Medical Insurance Membebankan

Assalammualaikum warga IIUMC. Aku seorang perempuan. Anak ke 7. Seorang yang bekerjaya.

Aku ini seorang yang berdikari sikit sebab arwah ayah meninggal masa aku first semester di IPTA, first paper arwah ayah aku meninggal. Masa itu aku ambil diploma. Adik aku lelaki sedang ambil spm manakala adik perempuan ku UPSR.

Jadi aku lah tempat adik-adik aku nak luahkan perasaan ke tau mohon bantuan kalau susah. Sebabnya abang aku semua lepas tangan bila kahwin. Yang faham itu fahamlah. Mak aku kerja buka kedai nasi lemak.

Ayah aku sebelum meninggal memang dah sediakan rumah untuk keluarga kami, kedai kecil untuk mak aku dan satu rumah untuk disewakan. Tiada hutang. Tapia da buat simpnan untuk aku dan adik-adik dalam ASB dan Tabung Haji.

Aku dah ambil insurance medical ini 5 tahun. Aku tak ambil awal sebab tanggung adik-adik aku belajar di IPTA. Untuk pengetahuan korang aku seorang yang berdikari. Aku banyak pantau adik-adik aku membesar.

Aku bantu mak aku. Yelah nak harap abang aku. Boleh jalan. Sekarang ini kami dah membesar, masing-masing dah kerja serta ambil medical insurance ni.

Persoalannya adalah bila mana kadar kenaikkan insuran makin lama makin mahal. Seperti aku kadar kenaikan 2 kali dah dalam tempoh setahun. Kalah bulanan simpanan aku.

Jadi aku dah jumpa agen aku dah minta feedback semua. Aku kurang berpuas hati sebab agen aku sebenarnya dah tersilap sign up untuk pakej yang sesuai dengan kehendak aku masa first lagi itu.

Aku memang ada isu dengan agen aku. Sampai aku terpaksa lapor pada pihak insurance baru sekarang selepas 3 tahun nak follow up. Lewat nak mampus. Dah masuk 5 tahun masih lagu itu.

Pihak insurance memang tak nak rugi. Umum aku tahu, kad medical tak boleh kurangkan bayaran jadi portion bayaran boleh dikurangkan dengan item yang lain. Which is item itulah important untuk lepas kau bersara atau untuk waris kau nanti.

Aku dah try other medical insurance dengan item yang sama dengan medical sekarang ini. Pembayaran bulanan adalah separuh daripada insurance yang sedia ada.

Agen ini memang ok dimana kekawan aku pun ambil dengan beliau. Aku juga dah selidik customer beliau which is bukan kawan aku lah.

Mereka sendiri mengaku agen ini memang ok dan banyak konsult serta bantu urusan mereka kalau nak claim atau sakit.

Paling tertarik untuk aku dah tak perlu nak toup RM5k sebab dalam insurance itu dah cover 5k untuk umrah/haji nanti. Berbanding dengan insurance aku ini. Lelain semua adalah sama.

Agen ini memang aku dah selidik, beliau tidak akan paksa untuk ambil item yang tak penting. Beliau siap boleh nasihat mana item yang bagus untuk ambil atau tidak. Siap konsult untuk kau melabur di tempat lain, which is ianya betul.

Aku dah kira dalam masa 5 tahun. Cash value aku just 7k+ manakala dalam ASB aku dah more than 7k+. Kalau TH tak perlu cerita lagi banyak. Aku simpanan dengan menggunakan jumlah yang sama aku kena bayar untuk medical insurance aku.

Aku dah try dengan agen tersebut untuk submit. Bulanan memang separuh harga. Tetapi agen aku minta aku fikirkan dulu perlu pertimbangkan tentang risiko.

Tahun 2020 aku disahkan oleh doktor mempunyai disease rare. Dalam insuran baru ni tak cover. Tetapi insuran lama cover hanya jika ada pembedahan dan kronik. Sepanjang 5 tahun ini aku tak pernah claim apa-apa. Sihat alhamdulillah.

Persoalannya adakah aku patut terminate medical insurance aku sekarang dan apply insurance baru yang lebih murah tetapi kekal dengan benefits yang sama.

Aku fikir kalau bulanan bayar separuh harga. Aku akan ada simpanan untuk penyakit rare aku ini. Tak perlu lah aku keluarkan duit tambahan untuk bayar bulanan medical insurance yang naik ni.

Sebulan saja dah RM400 plus tau. Kalau pergi umrah atau haji kena lah added RM5K untuk medical. Tetapi jika baru ini, hanya RM250 dan tak perlu nak toup 5k sebab dah termasuk dalam plan insurance.

Risikonya pula, tak cover untuk penyakit sedia ada. Takut juga nak terminate dalam fasa pandemic ini. Walaupun ada medical insurance staff tapi kalau dah bersara nanti dah tak cover.

Aku dah tak mampu nak bayar kadar kenainkan medical insurance ini. Menteri pun pekak jew ini. Hahaha, Walaupun pernah menghantar bancian dan juga idea untuk ransangan ekonomi. Senyap gitew saja lah.

Ramai juga rakan-rakan aku dah terminate medical insurance ini sebab tak mampu. Kami dah berhabis jimat ini.

Sepanjang kerja tak pernah beli makanan dekat luar memang bawa bekal saja. Nak shopping apatah lagi. Beli yang penting sahaja. Nak berhibur pun cari aktiviti yang tak keluarkan banyak duit.

Walaupun kena bayar cukai LHDN itu. Aku tak banyak claim melainkan zakat sebab aku memang tiada lebihan duit nak beli segala keperluan dalam item lhdn. Itu selepas tolak simpanan. Aku memang tak mampu.

Apa pendapat korang semua? Kot la korang nak share pengalaman korang pula ke? Agen aku boleh agaklah apa kan, hahaha.

Aku masih menyara mak aku. Adik-adik aku pun membantu juga walaupun sedikit. Janji ada. Walaupun mereka dah berkahwin tapi mereka masih ada sifat kasihan pada ibu.

– Ez (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *