Menantu Gila

Assalamualaikum semua. Korang tolong la bagi pendapat, pandangan dan nasihat sikit untuk saya.

Saya sudah berkahwin selama 1 tahun 3 bulan.

Asalnya sebelum kahwin saya dan suami dah bincang nak tinggal dengan keluarga suami paling lama 3 bulan sahaja. Tapi ada sesuatu berlaku duit simpanan kami habis untuk pindah rumah.

Saya tinggal bersama ibu bapa mertua, abang suami (bujang) dan suami saya.

Boleh dikatakan setiap hari abang suami nama Abu (bukan nama sebenar) dan adik perempuan suami Aisyah (bukan nama sebenar) akan datang ke rumah mertua sebab diorang tinggal dekat2 je dengan rumah mertua.

Masalah utama saya adalah si Aisyah adik suami saya. Dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga suami, bongsu pulak. Jadi mestilah menjadi kesayangan mak mertua saya.

Umur Aisyah 30 tahun, tua 2 tahun dari saya dan dah berkahwin selama 10 tahun ada 3 orang anak (2,6,7 tahun).

Masalah bermula sejak hari pertama lagi saya di dalam rumah ni. Masalahnya adalah Aisyah dan anak2 dia sentiasa nak ikut suami dan saya pergi ke mana2.

Awal2 kahwin tentu lah saya tak berani nak tegur. Ye lah, siapa yang nak bergaduh dengan keluarga mertua pulak kan.

Tapi hati saya semakin hari semakin sakit tak dapat dibendung dah bila ke mana-mana sahaja kami suami isteri perlu bawa Aisyah dan anak2 dia.

Benda ni terjadi sebab kalau tak bawa diorang nanti mertua masam muka pulak disebabkan anak kesayangan dan cucu2 kesayangan dia.

Cuba bayangkan, supermarket, kedai runcit, pasar pagi, pasar malam, kenduri, kedai makan, ronda2, rumah saudara semuanya kami akan bawa mereka dan mertua.

Kalau sekali sekala saya masih boleh terima, tapi memang terlalu kerap sampai saya rimas sangat2.

Kami suami isteri nak bawa mertua je, tapi mertua tanpa berbincang atau tanya mesti akan angkut diorang anak beranak. Sampai ada ketika kami tak tau apa2 perancangan diorang, tiba2 kena bawak diorang semua.

Cuba bayangkan, suami saya dah macam bapa budak2 tu mak mertua dan adik ipar saya buat. Nak makan apa kami kena bawa, nak pergi sana sini kami kena bawa, nak apa2 kami kena cari.

Sampai saya rasa alam perkawinan saya terseksa sangat. Sepatutnya saya baru kahwin, hubungan saya dan suami patut rapat dan manis, tapi realitinya saya sentiasa beramai-ramai.

Dah la di rumah mertua tak bebas, bila keluar rumah pun masih tak bebas. Hati saya makin membara bila tengok perangai si Aisyah ni bila setiap kali datang rumah mertua ni, kerja mengangkang main phone je.

Anak2 terbiar buat sepah dari luar rumah sampai ke ruang tamu ke dapur ke toilet. Bukan setakat anak2, si mak budak tu pun kat mana makan kat situ tinggal.

Plastik makanan, air, makanan tumpah semua biar je. Dah seronok kat sini sepah2 lepastu blah je balik rumah dia.

Baju anak2 pun biar sini orang dalam rumah ni (saya la tu) yang akan kutip di lantai, masuk mesin, basuh, sidai lipat.

Pernah sekali mesin basuh dah start jalan, dia selamba je masukkan baju dia dan anak2 dalam mesin tu.

Mainan dan makanan sampai ke bilik air anak dia sepahkan, dia buat buta je. Dia pernah kata dia tak tinggal rumah ni, orang dalam rumah ni lah patut kena kemas.

Saya faham. Tapi kenapa dia tak tinggal sini dok sepahkan pulak setiap kali datang?

Kenapa dia tak tinggal sini tapi sibuk nak mengikut orang dalam rumah ni nak ke mana2? Kenapa tak tinggal sini, makanan apa ada kat rumah ni semua anak beranak balun tak ingat orang lain?

Pendek kata Aisyah ni sembang memang dia la terpaling rajin, terpaling baik, terpaling bagus,tapi hakikatnya…. Satu je sebab saya sabar, iaitu mak mertua.

Saya terlalu fikirkan hati mak mertua sampai akhirnya saya dah tiada hati. Perkawinan idaman saya hancur untuk sentiasa bersama suami.

Bila tak bawa, mak mertua masam muka. Bila tak bawa je, Aisyah pernah tanya kenapa tak bawa.

Abang2 dan kakak2 ipar lain kalau pergi mana2 pun Aisyah sibuk mengadu kat mak mertua. Pernah sekali saya terdengar Aisyah cakap “Tengok ni dia (abang kedua) makan tak bawak kita”.

Ya. Dari dulu lagi kalau abang2 tak bawa dia, nanti dia mengadu atau merajuk pastu mak mertua masam muka dengan abang2 dan menantu.

Kalau bawak mak mertua memang wajib pakej Aisyah dan anak2 dari dulu lagi sebelum saya kahwin. (biras2 saya cerita)

Dan ditambah menyakitkan hati lagi Aisyah ni suka burukkan orang. Pernah dia cerita mengungkit mak mertua dia minta belikan gula.

Korang boleh bayangkan tak, gula sepeket yang RM2++ tu pun dia boleh berkira dengan mak mertua dia. Mak mertua dia minta duit nak beli beras pun dia tak puas hati.

Tapi bila dia dan anak2 asyik pau abang2 dia takpe la pulak. Pernah dia cerita, dia tak suka adik suami dia ikut dia dan suami pergi ke mana2.

Tapi bila dia buat kat saya dan suami boleh pulak. Dah la pergi ke mana2 bila ikut kami, dia tak jaga anak2 dia.

Kami suami isteri pulak yang nak kena awasi anak2 dia, tegur anak dia dan sebagainya.

Dia? Rileks je. Pernah sekali dia ralit main phone sampai anak dia 2 tahun dok pijak perut saya masa tu saya mengandung dalam 2-3 bulan.

Tak cukup dengan Aisyah dan anak2. Orang2 dalam rumah ni semua nak jadi raja.

Pinggan mangkuk nak kena kutip basuh, baju kena basuh, kemas rumah. Tapi bila dah saya buat, tak sampai sejam dah jadi balik macam tak buat.

Kadang sampai menangis. Bila tak buat kerja rumah, kena kata kat belakang.

Orang luar datang pun tengok semacam bila menantu biar rumah bersepah. Sedangkan rumah ni bersepah disebabkan ahli2 keluarga suami yang tinggal dan tak tinggal sekali yang sepahkan.

Tak tau lah nak buat macam mana. Kalau nak cerita banyak sangat cerita nak cerita.

Saya pernah lari rumah mertua pukul 5 pagi jalan kaki masa mengandung 6 bulan disebabkan tak tahan dah mental ni. Tapi cair bila suami cari sampai jumpa jugak.

Maka balik lah saya ke rumah ni kembali. Depan mak mertua, Aisyah ni memang berlakon baik sentiasa.

Tapi kat belakang dok mengata. Saudara suami pernah tanya biras saya betul ke saya lari dari rumah.

Rupanya Aisyah pergi cerita kat saudara mara yang dia bergaduh dengan kakak2 ipar dia. Hubungan Aisyah dan kakak ipar dia semua tak baik termasuk lah saya.

Aisyah ada 3 abang dah kahwin, isteri tiga2 orang abang dia, dia tak baik. Kami menantu 3 orang ni selalu beralah dengan dia disebabkan mak mertua je.

Saya fed up sangat2 dengan semua benda terjadi. Last saya dah terlalu penat menjaga hati mak mertua.

Saya dah give up. Saya memang tak benarkan dah suami bawak Aisyah dan anak2 ke mana2 macam awal kami kahwin.

Saya pejamkan mata bila mak mertua masam muka. Sebab saya punya kesabaran dan habis limit dah.

Kerja2 rumah, saya rasa nak buat saya buat, tak mau saya buat je. Kalau buat pun, kejap je kotor dan sepah balik.

Saya redup bila saya buat baik kat mak mertua, last2 mak mertua akan bagi kat Aisyah dan anak2. Sampai saya tawar hati nak hadiahkan atau bagi apa2 kat mak mertua.

Saya ok tau kalau sesekali bawa mak mertua pergi cuti ke makan ke jalan ke. Saya tak berkira kalau dengan mak mertua.

Tapi dah setiap kali kami ajak dia, dia asyik angkut Aisyah dan anak2, lama2 saya pun dah malas nak ajak dia.

Lagi rasa sakit hati bila Aisyah keluar dengan suami dia, pandai pulak tak bawa pun mak mertua.

Mak mertua pun takde pulak suruh Aisyah tu bawak dia kalau diorang keluar suami isteri. Kalau saya dan suami ke mana2 saja dihantui dengan dia anak beranak.

Ada satu perkara lagi yang buatkan saya sedih. Masa saya berpantang, saya disuruh pantang di ruang tamu.

Luka saya agak teruk. Sebulan pun tak sembuh lagi.

Hari pertama anak saya balik rumah lepas discharge kuning, mak mertua tanpa tanya saya, tanpa minta izin, suruh Aisyah susukan anak saya. Sedihnya tuhan je tahu.

Kenapa suruh orang yang saya tak suka susukan anak saya? Sepanjang saya berpantang, saya berendam air mata.

Tak sampai 2 minggu pantang berat saya turun 10 kilo sebab makan hati. Saya tak jaga pun diri saya sangat sebab saya sangat tertekan dengan pelbagai perkara yang jadi masa berpantang.

Disebabkan saya menumpang di rumah orang, disebabkan saya hanya seorang menantu, saya terpaksa pendam dan telan benda yang saya tak suka. Saya rasa mental health saya teruk sangat2 dah sekarang.

Suami saya? Dia rajin kerja, penyabar, baik hati dan bertanggungjawab.

Cuma rezeki dia bukan lahir dari keluarga senang. Kerja kampung, sebab tu kami masih belum mampu pindah.

Dia tau apa yang saya lalui tapi tak mampu nak buat apa sebab kami berdua menumpang di rumah mertua. Dan mertua tu mak dia.

Cuma yang dia usahakan adalah tak bawa dah asiyah dan anak2 dia bila kami keluar. Dan tak galas dah tanggungjawab suami Aisyah.

Saya tak tahu nak luahkan macam mana. Tapi hati saya sakit sangat2 sampai sekarang.

Awal2 kahwin kami patut gembira jadi pengantin baru, tapi kami suami isteri sentiasa tak boleh berdua. Di rumah terbatas, keluar pun beramai-ramai.

Takde privacy langsung. Hari2 gaduh sebab tu jer.

Penat sangat2. Saya jadi benci bila Aisyah dah kahwin 10 tahun dah tapi dok ganggu saya yang baru kahwin 1 tahun.

Untungnya jadi anak emas. Takde buruk langsung. Mak mertua backup je. Last2 saya lah buruk sebab Aisyah sentiasa cerita sedih kat orang lain.

Terima kasih yang sudi baca sampai habis. Tolong doakan kami suami isteri dan baby kami murah rezeki dapat pindah tahun ini juga.

Normal kan kalau saya tak suka Aisyah?

– Menantu Gila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *