Menantu dan mertua.
Salam, terima kasih kerana sudi siarkan cerita aku. Aku menantu keenam dari tujuh adik beradik dan semuanya dah berkahwin. Dah tiga tahun aku berkahwin dan alhamdulillah, Allah kurniakan aku seorang anak lelaki. Aku suri rumah dan suami aku engineer kilang.
Sekarang, oleh kerana rumah yang kami beli belum siap, aku tinggal dengan family aku. Jadi, seminggu sekali aku akan balik rumah mak mertua aku.
Mak mertua yang aku panggil 'mak' punya anak lelaki, abang suami aku yang dia sangat sayang. Kat situ nampak pilih kasih sebab abang ipar aku memang duduk sekali jaga mak. Tapi, kalau ada benda tak kena dan dia merajuk, start tak balik rumah dan duduk rumah lagi satu. Ha lupa, dia dah kahwin, anak tiga.
Baru-baru ni hari jadi mak aku, kebetulan jatuh bulan puasa. Aku belikan kek, belikan hadiah loket emas (kecik je) dan masak macam-macam untuk happykan dia. Rumah mak aku, dan abang ipar aku sebelah-sebelah bercantum satu pintu. Setiap kali aku balik, dia takkan datang sebelah. Jadi, aku dah biasa dengan keadaan tu. Nak dijadikan cerita, lepas buka, aku ajak abang ipar aku sekali potong kek, dan lepas potong kek dia marah-marah dan bagitau kenapa tak ajak buka sekali.
Selama 3 tahun aku kahwin, setiap kali aku balik dia tak pernah datang. Tak pernah tanya khabar, makan sama ke kecuali kalau ada adik beradik yang lain balik. Tiba-tiba hari tu dia marah-marah sebab hari jadi mak katanya. Aku diam dan maybe salah aku tak ajak dia.
Kejadian kedua lepas dia merajuk, minggu depannya aku balik lagi. Baru aku tau cerita dia tak balik rumah 2 hari duduk rumah yang dia lagi satu sebab merajuk. Aku ajak mak jalan2 pergi bazar malam dengan anak aku semua. Balik tu, tengah setting barang dalam bonet mak aku marah2, bagitau kenapa tak belikan abang ipar aku apa2.
Aku pelik sebab selama ni pun aku tak pernah belikan apa2 kalau keluar jalan2 kecuali aku beli untuk mak. Suami aku masa tu tahan malu sebab mak aku marah2 depan ada 2,3 orang brader. Kitorang pusing balik dan belikan makanan yg akhirnya jadi lauk sahur sebab dia tak jengah pun rumah mak aku masa kitorang balik.
Hari terakhir biasalah ahad, suami aku request suruh masak je taknak beli bazar. Jadi, aku tergerak nak masak lebih untuk mak aku buat sahur. Mak aku tak semena2 ambil pinggan cedok lauk lebih hantar sebelah. Aku diamkan sebab aku dah tau cerita pasal merajuk.
Banyak kejadian lain, contohnya suami aku ajak mak aku balik kampung raya tahun ni. Dia cakap nanti tanya abang ipar aku sebab abang ipar aku ada bahagian tanah yang nak suruh kami beli. Suami aku malas nak ambil tau pasal tanah. Yelah, adik beradik lain semua free tapi bahagian kami kena beli. Jadi, suami aku cakap, bukan ajak pasal tanah, tapi ajak sebab nak beraya kat kampung. Mak aku diam.
Sebenarnya dari dulu banyak kejadian. Aku pernah duduk sana 2 bulan dan aku decide nak keluar. Sebab apa, anak aku 3bulan masa tu pakai kipas. Rumah mak aku jenis bahang kalau tengahari. Jadi, abang ipar aku boleh cakap kat mak aku, membazir pakai kipas banyak2.
Kalau ada, benda atau barang rosak kat rumah, abang ipar aku akan suruh mak aku cakap kat suami aku, betulkan sini, betulkan sana, nak duit repair sana sini.
Kitorang bukanlah berkira, tapi kereta aku dah jual 1, untuk modal rumah yang bakal kitorang duduk. Tapi, dorang masih nampak kami senang? Aku sedih tapi aku sabar dan diam.
Kadang2, suami aku sampai tak bercakap dengan aku, pening dengan perangai mak dia. Dulu, suami aku pernah merajuk taknak balik. Konon2 nak tengok apa mak aku buat. Nak tau, balik2 mak aku boleh perli aku, "Haii, ingatkan dah taknak balik. Dan bercuti sampai Langkawi ke tak tau nak balik sini". Aku jugak jadi sasaran.
Raya ni, aku decide raya 1st rumah mak mertua aku lagi. Syurga suami aku kan. Tapi, suami aku tawar hati. Dia nak balik tengah2 malam. Aku sedarkan dia, tak perlu buat macam tu. Sebab last2 aku juga akan jadi mangsa perli mak aku.
Kakak ipar aku semua pun lebih kurang. Kalau balik rumah mak, aku la terkontang kanting masak untuk dorang walaupun aku pun tetamu, dan aku menantu paling muda. Ada yang sebaya anak dorang dah aku ni. Alasan dorang, tak tau masak. Duduk dapur sama2 last2 bergosip. Aku dah biasa dah.
Ada satu hari, kakak ipar aku tanya raya mana? Aku cakap, raya 1st kat sini. Malamnya aku nak ikut family aku balik kampung. Dia boleh jawap, " Amboi, mengelat kau ye, raya sini sekejap je. Tak makan la orang rumah ni". Aku terdiam, aku orang gaji ke?
Selama aku kahwin, setiapkali balik, aku sendiri masak walaupun aku tetamu. Tapi sebab fikir mak aku dah tua, aku layankan. Sampai anak, menantu, cucu balik pun aku masakkan. Sampai pernah aku demam sebab terlalu penat.
Walaupun macam tu, alhamdulillah, aku ada mama aku, abah aku yang tetap terima aku sebagai tetamu rumah ini, walaupun aku menumpang. Dan dorang tak pernah merungut walaupun rumah family aku hanya flat biasa.
Maaf, aku cuma meluah, sebab aku tak tahu nak kurangkan beban aku pada siapa. Thanks.
Mrs R.
– Mrs. R
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Ika Rzlkha
Habis mrs R ingat aku ? Haha
Saya x baca habis tapi satu je nk ckp.Ddk ramai2 dngn adik-beradik mmg susah.Buat bisnes dngn adik-beradik pun susah sbb libatkan duit(kenapa dia dpt lebih,kenapa aku dpt sikit,adik sendiri kenapa tak bagi lebih).Tapi x semua keluarga mcm tu
Edited:
Satu lagi.Saya jnis x suka yg adik/kakak/abang yg tak tahu malu mintak mcm2 dkt adik/kakak/abg ipar.Dlm erti kata lain PEMALAS.
Bace ler smpai abes…
Pening lak bace cter confessor ni..hahaha a..jap abg ipar jap mk jap mk mentua..mane satu
Mak mertua pun die panggil mak…
Mak aku tu merujuk mak mertua dia kot…?
Mertua dia panggil mak. Mak kandung dia panggil mama.
Abang ipar dia plak tiga suku..
Saya faham keadaan yg anda alami… Saya tidak berada dlm situasi anda tapi pernah melihat sendiri depan mata… Abaikan jika ada org mengatakan anda bodoh… Anda bukan bodoh atau d perbodohkan.. Sebaliknya anda mempunyai hati yang baik… Seketul daging yang ckup baik… Semoga kebaikan awk menjadi amalan yang ikhlas dan mendapat ganjaran dari Allah kelak… Teruslah ikhlas dan buatlah kerana Allah… Allah wujudkan peluang pahala untuk anda… Buang yg negatif, pikir n amek yg positif je… Bykkn bersabar, kerana tatkala sabarmu hilang.. Kamu akan kehilangan semuanya… Bersabarlah… Bykkan doa dan selawat ya…
Persoalan yang sering kita alami ialah “kenapa”.
Kenapa manusia seperti itu hidup macam biasa, seolah² perbuatan mereka itu normal pada orang lain.
Inilah dunia, penuh dengan kebobrokan manusia jahil.
Just give them how much they deserve it. :)
Ida Nurasella
Yg last sekli tu tetibe “aku ada mama abah yg tetap terima aku sbg tetamu walaupun menumpang”
Refer kpd sape? Kluarga mntua ke kndung? Sbb td kate mak mertua asik perli2 kan.
Nur Artiqah
aku xkesa psl mak mertua dia..sbb dia mak tnggungjwb kita sbg ank tp yg abg ipar dia ngade2 sgt psl ape..susah bila dah kawin cmni lah byk hati nk kena jaga…sbb ni lah ku dok tkut nk pkr psal kawin..tpi kalau duk tkut smpai bila2 xkawin mau jdi ank dara tua hihihi..xpela skurng2 dia dpt pahala..sbr jela slgi boleh sbr Allah sntiasa bsama dgn org2 yg bsbr ni..
Betol.. Yg abang ipar tu gedik lebih plak.
ptt lh ramai senior sy nk kwen tp x nk ada mak mertua . haha
tunggu smpi senior tu pulak ade ank laki…
xfhm..mak die ke mak mertua die
Citer ni pasal mertua dia yg dipanggil mak.
ooo..mekasih :)
baca la sekali lagi kalau tak fhm tu btw kesian confessor. be strong!
Fara Munira ade phrase trtntu je baca
Kan
sy simpati ngan akak. sy xkawen lagi. harap2 dpt mak and family mertua yg perangai ok. tp sy confuse ckit. abg ipar akak tu knp, lelaki kan, knp mcm tu? and mak akak tu mak mertua kan?? serius, tabik kat akak sbb hormatkan ibu mertua sampai mcm tu. akak doa bnyk2 ye. kalau rse dah xsabar, doa supaya ALLAH jauhkan org mcm tu dr hidup kte. aminnnn.
selamat berpuasa.
Setiap org semua ada masalah dgn mak mertua ni besabar lah…kecuali kalau org tu mmg tak balik umah mak mertua dia…
Xpyh layan ipar or biras cmtu..lg dilayan lg mengada2
Jgn jadi mangsa – stoof up – tak satu manusia lahir dalam dunia utk jadi mangsa or hamba org lain melainkan hamba Allah – bersuaralah walaupun tak enak didengar –
sebab tu jgn tunjuk rajin masak masa awal2 kawin…
ha ni aku setuju sekali tunjuk rajin sampai bila2 pon kita la kena masak??
kannn Eva Rezduan ….xyh nk tunjuk tere masak sgt…pastu menyesall…kikikiki
Mash Messi Bellamy betul2 aku mmg xla nk rajin kt dapo org?
hahahaha lgpun dapo org…takut nk mandai2
Sebab tu lelaki tak faham2. Kalau menantu pompuan tak masak, mesti mak mertua cakap tak makan ke anak aku? Bungkus je ke? Cuba anak pompuan sendiri goyang kaki, dia xada suruh2 pun. *kejadian depan mata.