Bismillah. Asalamualaikum semua. Siapa Qadeeja? Aku akan rungkaikan siapa Qadeeja di akhir penulisan aku. Pertamanya, aku kenalkan nama aku Yaya. Aku baru masuk 30-an, sudah berkahwin 6 tahun dengan lelaki yang aku kenal sejak sekolah rendah, tetapi kami masih belum dikurniakan anak. Tukang urut mana aku tak pergi , prosedur kesuburan apa aku tak pernah buat – HSG, IUI, consume clomid, sperm test etc tapi semua kata kami suami isteri tiada masalah. Tinggal IVF je ni. Tapi aku takut, takut kecewa kalau IVF gagal. Fokus aku dalam confession ni aku nak kongsi tips macam mana nak stay positif walaupun masih tiada anak lagi.
1) Macam mana nak handle makcik pakcik bawang?
Dalam tempoh 6 tahun ni, aku belajar sesuatu. Ramai je tanya, ‘anak dah berapa?’ aku jawab, ‘belum ada lagi.’ Lepastu makcik tu akan sambung tanya ‘berapa lama dah kahwin?’ YES. Setakat itu sahaja. Aku simpulkan, mereka yang bertanya ni sebenarnya bukan nak membawang pon. Mereka hanya nak tahu. Ramai jugak lepas tanya-tanya aku tu, recommended aku untuk buat prosedur itu ini, jumpa tukang urut sana sini. They actually wanted to help, bukan nak membawang. Aku sikit pon tak terasa. Ada tu sanggup ambil cuti bawa aku laki bini ke Kelantan untuk berubat.
2) Aku bela kucing.
Dah takde anak lagi, apa aku buat? Kami bela 4 ekor kucing. Alhamdulillah semuanya sihat gemok gedempol perut nak cecah lantai. Kucing ni ladies and gentleman, kami anggap macam anak kami. Takde la sunyi rumah. Aku spend RM 400 every month untuk beli pasir kucing, makanan premium, permainan diorang, even dorang ada bilik sendiri siap ada katil dan aircond. Kadang-kadang aku laki bini treat dorang macam anak sendiri. Eh, mana lah tahu ada anak nanti takdelah terkejut, dah praktis dengan kucing gemuk gedempol kami ni. Setiap kali aku bagi dorang makan, aku selalu suruh dorang doa untuk luaskan rezeki kami dan kurniakan kami anak. Kadang-kadang, aku dan suami keluar malam-malam ke pekan semata-mata nak bagi kucing jalanan makan. Sebab aku percaya, kucing-kucing ni akan doakan kami.
3) Sedekah.
Ramai cakap kalau takde anak lagi ni, komitmen tak banyak. Duit habis kat diri sendiri je. Entah. Ye lah kot. Disebabkan itu, kami percaya, rezeki kami ini, bahagiannya ada untuk orang lain juga. Kami dulukan untuk mak ayah kami, untuk adik beradik kami yang masih belajar di sekolah dan universiti. Tolong mana yang patut. Lepastu, baru kami suami isteri sedekahkan untuk mana yang patut. Contohnya, bila ada rezeki lebih tu, kami niatkan untuk belikan barang-barang dapur untuk anak yatim, orang-orang tua dan fakir miskin. Rasa tenang, rasa bahagia lepas buat tu semua. Aku ingat lagi masa aku masakkan nasi tomato untuk rumah anak yatim ni, sorang budak comot ni datang pegang tangan aku, cakap ‘semoga makcik (makcik dia panggil aku?) dapat baby cepat-cepat.’ Sebak aku time tu, Tuhan je tahu.
4) Fokus untuk stabilkan diri.
Dengan duit simpanan kami suami isteri, kami decide untuk stabilkan kewangan kami dengan positive income. Mungkin komitmen tak banyak lagi, kami dapat la menyimpan. Setakat ni, kami ada 4 buah rumah yang semuanya kami invest (sewakan) . apa yang aku nak cakap, masa ini lah nak kerja membanting tulang siang malam, jadi bila ada anak nanti, aku boleh fokus kat dia.
5) Occupied kan diri dengan apa yang anda suka buat.
Aku pernah depress sebab takde anak. Klimaks nya masa tahun kedua aku kahwin. Aku rasa tak berguna sebab orang lain kahwin terus dapat anak. Last-last aku fikir aku kena positif. Aku cari minat sama dengan husband-travel. Aku dan husband memang backpackers tegar. At least, bila travel ni fokus kami yang nak anak ni terganggu la sikit, at the same time aku dapat kenal laki aku lagi mendalam. Haa gitew. Walaupun dah lama aku kenal dia, rupanya banyak lagi aku tak kenal tentang dia.
6) Positif, positif, positif!
Aku selalu je tengok video/ gambar/ story kawan-kawan aku yang kebanyakan nak masuk anak tiga dah. Lepastu aku selalu like dan komen. Ada kawan aku, memang alergik tengok gambar anak kawan-kawan dorang sebab terasa takde anak lagi. Tapi sis cool je. Comel-comel! Geram aku tengok. In positive way, aku fikir macam ni-aku setiap tahun akan jumpa anak-anak baru (kadang-kadang 100 orang) setiap tahun. Ada darjah 1, darjah 2, darjah 3. Mesti korang dapat teka kerja aku kan? So aku anggap mereka ni anak-anak aku. Kadang-kadang, aku selalu je sedekah pen, sedekah makanan kat budak budak ni. Tersengih-sengih dorang dapat. Lecturer aku masa belajar dulu pesan, kadang-kadang kita ni masuk kelas lambat, takut gaji tak bersih. So, sedekahkan la setiap bulan kat budak-budak ni.
Aku dan husband selalu berangan. Macam mana la rupa anak kami nanti. Dah ada anak nanti, aku nak nama kan dia Qadeeja. Setiap kali nak datang bulan tu, aku harap aku tak period dan test positive aku mengandung. Tapi tak pernah terjadi. Hujung tahun ni aku dan suami insyaAllah nak tunaikan umrah. Aku nak doa sungguh-sungguh depan Kaabah supaya Allah hadirkan kami Qadeeja satu hari nanti. Tapi, kalau belum rezekinya, aku redha, sebab aku tahu, ini ujian kami suami isteri. Doakan kami.
– Yaya (:
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit