Membalas menantu vs mertua ini link pertama, (https://iiumc.com/menantu-vs-mertua-2/).
Aku baca semua komen2 semua menyalahkan menantu,
Yelah aku terima menantu yang bersalah dalam hal ni,
Aku bercerita di sini sebab aku betul2 dah buntu,
Aku nak keluar dari sini, setiap hari aku doa dengan Allah supaya di bagi jalan keluar,
Aku bukan tak cuba pujuk bila pujuk jadi gaduh besar,
Dan akhirnya salah aku kerana cuba untuk keluar,
Aku buntu nak cari jalan keluar,
Kalau ia nya semudah yang dikomen.
Dah lama aku pergi, tapi bukan semudah itu.
Bahagian kata kenapa sebelum kahwin tak tentukan duduk di luar asing, salah aku sebab aku tak tanya,
Kepada wanita2 di luar sana yang belum kahwin,
Pasti kan sayang tu jangan sampai tak tanya berkenaan dengan rumah duduk di mana selepas kahwin,
Aku dah buntu korang, aku mengadu ni nak legakan perasaan aku, pergaduhan besar banyak kali terjadi bila aku cuba nak keluar dari sini,
Kata aku ini itu, cakap aku cuba nak pisahkan cucu.
Aku penat korang,
Aku bukan tak kemas, tapi kalau dah kau kemas tak sampai 1 jam kucing2 yang dibela kencing semula,
Kau rasa, habis rasa dah aku,
Kucing keluar masuk lantai jadi kotor,
Aku sapu cuci lagi,
Salah ke aku kalau nak keluar walau pun aku baru decide selepas kahwin,
Laki aku bukan tak nak keluar,
Tapi drama dalam rumah ni,
Betul2 tertekan jadi nya,
Aku dah buntu.
Balik2 salah perempuan juga.
Betullah kan perkahwinan ni satu perjudian.
– Siti Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit