Assalammualaikum para pembaca. Terima kasih admin jika sudi siarkan kisah aku. Aku bukanlah ahli falsafah yang hebat menyusun kata. Aku harap, confession aku kali ini boleh membawa inspirasi kepada golongan repeaters di IPT. Huhu.
Masih ingat aku lagi ? Kalau korang ada baca sebelum ini, Mampukah Aku Berjaya?, di siitu aku menceritakan permasalahan yang aku alami. Aku nak ucap terima kasih kepada mereka beri support dan kata positif pada aku. Alhamdulillah, lega sikit hati ni. Ada yang ingin tahu kenapa aku failed FYP. Macam mana boleh failed. Actually, aku dan SV tidak serasi. Aku yakin, bukan aku sorang je yang alami krisis macam ni kan. Punca failed ini memang dari silap aku sebenarnya kerana tidak berjaya menyesuaikan diri dengan SV dan tidak berusaha untuk mencari keserasian antara kami. Sungguh, bila kenang balik, aduhai, sedihnya.
Tapi confession kali ini, bukanlah untuk bahas punca aku failed tapi melihat hikmah disebalik keFAILEDan itu. Isk,isk, teruk nau nau BM aku kan. Haa, tak pek, asal korang faham. Oh ada juga yang kata aku ni tak cintakan ilmu. Ermm, macam mana nak cakap ye. Aku kurang minat dengan course ni sebenarnya. Kebanyakan kawan-kawan aku yang dapat kos ni, semua quit dan pergi univ lain. Mereka dapat buat macam tu sebab mampu dari segi kewangan. Aku ? Aku hanya mampu bertahan sehingga aku grad, inshaAllah.
Dan apabila aku diberi ujian ini, aku mula sedar. Aku tidak lagi menyalahkan takdir. Daripada aku asyik kata diri aku ni bodoh, why not, aku berusaha. Berusaha lebih banyak daripada orang lain. Disebabkan aku ni seorang yang tidak kuat untuk motivated diri sendiri, that’s why Allah bagi ujian ini as a motivation. See ? Nampak tak logiknya di situ. Aku juga sedang mencabar diri aku untuk menjadi melayu yang hebat dan tidak dilabel pemalas. Ya, realitinya, melayu adalah pemalas. Pemalas dari segi berfikir dan menggunakan akal. Aku cakap macam ni bukan sebab tengok melayu yang lain, cukuplah sekadar melihat diri sendiri. Nak kerja hebat, tapi tak nak usaha. Nak rumah besar, tak nak usaha.
Bila aku tak tahu nak buat program/coding, aku akan pergi ke satu site yang dinamakan Stack Overflow. Kat situ, korang akan lihat ramai programmer yang hebat dan boleh solve macam-macam programming problem. Mostly, mat saleh yang bijak pandai dalam programming. Tiba-tiba aku rasa rendah diri as a Malaysian. So, rajin-rajinlah menimba ilmu supaya negara kita boleh develop dengan pesat apabila lahirnya anak-anak bijak bestari dari bidang sains dan teknologi ditambah pula dengan rajin berusaha dan rajin berfikir.
Untuk peluang kerja, aku serah pada Allah. Dan aku take advice bro #simpanan6angkapadaumur28. Instead of sambung master, aku akan polish skill aku dan cari peluang kerja. Bukan senang nak senang. Kan ?. Apa yang penting ? opps, bukan kerjasama. Apa yang penting, jangan putus asa.
Doakan aku berjaya ya untuk VIVA kali kedua ni. Terima kasih semua.
– Gadis Bertuah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit