Melayu Berwajah Bangladesh

Assalamualaikum

Aku merupakan melayu asli. Bercakap bahasa melayu. Mengamalkan adat istiadat melayu. Makan masakan melayu. Berbaju kurung. Pendek kata aku memang melayu. Ibu aku melayu asli dan tidak ada darah campuran daripada mana-mana bangsa asing. Tapi, moyang ayah aku berasal daripada Turki dan Pakistan. Sebelah nenek aku berdarah Turki. Dan sebelah datuk aku berdarah Pakistan. Aku tak pasti sangat salah silah keluarga aku. Menurut cerita ibu aku seperti itulah. Tapi, yang pastinya, kesan daripada perkahwinan campur antara melayu dengan Turki dan Pakistan moyang aku dulu, maka lahirlah aku yang berwajah seperti ini. Entahlah. Ada orang kata muka aku macam Bangladesh. Ada orang kata muka aku macam Hindustan. Ada orang kata muka aku macam Arab. Hidung aku mancung, kening aku tebal seperti orang-orang di kebanyakan negara Arab, India, Pakistan dan Bangladesh. Kulit aku hitam manis macam Rani Mukherjee dan Kajol.

Tapi, yang aku nak tekankan di sini, wajahku yang seperti Bangladesh. Selalu orang akan tanya aku, “Are you Malaysian or Bangladesh?” Dulu waktu aku mula-mula berdepan dengan hal ni, aku sedih betul bila orang tanya aku soalan tu. Sampaikan Bangladesh pun kalau mula-mula kenal aku, dia akan ingat aku orang Bangladesh. Aku kerja di sebuah kedai runcit yang pekerjanya ada berbangsa Bangladesh. Mereka pun fikir aku orang Bangladesh. Bila aku beritahu yang aku melayu, mereka hairan kenapa ada orang melayu yang berwajah Bangladesh.

Entahlah. Mula-mula dulu aku sedih juga memikirkan hal ini. Tapi, lama-kelamaan aku semakin redha dengan keadaan ini.

Cuma aku nak jelaskan di sini tentang persepsi orang melayu pada orang-orang yang berwajah Bangladesh seperti aku ni sangat kasihan kalau nak dibandingkan persepsi bangsa melayu terhadap orang-orang yang berwajah kacukan Inggeris dan cina. Kalau mereka yang berwajah kacukan Inggeris dan cina tu, semua orang suka, semua orang sayang. Tapi, bila datang orang yang berwajah Bangladesh seperti aku ni, langsung tdak menarik minat sesiapa. Yang kita tengok viral di media sosial tu pun, pergi travel selfie satu gambar pun dah viral. Sebab apa…sebab dia kacukan cina atau Inggeris. Soal berkahwin satu lagi. Susah lelaki melayu nak terima aku sebab aku berwajah Bangladesh. Kalau aku berwajah kacukan cina dan inggeris atau melayu asli, mesti hal ni tak jadi masalah. Kenapa macam tu? Aku pun tak ada jawapannya.

Keadaan ini jadi teruk dengan limpahan pendatang asing daripada Bangladesh ke Kuala Lumpur. Orang Melayu ni kebanyakannya kurang mahu berkawan dengan Bangladesh, apatah lagi menjadikan mereka pasangan hidup. Kalau orang orang putih, semua mengimpikan mahu mengahwini mereka, mahu berkawan dengan mereka. Saya sendiri pernah mendengar pengakuan daripada orang Bangladesh sendiri bahawa perempuan Melayu susah untuk menerima mereka sebagai pasangan hidup. Untuk mengetahuan pembaca semua, saya akui sepanjang bekerja dengan Bangladesh, mereka memang ada menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan orang Malaysia dan menjadi penduduk tetap di Malaysia. Tapi, menurut mereka, sangat sukar untuk mendekati orang melayu untuk dijadikan pasangan hidup.

Begitulah yang aku alami dalam soal mendapatkan jodoh juga. Aku tidak mahu jelaskan panjang lebar berkenaan jodoh, kerana ia juga berkait dengan qada’ dan qadar Allah s.w.t.

Aku kadang-kadang rasa mahu keluar daripada kepompong melayu ni dan mengembara ke negara Barat, cina atau Indonesia. Supaya aku dapat lari daripada kecelaruan identiti hanya kerana aku berwajah Bangladesh. Di Malaysia, bila aku cakap aku orang Melayu, orang ingat aku Bangladesh. Kalau aku di negara yang tak kenal pun bangsa melayu, tentu aku dapat mengelakkan lagi salah faham orang terhadap aku yang melayu, tapi wajah seperti Bangladesh.

Sekian confession aku. Harap pihak admin akan publish confession ini.

Mentos

– Mentos

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit