memasak itu seronok

Harini aku nak share cerita betapa seronoknya weh kalau dah pandai masak ni . Rasa macam kau la orang paling pro pegang kuali bersama senduk . Dulu, masa aku sekolah menegah waktu tu tingkatan dua , mak aku disahkan pregnant adik aku . Kiranya dia mabuk mengandung sampai tak boleh masuk dapur sebab katanya semua bau busuk . Time ni la start nya aku belajar bertukang bergendang dekat dapur belajar masak . Kalau aku tak masak , memang berlapar lah adik aku lagi tiga orang tu . Abah selalu je nak beli makanan luar, tapi adik-beradik jenis tak makan masakan kedai, nak taknak kena masak jugak biarpun tak sedap.

Hari-hari balik je sekolah, tukar baju mandi apa semua , aku mesti telefon mak aku yang tengah kerja tu semata-mata nak minta resepi . Nak masak telur pon tak reti weh apatah lagi nak goreng ayam .Tengah kol mak , tangan gigih menulis apa mak cakap supaya masakan aku menjadi. Lepas minta resepi , bermula lah episod memasak aku setiap hari selama 4 bulan pertama mak aku pregnant . Makin hari makin pro weh dan seronok sebab bila masak dah ada rasa dan sedap. Kahkah. Kalau tak sedap pon , abah tetap cakap sedap . Sayang abah .

Sejak dari kisah mak aku pregnant ni lah , aku dah start pandai masak sampai sekarang dah umur 22 tahun dah . Aku dah kenal apa itu bawang, lengkuas, halia, jintan, ketumbar , buah pelaga dan kulit kayu manis dan banyak lagi. Aku pon dah pandai buat kek dan jual kek aku. Kek paling famous yang selalu kawan-kawan mak aku beli mestilah kek sarang semut ( kek ni mesti ramai tak tahu) .Haa dapat la buat duit sikit-sikit sempena tengah cuti sem ni .

Sekarang UIA pon tengah cuti sem, mak aku dah tak masak sebab anak perempuan dia ada dekat rumah. Balik kerja , mak aku makan je . Hari-hari jadi surirumah sebab bila aku minta nak kerja , mak dengan abah tak bagi . Katanya , dorang cukup lagi duit nak menanggung anak-anak . Sekarang, aku baru belajar masak resepi baru dengan mak aku . Dapat lah belajar tiga resepi baru cuti sem ni . Lepas ni nak belajar masak nasi arab pulak dengan kari kambing . Doakan aku, mana tahu nanti aku kawin, korang boleh makan nasi arab resepi aku. Ameen .

Kepada perempuan dekat luar sana , jom weh belajar masak . Memasak ni happy . Boleh kenyangkan perut orang lain . Kalau dah pro, tengok orang makan masakan kau lepastu bertambah-tambah, weh seronok dia Allah je yang tahu. Belajar kenal benda basic dulu macam bawang , halia , serai , cili . Cuba masak satu resepi dulu contohnya ‘ayam kicap’ banyak-banyak kali sampai menjadi . Dah pro masak satu resepi pon, kira dah hebat .

Nah resepi ayam kicap campak-campak

Pertama
– Ayam
-Kunyit
-Garam
( Masak ayam goreng guna bahan dekat atas , bila ayam dah masak angkat letak tepi)

Kedua
-Minyak masak
– Bawang besar (hiris)
– Cili (hiris)
– Sos Cili
– Sos Tomato
– Sos Tiram
– Kicap
-Air masak sikit je ( aku tak suka guna air paip kalau memasak)
( Letak minyak dalam kuali , masukkan semua bahan kat atas tu sampai nampak menggelegak, tutup api . Masukkan ayam goreng tadi . kacau sikit pastu angkat masuk dalam pinggan ) .Tadaaaa,siap!

Okay panjang sangat cerita , nanti dah masak ayam kicap bagi tahu aku okay , jom belajar memasak untuk kenyangkan perut family masing-masing . Yang tak kawin lagi , jangan acah nak kenyangkan perut bakal suami , aku lastik kau nanti . Perempuan duduk dapur ni cantik okay , nak selfie 24 jam selfie la janji pandai masak .Okay bye .

– kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit