya di terengganu mintalah agar sekiranya ada kawan- kawan yang terpengaruh dengan si ustaz tersebut agar mereka berlepas diri daripada ustaz tersebut serta merujuk kakak- kakak dan abang- abang mereka yang telah dipergunakan oleh ustaz tersebut sebelum ini untuk mengetahui perkara dan perangai yang sebenar “USTAZ si ‘ MURABBi PENUNGGANG AGAMA”.

Kita sama – sama memohon agar ustaz ini diberikan kesedaran dan hidayah oleh Allah SWT.

” Allhumma arinal haqqa haqqan warzuqna ttibaah , waarinal batila batilan warzuqna ijtinabah.”
– Ya Allah tunjukkanlah kebenaran kepada kami sebagai satu kebenaran dan rezekikanlah kami agar dapat mengikutnya dan tunjukkan kepada kami kejahatan sebagai satu kejahatan dan rezekikanlah kami agar menjauhinya..

yang bersimpati,
musafir akhirat

– musafir akhirat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *