melutut kat aku pun belum tentu aku maafkan

hai assalamualaikum u olls. thank you admin sbb approve confession aku. tujuan aku tulis entry ni bukan untuk mengaibkan sesiapa tp untuk pengajaran buat kita semua.

aku & family menyewa di sebuah taman perumahan. masa mula-mula stay kat sana, jiran sebelah rumah aku ni nampak normal la tapi biasa la anak-anak diorang ni macam budak biasa, nakal sikit. aku takdela dengar cerita pasal family diorang ni macam mana kan. tapi years by years diorang tunjuk belang sikit-sikit. anak dia tu jenis suka pinjam buku revision aku. time tu aku form 5 and anak dia form 4. aku tak kesah pun dia nak pinjam tapi jenis tak pandai jaga harta orang ni aku macam pantang sikit la. pastu si bapaknya pulak jenis yg suka jaga tepi kain orang. macam semua orang nampak burukla di mata dia. bapak aku ni cam cool je, layan je apa dia cakap. nak percaya tu tidak la kan. jiran aku ni, apa yg aku nampak, diorang jenis suka ambik kesempatan. tapi aku cam kesian la kat anak dia, sbb mak bapak diorang cam berkira sikit even dengan anak sendiri. senang cerita kalau nak something tu, kau buat la pape pun janji dapat benda tu all by yourself and tak susahkan orang lain. yela, different family different la cara didikan diorang kan. one day tu, mak aku perasan ada baju+tudung hilang pada ampaian. sebelum ni ada gak perasan tapi kali ni tuhan nak tunjuk, mak aku nampak anak jiran aku ni pakai tudung dia. mula-mula tu kitorang cam fikir positif jela. tp banyakla benda negatif pasal diorang yg kitorang dapat tau lepastu.

time aku nak spm, aku taktau la apa jadi, family diorang tak bertegur dah dgn kitorang. beberapa tahun pastu, si bininya datang serang bapak aku. korang tau apa dia cakap? dia cakap mak aku ni pakai benda tak elok. pastu sihir kat family diorang. masa tu mak aku dalam rumah. tapi mak aku dengar 100% apa yg dia cakap time tu. masa tu nak masuk maghrib. bapak aku baru nak keluar pergi masjid. seingat aku apa yg dia cakap tu memang tak make sense langsung and utk pengetahuan korang, bapak aku 5 waktu solat jemaah kat masjid. for him, selagi kudrat ada, pergila buat pahala. macam aku cakap sebelum ni, bapak aku mmg jenis cool, orang tu serang dia, dia boleh cakap elok lagi. nada pun lembut je. start from that day, family diorang mmg canang cerita yg mak aku pakai benda tak elok and sihir family dia.

kemuncak cerita ni bila one night, pukul 11 ke 12 camtu anak dia histeria. mmg kaw2 punya histeria sampai diorang terpaksa panggil dalam 5-7 orang ustaz. lama weh anak dia histeria. sampai pukul 3 pagi. kitorang dlm rumah ni punyala takut. clear gila dengar anak dia jerit. and malam tu terungkai la cerita kenapa anak dia histeria and dari mana datang benda tu. korang tau kenapa dan daripada mana? dari mak si ayahnya (nenek yg histeria tu). nenek budak tu dah meninggal. so benda belaan dia tu dah bertukar tuan ke bapak yg histeria tu. haaa ni jiran aku la punya hantu. ada 7 ekor tak silap. kuasa tuhan kita takleh buat pape kan. aku pun dah lupa before ke after kejadian tu si bapaknya kena potong kaki sebab kencing manis. yela bagi aku, manusia bukan senang nak sedar even tuhan dah tunjuk macam2.

jiran ni sebenarnya family kita jugak. sebab jiran ni kira orang terdekat dgn kita. aku kesian kat jiran sebelah rumah aku ni. tapi since dia dah tuduh family aku macam-macam. takkan kita nak senyum lagi kan? aku pun buat cam diorang tak wujud kat situ. even tiap hari kitorang terpaksa dengar pelbagai drama dari jiran aku sendiri. apa yg jadi kat family kitorang ni, macam drama tv. mak aku tiap hari menangis sbb sakit weh kena tuduh apa kita tak buat. tp kira bapak aku ni kuat. dia selalu backup mak aku. doa siang malam. tak putus-putus. skang lepas 5 tahun, tuduhan ni macam dah slow sikit since kitorang cam tak ambik port sangat. ramai je datang tanya bapak aku sendiri,betul ke tak apa yg diorang dengar.tp most of them memang tak percaya pun. tp yelah, nama family kitorang dah buruk kan. aku pernah decide nak bawak kes ni pergi court. saman malu. tp bapak aku kan seorang yg cool, so dia mmg tak kasi la nak buat camtu.

tp aku pelik, diorang still tak berubah and tak datang pun mintak maaf dgn kitorang even tuhan dah tunjuk macam-macam. still buat perangai tak elok dan selalu mintak maki. hampir 10 years berjiran dgn orang macam tu, aku dah lali dgn sifat diorang yg suka buang sampah dlm pagar aku, bakar sampah belakang dapur aku, baling mercun depan pagar aku which happened in musim perayaan, park kereta depan rumah aku, buat bising tak kira waktu. yg paling kerap, buang sampah dlm pagar aku la. aku dah lali sangat dah. and benda ni still berlaku sampai harini. dan kami masih stay dirumah yg sama dan berjiran dgn orang yg sama. so tujuan aku tulis entry ni bukan nak mengaibkan diorang tp aku mintak korang yg baca ni, sama-sama jadikan apa yg jadi kat family aku ni, satu iktibar. and aku mintak korang doakan semoga diorang berubah and return to Allah SWT.

– yang dituduh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

18 Comments

  1. Kisah kita hmpir sama klau bab sihir2 ni..jiran tuduh arwah mak sy mcm2. Mak sy duk kt kg sorang2, sy dh kawin duk kt slngor. Tggal dgn mertua lak tu. Menitis air mata bila ingt mcm mna mak sy brsabar dgn karenah jiran tu.dia xprnah cerita smpai lh satu hari sy dgr sndiri jiran tu maki hamun arwah mak sy. Even mak sy dh tak ad dua mggu sblm puasa aritu sy still xbole nk lupa ap yg mak sy cerita. Pedih hati sy

  2. Sama la dgn jiran aku. Kemain dengki sampai pokok rumah aku pun dia racun, kalau sedara mara dia mai, park kat tengah laman rumah aku padahal dia tahu bapak aku nak masuk park kete. Last2 aku dgn abg aku dok perli2 sound

  3. Jiran Aku lak kalo dia bakar sampah tepi Rumah xpe..siap betul2 tepi reban burung merpati bapak Aku..menggelupur semua burung kt dlm..tp kalo kitorg bakar sampah(which is daun2 dari pokok rambutam Rumah jiran tu jugak) mmg dia canang satu kg..siap masuk mesyuarat kg lg ckp kami ni jiran yg teruk..abis kain baju dia bau asap..walhal dia jemur kain bukan belah Rumah kami tp sebelah satu lg..pasal pokok rambutan tu pon mmg byk mslh..tinggi melangit n dah block kabel telefon Rumah..kabel tu sampai tegang mcm nk putus..report telekom(org telekom minta jiran potong sikit dahan tp ngan org telekom tu sekali kene maki)..kalo kami minta mmg mcm minta kaki la..mak ckp dari dulu dia xsuke our family..penah masa kecik abg terpecahkan sekeping tingkap nakuh(cer!in sekeping2 tu) dia minta ganti rugi untuk semua tingkap..sekeping tingkap tu bru berapa ringgit masa tu..ni zaman 80an dulu k..tp dia byr puluh2 gak la..!asak la abg Aku kne tibai ngan dedi masa tu..wow kalau citer pasal jiran Aku ni mmg byk sgt sakit hati..penah dia tuduh bapak Aku curi ayam dia..ptg2 dia n arwah suami dia mesti dtg intai semua ayam even dlm reban sebab dia ckp tu ayam dia..bila dedi tanda ayam pakai cable tapes(xtahu betol x ejaaan) dia pon ikot tanda pakai cable tapes jugak..n choose kaler sama plak tu..motif?kalo ayah sembelih ayam mesti ckp kami sembelih ayam dia..ayam kt reban betelur dia ckp ayam dia masuk reban kitorg n btelur..kalo dah syg sgt ayam tu kurung la..ni x ayam biar bersepah..mkn pon kt Rumah kitorg..kdg kalo sakit hati kitorg tempeleng je ayam dia pakai sliper..baling laju2..tu zaman muda mudi jahiliah lg..hihihi…smpai sekarang jiran tu dah pekak..anak2 pon xnk duduk sekali ngan dia sebab mulut laser dia tu..masa arwah suami dia meninggal pon,mayat belom kebumi anak2 kecoh bahagikan harta dlm bilik..tetamu penuh lg kt Rumah korg dah berebut harta..nauzubillah…yg paling sedih pasal jiran ni dia xleh kami lebih dari dia..ayah beli simen nk besarkan Rumah dia dengki..siap dtg suruh buat Rumah ikot design dia..letak grill kt depan..n mcm2 dia komen..ayah Aku jenis suke beli brg buat Rumah time murah..beli sikit2..asal beli je nanti dia dtg n bising la..nk besarkan kt mana lg..mcm kami beli pakai duit dia plak..kalau beli peraboy pon sama..semalam lori pendek(panggilan tokeh kedai perabot tu) dtg hantar apa?mak kau beli apa lg?padahal kalo dia tukar apa2 kami xpwrnah peduli pon..lantak la ko beli pkai duit ko bukan duit kitorg..xkuase kitorg nk amek port..tp dia ni mmg pantang kitorg beli belah sikit..dengki xabes2..kalo kitorg kaya mahu disantau mak ayah agaknya..naseb kami ni sederhana shj..itu pon kdg dgr jugak bnda2 pelik kt Rumah..tp xde la nk tuduh sesapa..dah lebih 50tahun mak ayah bjiran dgn dia..mmg level sabar kne tinggi bjiran nan og mcm ni….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *