Assalamualaikum and salam sejahtera. Firstly, thank you admin kalau post ni disiarkan.
Siapa suka makan McD ? Mesti ramai kan ? Aku pon suka beli and makan McD. Tapi.. tu dulu dua tahun lepas. Alhamdulillah sekarang aku dapat biasakan diri untuk tak beli McD. Masa mula2 dulu memang susah nak berhenti. Yela. Benda tu memang aku suka makan. Kadang2 balik sekolah singgah McD. Huhu.
Kenapa aku da tak beli McD ? Huhu. Bukan setakat McD. Tapi aku boycott Nestlé products jugak. Milo, Nescafe, Maggi, Sos cili Maggi etc. Yang berkenaan dengan Israel.
Dulu aku seronok tengok ramai orang tak masuk McD sebab boycott. Termasuk family aku. Masa umur aku dalam tahun pertama pengajian, time tu aku belum boycott semua ni. Roommate aku dah boycott McD time tu.
alasan aku tak boycott time tu ; “ala. Kalau kita boycott, nanti kesian pekerja McD yang Islam tu..” Roommate aku balas.. “dorang boleh cari keja lain.”
Tapi time tu belom terkesan lagi kat hati aku. Still beli milo etc. And sampai la satu masa bila aku scroll fb and terjumpa page Aman Palestine. aku scroll gambar2 and tengok video. Aku jadi sebak. Aku jadi sebak and menangis bila tengok Gaza kena bom and kena bunuh dengan Israel. Tak silap aku time tu bulan puasa. Ada yang kena tembak time nak sahur. Allahu.
Terus aku fikir. “Aku mesti boycott”
Ye. Susah. Sebab milo memang benda kita minum daripada kecik tapi in shaa Allah aku boleh tahan diri aku. Aku tahan bila lalu depan McD. Tengok ice cream ya Allah sedapnya. Allahu. Kuatkan hati aku. Ayat yang selalu aku cakap dalam hati bila teringin.
Bila aku balik, aku pun happy bila ayah aku cakap “tak boleh beli McD. Kesian kat Gaza.”tengok McD pon lengang je. Takda orang Melayu.
Tapi. Tak lama lepas tu, makin ramai yang mula beli McD balik. Termasuk family aku. Hmm.. adik aku, dia boycott McD sebelum aku. Time aku still deny tak nak boycott. And now dia start beli balik. Aku jadi sedih. Kenapa ?
Sebab sebelum aku dia yang beriya riya tak nak beli tapi sekarang makin kerap. Huhu
aku bukan tak makan McD langsung. Tapi, aku tak beli. Contoh kalau ada orang tanya nak order apa (McD) ? Aku akan jawab tak nak. Sebab tu kira aku sedekah kt tabung McD walaupun orang belanja.
Tapi kalau ada orang bagi or cakap “tu ade burger atas meja. Makanla”
Aku akan makan. Kejap. Sabar. Kenapa aku makan tapi aku cakap aku boycott ?
Fikir. Ada orang da contribute kat McD and takkan nak buang pulak. Plus. Tu rezeki. Kesian kat orang Palestine. Dorang nak makan pun susah. So, bila ada orang bagi McD, aku akan makan. Tapi nak beli sendiri no thanks. Satu lagi makanan. Tolong la habiskan segala apa yang ada dalam pinggan korang.
Rezeki jangan dibuang-buang. Ramai lagi orang tak dapat makan. Aku sedih tengok Palestine and Syria. Sedih tengok macam mana dorang susah nak dapatkan bekalan makanan. Kita kat sini ? Hmm. Kalau tahu tak dapat habis jangan amik banyak2.
Buat yang masih istiqomah, aku doakan korang tetap hati untuk terus mem boycott. Buat yang masih belum nak boycott , in sha Allah. Satu hari korang akan dapat elakkan daripada membeli barangan Israel.
Jangan ada yang terasa hati. Ni adalah opinion aku. Ikut kata hati masing2. Mungkin ada yang tak boleh “berpisah” lagi. Cuma aku tak boleh tengok Palestine and Syria. Air mata aku mesti nak menitik.
Doakan aku semoga aku terus istiqomah. Alhamdulillah. 2 tahun dah. Semoga aku istiqomah selamanya. In sha Allah.
– Saera
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit