Member Koyak

Salam berhujung minggu semua. Berdasarkan tajuk diatas confirm lah cerita pasal member kan, hahaha. Kalau nak cerita setiap satu kejadian, memang tak boleh habis. Tapi niat aku cuma nak minta pendapat bernas & nak meluahkan perasaan saja.

Ok, kita namakan beliau sebagai Afiqah. Afiqah ni memang kawan dari sekolah, dan kami juga ada lagi 3 orang kawan yang memang selalu lepak, ulangkaji & buat homework bersama. Mari kita namakan 3 serangkai ini pula yang dinamakan sebagai Syahira, Intan dan Nabila. Aku memang rapat sangat dengan 4 orang kawan aku ni. Masing-masing ada karakter yang menghiburkan aku. Namun, ada banyak benda yang tak boleh share dengan Afiqah kerana dia seorang yang kuat cemburu walaupun tanpa sebab dan bila dia cemburu dia akan melemparkan kritikan, memandang remeh pada aku & bagi pandangan negatif. Kami berkawan sejak dari umur 4 tahun lagi sebabkan duduk pun satu kampung. Kehidupan kami dulu disekolah agak seronok,sama macam budak-budak lain. Tapi ada satu perkara yang menyekat langkah aku untuk berseronok atau berkawan dengan orang lain iaitu Afiqah.

Afiqah memang tak boleh aku mesra dengan kawan-kawan lain terutama dengan Syahira,Intan dan Nabila. Kalau boleh dia nak aku gelak-gelak dengan dia je. Dia punya expression muka tu boleh nampak ketara bila dia marah,cemburu atau tak suka. Sampaikan dia pernah mintak putus kawan (bagi surat) sebab dia rasa dia ‘ganggu’ aku kawan dengan orang lain. Tapi bila kawan balik, kawan-kawan aku yang lain pun merungut dah tak boleh rapat dengan aku sangat dah, sebab risau Afiqah cemburu. Padahal boleh je dia nak campur sekali dengan kawan yang lain, cuma dia yang jual mahal. Asyik nak conquer aku sorang je taknak share dengan geng lain. Hahahaha. Dah tu aku pun asyik melayankan emosi dia je. Bila time dia nak terima lawak aku, dia gelak lah. Mood swing dia datang maka duduk tercongoklah aku. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh bertahan sampai ke besar ni. Masalahnya bila aku layan dia sorang je dia suka memperlekehkan aku. Kata aku tak cantik lah, tak pandai makeup, tak ada boyfriend, tak ada duit yada yada…

Bukan tu je, dia selalu fikir orang yang cemburu dengan dia. Selalu sangat bergaduh dengan orang atau fikir negatif sambil cakap orang lain tak boleh tengok dia lebih. Sekali dua lain lah beb, tapi kalau dah setiap orang dia fikir macam tu apa cer? Entah-entah belakang aku dia buruk-burukkan aku pula. Mana tak nya, semua orang dikatakan cari pasal dengan dia tapi apa dia buat tak fikir perasaan orang ke? Perangai cemburu dia sangat melampau, sampai dia tak puas hati setiap apa orang buat. Even orang pandai bermakeup pun dia boleh cemburu, kalau orang beli baju baru pun dia nak bash. Orang pakai kereta baru pun dia nak walaupun dia tak mampu orang kahwin dia pun nak kahwin.Kahwin ni memang semua orang nak tapi dia ni bila dah kahwin lain pulak ceritanya.. nasihat pasal rumahtangga macam dia dah kahwin 30 tahun padahal baru 3bulan. Alahai fiqah.. Malah, menu diet pun dia nak berlawan dengan orang. Setiap apa perkembangan orang dia nak tahu, mungkin dia nak buat lebih dari itu. Kalau nak cerita situasinya memang terlampau banyak.

Afiqah, kenapa kau kuat cemburu sangat?Bukan tu je, malah suka bagi harapan palsu. Bila dah besar ni,susah sangat nak ajak kau lepak. Aku taknak Afiqah rasa terpinggir. Jadi aku ajak Afiqah lepak atau bersembang. Selalunya dia suka plan sesuatu,contoh ajak window shopping di Mid Valley tapi tiba hari yang dinanti dia senyap je. Call tanya tiba-tiba je cancel kata pergi Melaka lah, Seremban lah, Port Dickson lah. Padahal dah berjanji dengan orang ni. Syahirah, Intan & Nabila pun selalu kena. Bila whatsapp dia selalu marah kalau aku balas lambat atau online tak berbalas, bukan nya cerita hal penting. Borak kosong je, setiap hari pula tu. Bila ajak keluar taknak, padahal bukan aku ajak lepak kafe hipster. Duduk tepi laut makan abc pun aku dah seronok. Walaupun macam tu, aku tak pernah serik kawan dengan dia. Aku suka simpan & buat kawan ramai-ramai,aku nak bila aku meninggal dunia nanti ada juga orang yang doakan aku.

Since dia asyik reject aku taknak keluar dengan aku, aku selalu keluar dengan Syahirah, Intan & Nabila. Tapi bila aku lepak dengan diaorang, ada baur-baur kecemburuan pada Afiqah. Dia senyapkan diri atau tulis status whatsapp cakap macam kita ni lepak tak ajak. Padahal dia yang taknak lepak. Tak pun dia akan cakap macam aku tak disedar untung. Berseronok dengan kawan lain. Yang aku pelik sekarang,dia yang taknak lepak dengan aku. Tapi dia macam mempersalahkan aku pula. Adoi, complicatednya.

Sampailah ke satu hari, aku keluar lepak dengan Syahirah, Intan & Nabila. Sorry untuk pengetahuan korang, Afiqah dan aku dah bekerja di Kl. Syahirah & Nabila masih belajar di Uitm Shah Alam. Intan pula bekerja di Johor. Ok sambung, kami bereempat ada di kampung cuma Afiqah je tak ada sebab ikut suami dia. Kami plan lepak bersama memang last minute, kira aku discuss dengan Syahirah je dan Syahirah tolong sampaikan pada Nabila & Intan. Kami memang tak buat group whatsapp tanpa Afiqah. Cuma Afiqah je fikir macam tu, sebab dia selalu insecure. Dia ingat kami selalu cerita pasal dia atau kutuk-kutuk dia. Kami ni jenis sekali plan terus jalan, tak jadi terus cakap tak jadi je. So tak ada lah memerlukan perbincangan yang panjang sebab tu tak bincang di group whatsapp, nak bincang di group whatsapp official kami takut dia menyampah. Jadi kami memang personal whatsapp je. Ok, bila dah lepak sekejap tu padahal pergi makan je lepas tu sembang-sembang maka semua minta gambar dalam group. Senang hantar gambar dalam group je,yang mana ada muka kau ambil lah.

Masing-masing pun update caption potong kaki. Tapi Afiqah macam senyap je. Aku biarkan je, dia tak patut marah-marah aku je aku pun ada hak nak berkawan. Tapi lepas beberapa hari, aku upload gambar kami dengan caption yang memang aku selalu buat. Caption tu gambar selfie dengan dia pun aku buat, cuma aku pusing-pusing tang tu juga. Hihi. Secara tiba-tiba dia whatsapp aku cakap aku ni tak kenang budi (ya, dia ada tolong aku masa aku emergancy). Siap nak putus kawan, sebab katanya aku ni tak ada masa untuk dia. Hello, selama ni aku selalu ajak kau keluar kenapa kau tak nak? Kau busy tak apalah lain kali pun boleh tapi lain kali pun sama je. Sebab kan itu, aku tak boleh keluar dengan orang lain? Sebab kan itu, kau nampak aku tak sedar diri? Sekali je orang buat ‘silap’ kau nampak, tapi bila kau buat kau tak kesah perasaan orang. Kau rasa kau dah cukup baik,maksum sebab tu apa-apa masalah orang yang aniaya kau. Seriuslah aku tak faham dia boleh macam tu sebabkan gambar. Allahu.. Jauh disudut hati aku, aku sebenarnya sedih. Apa aku cuba buat dia tak nampak, tiba-tiba je ‘buruk’ aku tu diwar-war kannya. Habis kecoh di socmedia dia.

Aku bukan seseorang yang senang bagi kata putus, sebuah persahabatan itu juga ikatan silaturahim. Kita bukan budak-budak lagi. Aku sangat menghargai setiap momen kami, cara macam mana lagi nak tunjuk yang aku berterima kasih dengan kau? Perlu di ig story kan ke?

Ya Allah, sebenarnya aku lelah. Nak jaga perasaan orang, sedangkan perasaan aku sendiri terabai. Aku bukan sejenis yang meluahkan perasaan, mungkin sebab itu dia tak faham apa aku rasa. Aku harapkan dia ada common sense supaya perasaan cemburu dia boleh diatasi. Tapi mungkin itu antara masalah terbesarnya.

Minta tolong pada readers, bagi sedikit pandangan supaya aku dapat selesaikan masalah ini. Aku taknak menampakkan diri aku sebagai seorang yang bertanggungjawab dan aku taknak terhutang budi seperti yang dikatakan.

Terima kasih sudi baca sampai habis.

– Hanis Ahamad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *