Tahun ini adalah tahun yang paling mencabar buat diriku. Pertama kali dalam hidupku aku menangis di hadapan ATM mengenang nasibku ini. Apa yang patut lagi aku buat demi menyara keluargaku? Macam mana nak bayar rumah? Kereta? Bil? Makanan? Aku benar2 “terduduk”. Tahun lepas, aku kehilangan pekerjaanku disebabkan faktor ekonomi yang makin meleset. Aku ditawarkan pampasan hilang pekerjaan setelah bertahun setia berkhidmat dan bekerja keras tapi apakan daya, rezekiku di syarikat itu sudah terhenti. Maka bermulalah episodku menabur resume sana sini namun masih tiada panggilan temuduga. Aku tidak mahu tunggu lama lalu aku nekad pergi kursus dan cuba pelbagai jenis perniagaan dengan pelbagai cabaran onak duri yang aku lalui namun usahaku masih belum membuahkan hasil yang berbaloi. Ya Allah, dimanakah silapku? Adakah ini kifarah buat diriku yang semakin jauh dariMu? Dulu aku seorang yang solat tepat waktu dan rajin mengaji tapi sejak berkahwin, aku semakin jauh tapi aku masih menjaga solat. Malangnya, pasanganku sangat cuai bab solat. Rongak je. Setiap kali aku ingatkan dia, ada saja alasan. Aku benar-benar kecewa. Itu bab solat. Lagi satu bab baran, aku banyak makan hati dan hanya mampu bersabar dengannya. Jauh di sudut hatiku terlalu ingin si dia berubah tapi aku hanya mampu berdoa agar di berubah sebelum terlambat. Aku tiada tempat mengadu nasibku ini kecuali dengan Allah. Airmata sentiasa berlinangan seusai solat dan apabila aku merenung wajah anak-anakku. Ada orang berpesan dengan agar jaga solat awal waktu, sedekah, baca al Waqiah selalu dan solat dhuha secara istiqamah. Aku sedang cuba memperbaiki diriku ini. Sesungguhnya musuh kita adalah diri kita sendiri. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk teruskan hidup.
– Senyum dlm kesedihan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit