Mencari Redha Allah.

Allahu,
Hampir setahun meninggalkan alam universiti. Ya,alam universiti, zaman aku berdamping dengan rakan-rakan yang akhlak mereka sungguh menyejukkan hati. Alhamdulillah, secara tidak langsung, aku terikut sama, terikut ke arah perkara-perkara yang baik-baik.Jaga pakaian, jaga hati. jaga pergaulan. Ya Allah , itu dulu, aku rindu.Mungkin aku sekarang disebabkan niatku dulu tidak sepenuhnya kerana Allah. Kenapa? Aku merasakan aku memerlukan sahabat untuk brrdamping, untuk terus aku di laluan yang benar, yang mampu mengelak dari titik hitam.

Seusai tamat pengajian, aku tidak lagi bersama mereka. Kini aku mengorak langkah membina kerjaya. Orang kata, kukuhkan ekonomi..Luaran, kawan-kawan melihat ku seakan stabil.Ya stabil dari segi keewangan. Aku tak nafikan. Tetapi, amalan yang pernah aku bersama lakukan dahulunya kini satu persatu meninggalkan aku. Bukan, aku tahu, aku yang lari! Hampir saja ke lembah pada tahap Nabi tidak mengaku umat. Allahu..Allah masih sayang akan diri ini.Kekuatan cinta Allah kepada hambanya membuat kan aku terbuka mata hati. Terbuka.
Seringkali aku cuba pujuk diri, jadilah diri sebenar. dekatkan diri dengan Allah. Saban hari juga, aku tidak tenang, Hampir sahaja 5 bulan aku berada di perumahan baru, namun tidak pernah aku melangkahkan kaki ke surau yang disediakan. Tidak pernah untuk mencari di mana lokasinya. Allahu…Hampir sahaja aku menitiskan air mata..
Allah beri kekuatan pada hari ini, tidak seperti biasa, aku mencapai handset untuk melihat waktu ishak. Lagi sepuluh minit waktu ishak. Ya.
Kerana lokasi surau tidak pernah aku ambil tahu sebelum ini, masa sepuluh minit itu aku gagahkan diri mencari. Sedih, langsung tidak perasan di mana rumah Allah itu. Terdetik dihati, Ya Allah dekatkan lah aku Ya Allah..
"Allahuakbar Allahuakhbar!! "
nah, seruan azan dari arah depan tempat aku berada waktu itu. Maka aku mengikuti arah suara azan itu…Allah, tak pernah aku merasakan ketenangan seperti ini..

Allah, bimbinglah aku?.

– Abid(Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *