Untuk part I, (https://iiumc.com/mencintai-dan-menyayangi-tak-semestinya-memiliki/).
Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siarkan lagi confession aku.
Sebenarnya aku malas nak buat confession yang kedua sebab pada aku cukuplah confession yang pertama sebab aku hanya nak share pengalaman sedih aku sekurang-kurangnya ringan sikit beban didada aku dan adalah pelajaran orang lain boleh ambil.
Tapi sebab ramai yang komen, jadi adalah baiknya jika aku explain agar benda tak jadi fitnah dan dosa buat kita semua.
Terima kasih pada yang beri nasihat pada aku. Memang aku cukup hargai, semua komen yang baik-baik, yang doakan aku, semua sekali aku aminkan.. terima kasih. Hanya Allah mampu membalasnya.
Ada jugak segelintir komen mem’bash’ cakap aku bodoh sebab tak bukak mata, bodoh sebab bertepuk sebelah tangan. Dah terang-terang aku tulis dalam confession aku ‘ini semua sebab kebodohan aku’.
Aku mengaku memang aku ada sedikit bodoh. Tapi percayalah, when you truly loved someone you will do whatever it takes just to make sure the person you love is protected.
Aku sayang dia, aku memang cinta dia. Dia satu-satunya insan selain ahli keluarga aku yang aku sayang seikhlas hati. Sebab itu aku tulis cinta untuk ‘insan’ aku memang hanya untuk dia.
Ada jugak yang tulis ‘sebab cantiklah tu yang asyik terkenang-kenang’. Jujurlah nak kata, dia tak pernah ada peminat (mungkin ada tapi aku tak tahu) Hahaha..
Masa zaman belajar, muka dia hitam. Tak pandai lagi jaga diri. Pergi kelas sememeh. Tak adalah cantik sangat pada pandangan orang lain, tapi cukup cantik dan manis pada pandangan aku. Jujur, aku cintai dia sebab sifat kelembutan dia.
Dia lembut tapi tegas. Bila berkata-kata, suaranya perlahan tapi dalam intonasi yang tegas. Susah nak gambarkan.
Tapi jujur, ini semua tiada kaitan dengan paras rupa. Aku jatuh hati dengan dia sebab diri dia. Sebab keperibadian dia. Dia ada ciri-ciri isteri terbaik untuk lelaki dan zuriat keturunan aku (pada masa tu. Sekarang dia bawa zuriat keturunan suami dia).
As time goes by, dia dah pandai jaga diri, dia dah kemas cantik semua, muka dah cerah. Tapi dia masih sama pada aku. Sebab aku tak lihat luaran dia, aku lihat keperibadian dia. Itu yang buat aku jatuh sayang pada dia.
Ada juga yang komen ‘sebab aku tak ada harta. Itu yang dia pilih suami dia.’ Wallahu’alam.. untuk yang ini, aku memang susah nak cakap. Aku tak adalah harta yang banyak, tapi bolehlah bagi anak orang makan dan bawa jalan-jalan.
Untuk pengetahuan semua, ibu ayah dia golongan atasan. Tapi mereka sangat humble dan down to earth. Suami dia pun sama je pangkat kitorang. Maksudnya, ini semua tiada kaitan dengan harta atau pangkat.
Tapi itulah, Allah dah tulis cantik-cantik perancangan Dia, siapa kita untuk menghalangnya. Dia dan keluarga memang dari kalangan orang yang baik-baik. Tiada apa kurangnya.
Ada jugak yang komen ‘bila jadi macam ni baru nak dekat dengan Allah’ ok, yang ini ada sedikit lawak. Sebab itulah ada pepatah kata, lebih baik diam dari berkata-kata benda yang kita sendiri tak tahu. Aku tak nak cakap perihal hubungan aku dengan Allah. Sebab hanya Dia yang tahu.
Cuma aku menjadi lebih dekat dengan Dia berbanding sebelum ni. Kalau lah aku jauh dari Dia, mungkin aku dah bunuh diri kot masa dia kahwin lain (nauzubillahminzalik).
Prinsip aku satu saja, setiap sesuatu Allah dah susun cantik-cantik. Sakit memang sakit, tapi siapa kita nak menolak ujian ini. Allah uji sebab Dia sayang kita. Tugas kita hanya kena Husnuzon dengan Allah. Kita rancang, Dia rancang, tapi Dia sebaik-baik perancang.
Ada yang nak perkenalkan rakan dan taulan, terima kasih. Aku sangat menghargainya. Bukan aku tak nak berpasangan, cuma buat masa ini aku rasa belum masanya lagi. Aku dalam proses ingin memperbaiki diri aku. Mungkin semua ini terjadi atas khilaf dan dosa aku sendiri.
Jadi, sebelum aku memilih untuk hidup berpasangan, aku kena usaha untuk menjadi lebih baik. Lebih baik dari sebelumnya. Aku janji, siapa pun pasangan aku selepas ini, aku akan layan dia sebaik-baiknya. Sebab sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang memuliakan isterinya (sila rujuk hadith Rasulullah SAW).
Tiada istilah REBOUND jika lelaki memang suci hati ingin hidup berpasangan. Patah tumbuh hilang berganti. Cuma kena faham, bila sesuatu patah, kena ambil masa untuk tumbuh semula. Bukan hari ini patah, hari esok dah tumbuh. Itu dah hukum alam.
Ada juga yang tulis ‘masih wujud lelaki yang setia’. Terima kasih, tapi memang masih wujud lelaki yang setia. Ada ramai lelaki yang setia diluar sana. Bezanya sama ada terpilih lelaki yang setia atau tidak. Itu susah nak kata, doalah pada Dia dipertemukan insan setia.
Sungguh kesedihan hilang insan kita sayang itu menyakitkan. Tapi siapa aku untuk melawan takdir. Jujur, aku kadang-kadang rindu dia. Mana mungkin rasa ini hilang sekelip mata selepas berpuluh tahun sentiasa ada.
Tapi aku tak akan mengganggu dia, aku tak akan hubungi dia. Dia pun tak ada hubungi aku. Hahaha (Sendu). Itu lebih baik dari aku menyakiti diri aku sendiri.
Dia dah bahagia, senyum riak wajahnya menunjukkan dia bahagia dengan pasangannya. Apa lagi yang aku harapkan selain melihat dia bahagia, melihat dia tersenyum. Hidup kena diteruskan. Sebab matlamat kita bukan untuk dunia. Ku kira dulu dialah satu-satunya. Tapi aku silap… heheh.
Apa-apa pun terima kasih sekali lagi pada yang sudi membaca confession aku. Tiada apa yang aku minta kecuali doa dari kalian.
Hidup ini tidak lari dari ujian, bezanya kita kena terima dengan redha. Setiap ujian ada hikmahnya. Cepat atau lambat kita akan tau sebabnya. Cuma kena sentiasa yakin, Allah itu baik, Dia tau kita mampu hadap setiap ujian.
Oklah, yang baik semua dari Dia, yang buruk semua dari diri aku sendiri. Semoga Allah lindungi kita semua.
– Addin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit