Kadang – kadang rasa diri ini hina sebab semua orang sekeliling anggap aku ni orang yang baik. Padahal aku ni antara syaitan yang dilaknat olehNya. Cerita aku bermula selepas aku habis spm yang mana itu merupakan turning point aku kepada kejahatan yang amat terkutuk bagi diri aku sendiri. Aku dikira bertuah sebab masa kecik aku tinggal bersama arwah nenek aku yang dapat bagi didikan agama kerana beliau merupakan seorang guru Quran. Mak aku meninggal ketika umurku baru 10 tahun dan arwah nenek aku meninggal 3 tahun kemudian. Sebelum ni aku bersekolah di asrama penuh di mana solat , ilmu agama aku terjaga walaupun tak banyak at least aku sembahyang lima waktu. Tapi bila di rumah , solat aku makin hilang tak terjaga walaupun kakak-kakak aku suruh. Mungkin sebab aku terikut dengan ayah aku yang tidak kuat agama. Aku tak salahkan beliau mungkin itu pilihan aku.
Ceritanya selepas spm, aku amat ketagih dengan porn. Aku diperkenalkan dengan porn masa aku tingkatan 2 oleh kawan sekolahku. Sejak dari itu aku ketagih tapi selepas tamat sekolah aku menjadi seorang yang hatinya makin hitam dan mati. Aku di sapa oleh seorang perempuan bernama F di laman sesawang facebook , pada masa tu aku tak syak apa-apa tapi setelah chat selama lima minit dia mengajak aku buat phone seks. Oleh sebab aku tak boleh kawal nafsu aku , aku try. Benda baru ini lebih seronok bagi aku , aku try chat dengan perempuan-perempuan lain, kebanyakannya sudi phone seks dengan aku. Perkara ini berlanjutan walaupun aku rasa nak berubah ke arah kebaikan. Aku try betulkan solat aku balik, baca Quran tapi sebab nafsu yang kuat aku buat jugak benda terkutuk tu walapun kurang darupada sebelum ni. Alhamdulillah setelah dalam masa 5 bulan aku berjaya kurangkan masa aku dengan porn dan phone sex. Aku busykan diri aku dengan futsal, study dan lepak2. Sampai lah aku berjumpa dengan seorang perempuan ni tahun lepas, walaupun aku pernah couple sebelum ni tapi yang ni luar biasa sikit, oleh sebab result aku merudum, aku pinggirkan semua member member aku , sukan dan lepak sebab aku mahu fokus dengan pelajaran aku. Nak dijadikan cerita, aku contact balik dengan perempuan ni lepas 5 tahun last aku contact, aku pernah try dia dulu tapi masa tu dia dah berpunya. Selepas berkenalan balik, aku dan dia couple. Aku rasa bertuah sebab pada aku dia dah tak macam dulu, dia berubah menjadi seorang yang pakai niqab dan jaga kehormatan diri. Dan itu membuatkan aku lebih sayang kepada dia.Nak dijadikan cerita, aku video call dengan dia ni tiap malam sebab kami jauh. Sampailah satu malam aku video call dan dia tak pakai tudung dan hanya pakai baju tidur. Sebab iman aku yang lemah dan nafsu dah bergelora, aku cuba test dia suruh bukak baju semua and then dia ikut. Perkara ni berlaku tiap kali kami bervideo call sampailah kami terlanjur. Pada malam tu dia confess kat aku semua pasal dia , termasuk keluarga dia. Aku rasa bersalah gila sebab aku dah turn dia untuk jadi baik kepada jalan jahat aku. Aku sayang dia. Aku try berubah tapi sebab nafsu aku ajak lagi dia. Dan perkara ni mengubah hidup aku kepada yang lebih teruk. Aku try video call dengan perempuan lain dan semua kebanyakan tunjuk. Perkara ni aku buat dibelakang orang yang aku sayang sebab taknak kehilangan dia walaupun aku nak bagi tahu perkara sebenar. Sebab nafsu semata-mata aku tipu belakang perempuan yang aku sayang dan cuba dengan perempuan lain. Bab solat aku tinggal terus , agama semua hilang. Lama kelamaan aku hanyut dalam aktiviti ini sampai rasa hati takde rasa bersalah dan takut kepada tuhan. Bahkan aku salahkan tuhan apa yang terrjadi atas diri aku. Namun , baru-baru ini semua perbuatan aku dia dapat tahu , dia bagi semua bukti yang aku tinggal dengan perempuan lain. Malam tu jugak aku video call dia dan kami menangis berdua. Aku tahu aku dah buat kesilapan terbesar dalam hidup aku. Aku janji dengan dia malam tu bahkan atas nama arwah mak aku aku takkan buat lagi, selang 2 hari kemudian aku buat lagi sebab tak dapat kawal nafsu aku dan dalam masa beberapa jam je dia detect aku buat lagi dengan bukti. Masa ni , dia tekad dia takkan terima aku lagi dan aku pun tak dapat buat apa apa sebab aku ulang kesalahan aku yang sama. Aku berniat nak lepaskan dia untuk yang terbaik dan taknak bagi dia sengsara lagi. Aku suruh dia cari yang lebih baik dan kuat agama walaupun berat hati aku nak tinggalkan dia. Dalam masa yang sama aku terkena penyakit yang pelik, aku batuk dan badan aku lemah selama 2 3 hari. Macam jasad hilang jiwa. Hilang perasaan. Batuk aku ni lain daripada batuk sebelum ni. Tekak aku gatal dan badan aku lenguh. Aku tertidur pukul 1 pagi dan terkejut dalam 1.56 pagi, batuk aku teruk dan badan aku terketar sebab hati aku tetiba rasa gelisah yang tak pernah aku alami sebelum ini. Aku bangun duduk termenung. Aku capai phone aku , aku try call ex aku berkali-kali namun tak angkat. Aku meesj dia cakap aku rasa pelik malam ni. Dia tak balas. Mungkin sebab kami baru lepas gaduh tadi sebab cari kesalahan masing-masing. Aku cari punca sebab aku rasa gelisah sangat-sangat macam ni. Aku cuba buka youtube pasang surah penenang jiwa. Semua tak jadi. Aku try google rawatan yang senang nak tenangkan aku sampailah aku terjumpa solat sunat taubat. Tetiba aku rasa tersentap dan aku capai tuala dan ke tandas. Aku niat mandi wajib dan inilah pertama kali aku rasa mandi aku paling segar. Selesai mandi aku capai kain pelikat aku dan solat sunat taubat. Ketika sujud sambil baca La ilaha ila anta subhanaka inni kuntu minnazolimi aku menangis. Semasa berdoa selepas solat aku hanya menadah tangan sambil menangis. Dalam hati aku mintak tuhan tarik nafsu aku daripada aku, aku taknak dah semua ni. Selesai aku bukak laptop aku delete semua bahan pornography aku termasuk contact2 yang aku selalu phone seks dan video seks. Hati aku tenang sedikit. Aku hanya perlu perbaiki solat lima waktu aku dan aku berharap kali ini aku betul betul tekad dan berharap tuhan jangan bagi aku terjebak dengan semua ni lagi.
_Pendosa
– Pendosa
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Kipidap donggibab yukenduit ainoyuken
Allah maha penyayang n maha mengasihani…. allahuakbar
“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Az-Zumar: 53)