Aku bukanlah seorang yang alim dan bukanlah seorang yang baik. Aku banyak melakukan kesalahan dan dosa yang aku kira agak melampaui batas. Walaupun ramai orang mengatakan bahawa aku ni baik,tapi aku tak rasa lansung yang aku ni baik.
Aku rasa tak aman dan tenteram. Hati selalu gelisah dan berkecamuk. Aku jadi panas baran dan pendendam. Aku selalu dikelilingi oleh masalah. Masalah keluarga,masalah belajar dan masalah dalaman. Aku rasakan Tuhan tu sangat tidak adil.
Pada suatu hari,masa aku tengah scroll twitter,tiba-tiba aku terlihat satu video. Video bacaan Al-Quran surah Ar-Rahman oleh Fatih Seregic. Hati aku tergerak dan tersentak. Seperti ada sesuatu yang berbisik pada aku. Air mata mengalir tanpa aku sedari. Aku terus bangun dan buat solat sunat taubat minta ampun dari Allah.
Selepas dari tu,aku dapat rasakan satu ketenangan yang aku tak pernah rasakan sebelum ini. Aku selalu dengar surah ni sebab aku ni agak lemah untuk mengaji. Aku rasakan seperti bukan diri aku yang dulu. Aku jadi semakin pendiam. Aku selalu terfikir yang adakah Allah menerima taubat aku? Adakah Allah menerima segala amalan aku selama ini? Ya aku mengaku yang dulu aku ni jahat. Solat pun kadang kadang je.
Setiap kali solat,aku pasti akan menangis. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Hati jadi terlalu sebak. Adakah taubat aku diterima? Adakah amalan baik aku diterima? Sekiranya nyawa aku ditarik,aku mahu mati dalam keadaan beriman. Bukan mati dalam keadaan macam dulu.
– tenteram