Assalamualaikum terima kasih jika penulisan aku ini diterima, nama aku Siti Bunga, Siti Bunga asal Kelantan.
Aku tak tahu nak mula dari mana, hati terasa sesak setiap hari, cuba untuk baik-baik sahaja tetapi mental hampir gila.
Kadang aku terasa perkahwinan suatu penyeksaan secara perlahan, yang mulanya aku abaikan, tapi semakin lama aku abaikan semakin parah, mental aku semakin koyak.
Bila keputusan di anggap tidak penting.
Wahai mertua di luar jangan memaksa menantumu untuk tinggal bersama, mungkin anak yang kau jaga boleh kau paksa tinggal bersama walaupun sudah berkahwin tapi bukan menantu, jangan jadi kan alasan sayang cucu dan risau cucu duduk jauh.
Wahai mertua, jika menantumu sudah ingin duduk di luar kerana alasan tidak selasa, jangan kau memaksa dalam lembut untuk tinggal sekali.
Menantumu setiap hari terpaksa bau kencing kucing yang kau jaga, terpaksa bau tahi kucing yang jaga, sungguh ianya menyeksakan.
Menantumu sudah membuat keputusan untuk tinggal asing bukan bererti ia benci kepada mertua, cuma ia betul-betul tidak selesa dengan keadaan.
Tidak dapat deco rumah sendiri, tidak dapat masak makanan kegemaran sendiri.
Jangan kau kata kau kesian kan anak lelaki kau sebab tu kau tak bagi duduk asing, kenapa di suruh kahwin jika anak lelaki itu tidak boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Setiap hari aku terasa sesak menahan sabar yang bertahun2.
Ajarlah anak lelaki mu berdekari bukan di kesahani sampai tidak diberi duduk asing.
Tidak kah rasa berdosa wahai mertua
Nafkah seorang isteri
Rumah yang tiada orang luar
Hak seorang menantu di abaikan atas dasar cucu,
Wahai mertua sedarlah menantu mu terseksa di rumah itu
Wahai mertua jangan masuk campur urusan cucu mu,
Cucu itu ada ibu yang sudah memikirkan yang terbaik untuk anaknya,
Jangan terlalu masuk campur walau pun kau rasa itu baik,
Cukup lah menantu terseksa tinggal di rumah itu
Jangan pula dipaksa menerima segala keputusan mu itu,
Biar lah menantu mu mencorak rumahtangga nya sendiri
Tidak rasa berdosa ke wahai mertua mencampuri urusan rumahtangga anak,
Menantu sudah terseksa di bebani macam-macam yang tak munasabah lagi sekarang di bebani dengan cara mencorak anak pula,
Sungguh ianya memeritkan jiwa dan mental.
Semoga luahan yang terbuku di hati dapat menenangkan walau ianya tak lama,
Terima kasih membaca walau penulisan nya sangat lah tidak cantik.
– Siti Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit