Menantu Hantu

Kebanyakkan wanita diluar sana terlepas pandang bahawa pernikahan bukan hanya tentang kita dengan suami tetapi melibatkan mak mertua, ipar, biras. Suami saya kembar seiras. Kami dahulunya satu kelas semasa sekolah rendah. Itu menjadikan kami bertiga akrab.

Campur tangan mertua, biras, ipar duai memang tidak dapat di elakkan. Lagi lagi sedikit hal kecoh sekampung. Selama ini saya bertahan kerana memikirkan anak-anak. Namun saya tidak melihat sebarang perubahan setelah sekian lama.

Abang ipar saya menggunakan nama suami untuk membuat loan bank bagi menyelesaikan hal keretanya yang terlibat dalam kemalangan sementara menunggu proses tuntutan insurans kereta. Isterinya tidak mengetahui hal suaminya berhutang dengan kami. Benar kata orang, apapun hubungan kita bab wang memang kena masing-masing.

Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji lebih tinggi daripada gaji suami. Suami memberikan syarat jika saya nak bekerja, anak-anak mestilah di letakkan di bawah jagaan mak mertua saya dengan kadar bayaran tertentu. Soal bayaran tidak menjadi hal, yang saya tak suka sikap mertua saya yang mengasuh anak saya seperti acuh tak acuh.

Ada ketikanya kami ada meeting penting, mertua tidak dapat menjaga anak saya kerana berjalan shopping dengan adik ipar. Pernah sekali mertua saya keluar shopping dan meninggalkan anak-anak saya bersama adik ipar berusia 12 tahun.

Selama ini saya tidak menghiraukan nasihat keluarga agar mencari penyelesaian terbaik demi anak-anak. Baru kini saya tersedar betapa sengsaranya hidup saya menahan segala perbuatan mertua, ipar dan biras. Kita wajar mempertahankan sesuatu yang berbaloi untuk di pertahankan bukan mereka yang tidak menghargai kita.

Biras saya mengancam untuk memukul saya sebagai pengajaran untuk saya agar menjadi menantu lebih baik. Biras saya menuduh saya membomohkan suami juga mak mertua supaya mendengar cakap saya. Persoalannya, jika saya membomohkan suami dan mertua pastinya saya menjadi menantu kesayangan tidak mungkin saya di pukul, di ceraikan sebelum ini.

Pada saya, sila cermin diri sebelum nak memperbetulkan orang lain. Saya hanya berdiam diri sedangkan saya memiliki gambar biras saya bersama skandalnya yang bekerja di Balai Polis yang sama. Saya hanya menadah telinga bila mertua mengadu sikap biras dan abang ipar saya yang menjaga adik ipar berusia 12 tahun dengan mengambil kesempatan atas statusnya sebagai anak yatim.

Saya telah melihat dan memyaksikan sendiri bagaimana Allah membalas perbuatan hambaNYA lambat atau cepat. Dahulunya, anak saya di tuduh sebagai anak luar nikah. Kini, adik ipar saya yang merupakan satu-satunya adik perempuan mereka telah menconteng arang kemuka keluarga suami dengan mengandung sebelum kawin.

Akhir kata, sampai satu tahap kita perlu meninggalkan kehidupan yang menekan kita demi bahagia yang kita cari. InsyaAllah semua akan indah pada saatnya. Saya nekad untuk bercerai dengan suami bagi membebaskan diri saya dari kacau bilau mereka.

Buat keluarga bekas suami semoga mereka di berikan hidayah terutamanya buat biras saya janganlah bersorak di atas penderitaan orang lain.

– Yun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *