Baru-baru ini saya terbaca luahan Puan Leona, (https://iiumc.com/menantu-psycho-ii/).
Apa yang dialami sama seperti yang saya alami. Bezanya perkahwinan saya mencecah usia 15 tahun. Cerita kami hampir sama. Dan kesan atas diri kami…. depression
Awal perkahwinan macam-macam saya tempoh. Hidup jarak jauh atas faktor tugas. Saya mohon pertukaran untuk hidup bersama suami. Kiranya balik ke daerah asal saya sendiri.
Kami suami isteri dari daerah yang sama. Bila pertukaran diluluskan saya seronok dan cerita pada suami. Saya minta carikan rumah sewa.
Menghampakan bila suami cakap nak bawa adik perempuan dia duduk bersama. Saya menolak tapi suami mendesak.
Bayangkan kalau kunci rumah pun adik dia dapat pendua sedangkan saya isteri tak ada kunci dengan alasan saya balik kerja, dia dah ada kat rumah sebab dia balik jam 5 manakala saya balik jam 5. 30…Adiknya pula satu office dengannya.
Perangai adik ipar yang saya menyampah dia keluar rumah tak bagitahu saya sedangkan saya ada dalam rumah tu.
Saya masak lebih dia tak bagitahu yang dia nak balik kampung. Dia buat suka hati dia saja. Saya buat jamuan raya dia tak tolong. Datang macam tetamu. boleh pergi office katanya banyak kerja.
Kalau kami suami isteri berjalan bawa adiknya. Dia berkepit berdua manakala saya berada di belakang. Beza umur saya dengan adiknya hanya setahun saja. Sampaikan jiran depan rumah tegur “maaf ye, awak ni bermadu ye”.
Setiap hujung minggu mertua suruh balik kampung sedangkan hujung minggu tu masa saya nak stay dengan suami berdua saja. Tu tak kira hari raya.
Tahun saya beraya rumah mak saya, pagi raya dah call bagitau yang dia ada kat rumah makcik dia dan minta kami ke sana. Selagi tak datang selagi tulah dia suruh adik ipar bongsu call abang dia. Saya naik rimas.
Kenduri belah suami kena datang. Lambat datang muka memasing mencuka. Lepas tu adik ipar suka perli.
6 bulan duduk dengan ipar dah buat saya tertekan. Bayangkan satu hari saya dah geram sangat saya rampas kunci dari tangan suami dan tak semena-mena penampar dia hinggap ke muka saya.
Luluh hati saya masa tu. Sudahlah hujung bulan kalau tak cukup duit sayalah yang hulur ke suami.
Adik ipar tau minta duit abangnya saja. Alasan dia “apa guna ada abang kalau tak boleh tolong adik”.
Lepas 6 bulan adik ipar pindah ke kota dan dia melangsungkan perkahwinan tak lama selepas itu. Tapi kesan selama 6 bulan yang ditinggalkan amat mendalam buat saya. Di kota pun ada adik perempuan suaminya.
Saya berharap suaminya bawa adik perempuan nya duduk bersama mereka dan merasa apa yang saya rasa tu tapi malangnya tekaan saya silap.
Adik ipar saya siap pos di status media sosialnya “mak pesan biar banyak rumah jangan satu rumah. bila masing-masing dah kahwin pindahlah rumah biar kecil tak apa. Orang kata jauh-jauh bau wangi dekat-dekat busuk. Sebab mak pun pernah jadi menantu”.
Dia tak sedar diri masa dia duduk dengan saya dulu. Dia ambil langkah selamat untuk tak tinggal dengan ipar duainya.
Manakala kalau dia beraya di rumah mertuanya pun mak mertua saya tak ada nak call sekerap dia call suami bila saya beraya di sebelah saya. Suami pernah bertanya maknya kenapa tak call tapi mertua beri pelbagai alasan termasuk tak ada line di sana.
Saya perasan mertua saya tak suka saya balik rumah mak ayah saya sendiri. Bila anak saya sakit mertua akan kata bapa saya selalu bagi anak saya jajan dan minta saya tegur bapa saya sendiri jangan bagi jajan lagi.
Sedangkan kalau kenduri di kampung mertua, goodies bag tu memang selalu ada jajan dia akan bagi pada anak saya.
Itu tak termasuk anak saya main eyeliner adik ipar. Masa tu kat rumah mertua ada kenduri. Mak mertua kata mana anak saya belajar main semua ni.
Ini mesti anak saya tengok adik saya pakai eyeliner. Sedangkan eyeliner tu anak saya ambil kat bilik adik ipar dan mereka bersolek sebelum majlis. Anak saya ada bersama adik ipar saya masa tu.
Bertahun saya makan hati dengan keluarga mertua. Selama 15 tahun 3 kali juga kami bermasam muka. Saya suruh suami tegur sikap familynya dengan baik kerana saya tak mahu berbalah. Apa yang tak puas hati selesaikanlah cara baik.
Tapi kalau ditegur jawap mereka “cakap macam tu pun tak boleh”. “Mana ada mak cakap begitu begini”. “Mak tak ada niat pun nak cakap macam tu”. Itu ajelah modal diaorang. Ipar duai tolong back up. Bila saya back up keluarga saya buat tak nak dengar. Buat cerita lain.
Saya ni banyak makan hati dengan sikap belah suami. Itu tak kira sikap suami yang payah nak bagi nafkah.
Mertua siap nasihat saya katanya “Mak ni pun ayah tak pernah bagi nafkah”. Sikap suami yang kantoi bersayang dengan perempuan lain. Hancur jugalah handfhone dia saya hempas.
Dan selang beberapa hari saya tak dapat terima kenyataan tu saya keguguran anak ke 4. Sikap sambil lewanya dengan hutang sampai rumah hampir nak kena lelong. Saya keguguran lagi anak ke 5.
Terlalu banyak dan cukuplah sebahagian ini saja yang saya coretkan. Jika saya luahkan semua membuatkan saya semakin tertekan dan sakit sangat. Semua yang berlaku terbayang depan mata.
Saya hilang diri saya selama ni. Balik rumah mertua ada saja tak kena. Masakkan saya tak sama dengan masakkan sana.
Mahu saja saya goyang kaki tak payah buat apa pun kerja tapi selagi bergelar menantu ada saja buruk yang dicari. Anak dia sendiri tak tau baca doa qunut pun tidak pula dia nak tegur. Kiranya anak beranak back up satu sama lain. Pulak tu saya sorang menantu perempuan tunggal.
Tekanan saya makin hari makin tak dapat nak kawal. Kadang-kadang bila saya masak di dapur dengan sendiri datang suara celaan mertua. Bila anak saya sakit, sentiasa terbayang muka mertua. Ibarat anak saya tak boleh sakit. asal sakit salah keluarga saya.
Mungkin mertua iri hati sebab mak saya jaga anak-anak saya bila saya bekerja sebab rumah mak saya dan ofis saya dekat berbanding rumah mertua.
Setiap kali nak balik rumah mertua saya berhati-hati agar tak ada yang menyakitkan hati mereka tapi dah namanya busuk hati tak ada modal nak cari salah pun tetap akan dicari sampai lubang cacing.
Ada saja benda nak dikaitkan dengan bapa saya. Lebih geram bila dia nak kita mengiakan kata-katanya seperti “kenapa anak saya pendek ni. Ikut atuk dia yang sana kan kan kan”…..
Kalau kita cakap tak… eh dia tetap ulang ayat tu dengan ‘kan’ nya yang selalu digunakan untuk kita setuju. Walaupun mertua saya tu jauh lebih pendek dari ayah saya. Kekurangan dia tak nampak di korek buruk orang pula…
Kerap saya bergaduh suami isteri. Tekanan saya pun dah susah nak kawal. Kalau saya menegur sikap belah suami salah saya juga dicari.
Saya tak pernah menengking pun mertua saya. Cuma saya menjelaskan ketidakpuasan hati saya dengan cara mereka tapi mereka tak terima. Lebih dari 3 kali saya tak akan beralah lagi.
Saya yang sakit. Jiwa saya tertekan. Adik ipar pun sewenang-wenang perli saya di status hanya kerana saya tak menjawab dan mengikut apa yang disuruh.
Dahlah saya bengang sebab mertua hina ayah saya Terbaca pulak wasap suami jadi admin group lucah. Saya berdiam diri disindir pula adik ipar.
Lantas saya keluar group familynya. Saya pula hentam adik ipar dengan kata-kata dan gambar motivasi seperti kartun yang mentertawakan kain orang lain koyak sedangkan kainnya lebih teruk koyaknya.
Banyak ayat-ayat motivasi saya pos di satus saya pula. Dia tak puas hati. Dia bunyi juga di statusnya “pijak semut pun tak mampos”.
Selama ini saya tak tak pernah melawan. tak pernah menengking. tapi bila kita buat baik orang pijak-pijak kepala kita. Bila kita berbunyi dia cakap pijak semut pun tak mampos..
Saya tak boleh terima. Saya nak dia terima apa yang saya rasa kerana saya percaya kifarah tu ada. Sekarang dah setahun lebih saya tak jejak kaki lagi ke rumah mertua dan saya tak nak ambik tahu pasal mereka lagi. Itu saja cara yang dapat saya tenangkan diri sendiri.
Ubat depression bukan terbaik buat saya sebab jika saya makan ubat tu suami pikir saya boleh hadap keluarganya lagi.
Bila saya tak tahan dan tertekan dengan sikap mertua dan ipar saya boleh makan ubat dan itu dan tenangkan saya. Tapi tidak sekali-kali. Saya tahu hanya menjauhi mereka buat saya kembali tenang.
Mereka buat baik depan saya, saya tidak akan terpedaya lagi. Saya tak halang suami jenguk mak ayah dia. Tapi untuk saya memandang muka mereka membuatkan saya makin sakit.
Cukuplah melayan sikap suami yang memeritkan dari menambah beban penghinaan keluarganya pada saya
Buat pembaca yang sudi baca kisah saya. Fahamilah pesakit macam kami bukan minta jadi macam ini . Sakit di dalam tu tak nampak. Ubat hanya penenang. Menjauhi lebih baik dari mengubati. Mulut jahat kalau dah sedap jadi bicara sampai bila- bila takkan berubah.
Selagi kita tak sampai tahap membunuh diorang dah cukup bagus untuk kita menjauhi. Lagi kita hadap lagi sakitkan hati. Mereka pikir jalan mereka dah lurus. Mereka tertawa tengok kita sakit. Mereka rasa mereka betul. Tunggu….. KIFARAH TU ADA.
*Jaga mulut kerana setajam senjata yang membunuh jiwa manusia adalah lidah yang tidak bertulang.
– Riza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit