Aku dulu jahil. Sekolah agama, banyak yang aku belajar, banyak yang aku tahu pasal hukum. Tapi nafsu remaja, semua aku nak cuba.
Pakaian memang 'out'
'Couple' memang ada.
Kisah hijrah aku mungkin tak sehebat mana. Allah bagi aku hidayah dengan jentik aku sikit je. Aku jumpa senior aku yang pakai tudung labuh masa dekat shopping mall, entah kenapa aku rasa macam segan sangat dengan pakaian aku. Padahal skinny jeans & baju singkat tu lah yang aku selalu pakai. Tudung memang tak labuh langsung.
Balik tu aku menangis. Lama aku termenung. Entah kudrat apa yang aku dapat, aku buang segala baju & seluar yang aku selalu pakai. Aku cari jubah & aku jumpa. Tapi jubah tu dah buruk, manik-manik dia banyak dah tanggal. Tapi demi Tuhan, aku sanggup.
Perlahan-lahan aku berubah, jubah tu lah yang aku pakai sampai aku sambung belajar. Tudung labuh itu lah yang aku pakai sampai buruk. Aku jauhkan diri & hati aku dari lelaki sejak daripada hijrah itu. Memang indah rasanya disapa hidayah.
Tapi hidup tak kan selamanya bahagia & tenang. Hampir 5 tahun aku berhijrah. Entah kenapa hati ni tetiba merasa untuk kembali seperti dulu. Bila tengok orang pakai cantik & 'hipster', aku macam nak cuba. Bila tengok orang bercinta, aku juga rasa macam nak bercinta, macam dulu. Tapi Tuhan masih menjaga aku.
Kadang-kadang, aku terlepas & tewas juga. Tak buat dosa yang tu, aku buat dosa yang lain pulak. Bila buat dosa, tak teringat Tuhan, seolah-olah macam Tuhan tak nampak. Tapi bila bertaubat, rasa macam Tuhan dekat.
Aku dah puas menangis. Minta Tuhan jaga hati aku daripada dosa & maksiat. Kadang-kadang sampai teresak-esak. Aku penat. Penat mengulang dosa yang sama, penat memohon ampun atas dosa yang sama.
Aku fikir, apakah Tuhan masih pandang aku? Kenapa aku masih ulang dosa yang sama? Hmm Aku selalu berdoa untuk Tuhan jaga diri aku. Aku akan berdoa 'Andai kematian itu lebih baik untuk aku, aku terima Ya Allah.'
Aku juga sering meminta untuk Allah tidak menjodohkan aku dengan sesiapa pun, sebab aku rasa aku tak layak untuk sesiapa pun. Walaupun aku akui, sebagai manusia, kita mesti terfikir untuk ada jodoh. Tapi aku tak nak & perasaan untuk 'berjodoh' tu pun dah makin pudar.
Boleh ke aku berdoa begitu? Aku penat. Aku hanya ingin pengakhiran. Aku memohon ampun hanya untuk kebaikan di saat hujung nyawa nanti. Aku bertaubat bukan untuk jodoh yang baik, untuk Tuhan.
– A
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Janganla sis.smua ade silap. Kite mintak yg terbaik ja.
Wat lek wat peace.
Sis,teringin pakai macam hipsters walaupun berjubah bertudung labuh? Chill sis, hang pakai la apa yang hang nak bila dalam rumah. Berdandan,bermekap buat stail rambut macam mana yang hang nak,try mekap nak macam barbie doll pun boleh sis. Tapi ingat, dalam rumah je. Lantak pi la hang nak pakai baju tak cukup kain pun, tapi diingatkan dalam rumah yang hanya hang sorang je ada (or lagi tepat dalam bilik kot).
Mana mungkin seorang hamba layak untuk berputus asa dengan ketentuan tuhan? Nak berubah memang takleh drastik. Pelan-pelan okay. Stay chill sis,tuhan tengok usaha,bukan hasil
Hati manusia kan berbolak balik. Minta dan doa supaya mampu terus kuat jadi insan yang baik okey. :)
Sis .. kita manusia .. sbb tu iman kita turun naik . Kita manusia . Kita ada nafsu . Sbb tu tringin nak jadi mcm dulu . Pakai mcm dulu . Sis normal .. bersyukur atas ‘kenormalan’ sis tu ya . Sume perasaan tu sumenye dtg dgn izin Allah swt . Macam mana pun, masa ni lah Allah nak duga sis, adakah hamba aku ni berubah sbb aku atau sekadar nafsu sahaja ? Adakah hamba aku ni benar2 taat pada perintah aku atau hanya separuh jalan sahja ? Adakah hamba aku ni benar2 egt yang kematian, alam akhirat itu lebih benar jika dibandingkan dgn dunia yang hanya sementara shj ni ..
Yes . Bukan mudah sis. Bukan mudah nak lawan nafsu . Bukan mudah nak tolak perasaan bila tgk org pakai cecantik hipster segala *saya ckp sbb sy dlu pun mcm ni, n kdg2 dtg juga perasaan mcm tu.alhamdulillah sbb sy normal.hehe * tp masa ni lah nak kene didik hati . Didik akal . Didik hawa nafsu kita . Cakap banyak2 kt diri . Ya Allah dunia ni sementara shj . Jika dibandingkan dengan azab yg aku terima kat akhirat kelak . Tak tertanggung ya Allah .. didik ! Paksa hati paksa nafsu ! Kalu gagal. Bangun lagi ! Sampaiii lah nafsu kita boleh tunduk dgn akal kita .!! InshaAllah.
Lagi satu sis .. ni cadangan sy la ea . Kalu boleh . Bergaul dgn sahabat2 yg boleh egtkan kita padaNya . Yg mampu dekatkan kita padaNya . Didik hati utk jeles dgn amalan2 kebaikan org . Didik hati utk jeles yg berjaya solat awal . Didik hati jeles dgn org yg x penah tgal quran. Kalu kawan2 mcm ni kurang .. ajar diri utk pergi surau atau masjid . X istiqamah pun xpe .. asalkan pergi . Sbb tmpat2 mcm ni banyakkkk sgt rahmat Allah . Kdg2 rase berdosa nak pakai mcm dlu tu dtg sbb sumenye dr rahmat Allah swt .
Kalu kawan pun kurang, banyakkan membaca . Sy suggest follow usta ebit lew dlm fb ni . Bila kita rasa luasnyaaaa rahmat Allah … kita sndiri rasa malu nak buad bnd2 yg Allah murka walaupun kdang terbabas . Sy suggest beli buku ‘tangisan umat’ oleh ebit lew. Buku ni simple .. ayat x meleret . Terus direct je . Sy baca pun nangis2 . Sesuai utk newbie mcm sy . Yg masih berjinak2 lagi..
Pasal jodoh ? Sis .. pesan sy . Doa lah . Minta lah betul2 dgn Allah jodoh yg baik . Jodoh yg bertanggungjawab . Jodoh yg jaga solat. Jodoh yg kamu redha akhlak dan agamaNya. Lillahitaala ! Jodoh ni boleh membentuk kita . Sy tatahu nak ckp mcm mana dgn sis . Tapi bila kita taat pada suami. Dan suami pun sungguh2 kita sama2 ke syurgaNya .. mashaaaAllah sis .. Allah je tahu mcm mana nikmat dia .. doa senjata orang mukmin ! Doa tanda kita ni hamba yang perlukan Allah ! Doa tanda kita sedar kita ni hamba ! Jangan sesekali putus harapan dr rahmat Allah . Rahmat Allah terlalu besarrrrrr . Allah tak suka hambaNya yg putus harapan dariNya . Mohon lah . Minta lah ! Allah sayang sis, Rasulullah sayang sis kalu tak . Mana mungkin Allah jentik hati sis utk berubah . YaAllah peliharalah nikmat iman dan hidayah yang Allah berikan .. inshaAllah . Mudah2an sis sntiasa di bawah rahmat Allah swt .
Maaf salah silap .. yg buruk dari sy . Yg baik segalanya dr Allah swt ..
jodoh, ajal maut, rezeki tu urusan Allah dan tiap2 makhluk itu dijadikan berpasang-pasangan. dari berdoa mohon x dijodohkan, lebih baik doa ditemukan jodoh yg terbaik utk anda.
Allah boleh ciptakan makhluk yg tak dak dosa pon..tapi manusia yg berdosa ni disebut ciptaan yg terbaik..berdosa, bertaubatlah..Allah suka orang yg bertaubat..walaupun tergelincir dalam dosa yg sama byk kali Allah still ampun dengan taubat..