Media Sosial dari pandangan lelaki – 9:04 PM

Media Sosial dari pandangan lelaki

Assalammualaikum.
Sebelum ni aku ada terbaca pasal sister pos pasal gadis2 yg asyik suka pos gmbr selfie walaupun seorang bertudung labuh, berniqab dan sebagainya.

Ini beberapa pandangan peribadi seorang lelaki berumur 25 tahun.

1. 'Ana punya akaun suka hatilah ana nak upload apa pun'. Maka saya dengan suka hatinya akan unfriend atau unfollow saudari tersebut. Dah beberapa kawan saya sudah di unfriend walaupun sama kos ataupun sekolah. Tapi ini x bermakna kita putus persaudaraan. Di alam realiti, saya masih anggap anda sebagai kawan. Biarlah saya dianggap sombong mahupun berlagak. Tindakan ini adalah untuk menundukkan pandangan saya yang insyaAllah secara langsung akan menundukkan nafsu.

2. Islam ada dua, isinya dan syiarnya. Baik isi dalamannya maka baiklah syiarnya. Buat saudara saudari yang ingin berubah mari kita mulakan dengan perbaiki pemahaman kita atas sesuatu (isi). Contoh, menutup aurat, mulakan dengan fahami mengapa kena tutup aurat. Bila anda sudah faham, secara automatiknya anda akan menutup aurat seperti yg islam kehendaki. Mungkin sesetengah kita semangat nak berubah terus melompat ke tudung labuh atau niqab tanpa memahami kenapa ia perlu. X susah nak fahami, usaha sedikit sahaja. Ambillah iktibar dari perbezaan abid dan alim.

3. Media sosial ini umpama double edge sword, salah guna makan tuan.

Sekian, my dua kupang.

– BroMechanical

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *