Beberapa bulan yang lalu, saya dan keluarga pergi ke utara tanah air atas urusan peribadi. Kami sangat looking forward to this trip.
Di pertengahan perjalanan, kami berhenti di RnR. Keluar dari toilet, dalam kekalutan saya letakkan tisu didalam bag. Ketika itu saya terdengar bunyi yang kuat terjatuh.
Saya toleh ke belakang dan saya nampak sesuatu berwarna kuning terjatuh. Dalam hati saya, mana ada barang berwarna kuning dari bag saya.
I just decided to ignore it. Kemudian saya segera ke kereta bagi meneruskan perjalanan.
Apabila tiba si destinasi, saya agak sibuk dengan urusk anak2. Tiba malam hari saya sempat berehat dan waktu itu perasaan saya tenang2 saja.
Keesokan harinya kami sekeluarga pergi berenang dan dalam sejam berikutnya lengan baju tertarik dek air dan barulah saya perasan yang gelang tangan saya telah jatuh.
Sebelum ni tak perasan kerana pakai long sleeve. Subahanallah, gelang yang suami saya hadiahkan 2 bulan yang lepas terjatuh dan hilang entah dimana.
Saya inform suami saya dan kami cari di merata tempat. Suami saya tidak marah tapi diwajah nya kelihatan kecewa.
Gelang itu merupakan hadiah perkahwinan dan beliau guna kan duit yang beliau simpan agak lama untuk membelinya.
Kami tidak menjumpainya dan kami terus mencari di bilik penginapan pula. Kemudian suami berkata mungkin tertinggal di rumah.
Saya kata tak mungkin sebab memang ada bersama saya masa bertolak dari rumah.
Saya call ibu saya dan meminta beliau tolong doakan. Saya juga rasa sangat sedih.
Saya mengamalkan pelbagai doa semoga Allah pertemukan saya dengan gelang yang hilang. Saya berfikiran positive dan berkata dengan penuh syukur akan berjumpa kembali dengan gelang itu.
Sewaktu solat hajat, saya teringat peristiwa terjatuh barang di RnR tempoh hari. Saya segera mencari no RnR tersebut dan bertanyakan sekiranya ada sesiapa terjumpa gelang saya yang hilang tetapi tiada siapa terjumpa.
Dalam perjalanan pulang saya teruskan berdoa dan sampai di rumah saya mencari di merata tempat namun tiada.
Didalam hati saya fikir kenapalah saya tak pergi tengok benda yang terjatuh itu… rasa menyesal dan sedih.. saya bukannya org yang senang dan hadiah ini sangat berharga.
Di hati saya berkata apa milik kita akan datang mencari kita. Saya ulang perkataan itu dan berharap Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Puas jugalah menangis ketika itu..
2 hari kemudian kami menerima tetamu. Beliau tinggal dirumah kami selama 2 hari.
Sebelum pulang, beliau misplaced cermin mata beliau. Kami sekeluarga mencari spec beliau di serata tempat namun tak berjaya dijumpai.
Saya yang juga sedang kehilangan barang amat bersimpati kerana faham perasaan itu dan berdoa bersungguh agar spec beliau kembali dijumpai.
Apabila saya naik ke ataa untuk bersiap, buka saja pintu bilik saya ternampak seutas gelang di atas baju anak saya di tepi cermin.
Dalam hati saya berkata rantai siapa tu.. rupanya itulah rantai gelang saya yang hilang tempoh hari. Allahuakbar.. menjerit kegembiraan dan saya terus menangis gembira dan sujud syukur.
Wallahi saya hari2 lalu tempat itu dan baju anak saya itu saya baru ubah masa mencari gelang.
Dan gelang itu terletak panjang, laid nicely dan bukannya selonggok seperti jatuh. It was there to be seen. Ini tidak lain tidak bukan keajaiban dan kuasa Allah. memang saya rasa Allah tolong saya.
Saya call ibu saya dan beritahu tentang gelang yang dijumpai dan beliau berkata Allah loves you very much.. perhaps this was Allah’s way of showing me He is Ever Aware, Ever Listening..
Sebelum itu saya selalu tertanya adakah Allah mendengar doa saya, rintihan saya kerana seolah tiada jawapan dan saya keep on praying but the answer was vague to me.
This incident was Allah’s way of showing He is All Powerful and that He knows and in Control of all affairs..
Alhamdulillah semoga kita semua terus yakin yang doa kita tidak akan disia-siakan oleh Allah dan Allah Maha Mendengar segala doa.
Keep thinking positively dan saya doakan kita semua sentiasa dalam rahmah Allah.
– Anon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit