Selalu aku tanya, kenapa aku diuji? Kenapa aku disakiti? Dan kenapa aku?
Aku Farah, umur aku hampir menjangkau 30. How are you?
Semua orang pernah mengalami waktu atau zaman muda mudi. Paling paling, kau akan melaluinya. Zaman muda mudiku agak memeritkan. Memeritkan maksud aku dari segi emosi, pengalaman dan kebodohan.
By the way, aku baru selesai dengan urusan client di firma jadi aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Dalam LRT Southbound. Hujan lebat di luar, membuatkan aku terdetik, how are you? How have been you doing? How’s your life? How is it going there?
Lebih kurang 15 tahun yang lepas, aku bercinta dengan seorang lelaki yang bernama H. Indah, belaka. Kami membesar dalam dunia remajaku ke dewasa bersama samanya. Memasuki alam dewasa juga bersama. Menyaksikan kebodohan masing masing juga bersama sama.
Pendek kata, hampir segalanya kami ingin menjadi saksi kepada each other. Hubunganku dengan H bertahan selama 4 tahun. Tak lah lama, tapi bagi aku agak bermakna. Mungkin juga sebab waktu remaja aku baru mengenali cinta.
Kami putus kerana H suka membuat hal dibelakangku, bercanda dengan gadis gadis lain. Kalau sekali dua, mungkin aku mampu lagi bertahan tapi berkali kali.
Sebagai seorang wanita yang tak nak terjerumus dalam kebodohan percintaan, I quit and I left. Kebetulan waktu itu aku dapat menyambungkan pengajian somewhere di Selatan. Distance made us grew apart. Terribly hurt.
Aku bukan wanita yang secara sosialnya sempurna. Aku minum, aku pergi ke kelab malam dan segalanya apa yang ada aku mahu melaluinya. Itulah zamannya bila kita muda. Waktu kami putus, dalam jangka masa dua tahun juga lah aku selalu diperkatakan.
Kononnya pada mata kawan kawan H aku ini perempuan liar, akulah tidak sedar diuntung, aku senang untuk bertukar tukar lelaki. Tapi tidak pernah sekali pun sehinggalah sekarang aku mahu menjaja cerita tenang H.
Aku tiada sosial media tapi from time to time ada jugak aku try stalk stalk H ni. Hidup H makin bahagia disamping si dia. Makin bahagia dan sudah berumah tangga. Aku pernah open up dekat wife si H ni sebelum mereka berumah tangga yang H ni selalunya mencari cari aku untuk berjumpa tapi dia lebih memilih untuk tidak mempercayaiku. Siap boleh kata aku yang homewrecker tu.
But you know what, itulah cinta. Kau bertahan di sisi orang yang kau hargai. Tetapi di manakah aku sewaktu H mahu berubah dulu? Remember that I said I didn’t want to be stupid so I left him.
Tahun lepas, aku mengerjakan umrah. Sebelum aku berangkat, aku agak kesal dan takut manalah tahu aku kena dipetir sebab banyak dosa kan. Tapi aku cuba untuk berubah sedikit demi sedikit. Aku mula belajar untuk memakai tudung, belajar solat. Sikit sikit.
Sewaktu di Madinah, which aku masuk Madinah dulu, pertama kali aku ternampak qubah hijau di masjid nabawi, hatiku sebak. Sehinggalah aku menjejakkan kaki buat pertama kalinya dalam perkarangan majid aku menangis tidak henti henti. Sehingga Allah terlalu memudahkan urusanku, aku dapat bersolat di dalam raudhah dengan tenang sekali. Tidak sama sekali berebut rebut untuk solat.
Bayangkan, beribadah dalam raudhah macam kau pergi solat dekat surau waktu maghrib dekat Malaysia tu. Agak menakjubkan tapi aku melaluinya. Aku dengan mommyku. Kami bedua terkejut dan bersyukur dapat melalui pengalaman sebegitu.
Apabila sampai di Makkah, mengerjakan umrah pertamaku, the moment I saw kaabah I cried. I cried like a child. Sungguh tak chill.
Aku berdoa (aku tak tau apa yang aku doa sebab dah terlalu overwhelmed) tapi aku banyak doa supaya doa diampunkan dah berikan aku kehidupan yang terbaik, jadikan aku rendah diri dan tidak terlalu taksub dengan makna kebahagiaan. Kalau nak cerita pengalaman di sana, kena buat Part II tu pun upon request. Kalau confession ni hambar je aku akan abandon.
Bila balik sahaja ke Malaysia, routine aku masih sama. Masih free hair tapi aku boleh kata tak sexy macam dulu. Tak meliar seperti dulu lagi lah. Solat tu ada jugak. Makin improve hari ke hari. Cuma hari ni aku wonder, kalaulah semua ni tak berlaku mungkin aku tak jadi macam apa aku hari ini.
Mungkin H sudah berubah dan aku sudah memaafkan dia. Yang penting, aku sudah berkahwin dan aku berkahwin dengan rakan sekolahku. What a small world. Dia yang terbaik buatku, menerimaku seadanya.
My point is, memori tu masih ada cuma perasaan kita berbeza. Memori aka ada dengan kita sampai bila bila. H adalah secebis fenomena dalam hidupku. Bila kita terlalu sibuk memandang kearah belakang, kita tidak sedar dengan kebaikan yang Allah berikan kepada kita.
Allah terlalu banyak memberikan aku kebaikan apabila aku cuba mengorak langkah. Tidak alim, tidak sempurna tapi aku tau Allah sayangkanku. Amalanku, hanya dia yang tahu. Dia mengurniakan aku suami yang sempurna buatku, yang selalu mencintaiku.
Sebagai seorang perempuan, ketahuilah tiada keputusan yang boleh mematangkan kita itu adalah keputusan yang bodoh. Jadilah kuat, jadilah inspirasi buat diri sendiri.
Keep on mowing forward.
– Farah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit