Salam, salam Ramadhan semua..puasa penuh tak? Harapnya amalan kita semua bertambah dibulan mulia ni..
Aku cuba diamkan diri tapi perkara ni macam sesuatu yang aku kena bicarakan..perihal pasangan2 muda islam masa kini yang suka melebihkan pasangan dalam setiap perkara walhal belum halal antara mereka..
Kita ambil kisah 1 pasangan muda yg viral baru2 ni..si wanita disuprise teman lelakinya ketika harijadinya yg ke 20+..dan bermulalah kejadian dimana wanita2 malaysia yg berangan dan mula mengimpikan lelaki mahupun relationship seperti itu..
Saudaraku, jujur dari hati bila aku tonton video itu, tiada langsung istilah 'sweet' atau 'relationship goal' yg muncul di benak fikiranku..yg aku nmpk hanya satu pasangan yg terbawa2 dengan duniawi dan rasa cinta yg palsu..
Ya, kenapa aku bilang palsu? Kerana jika benar cinta, halalkan..bukan habiskan duit, masa dan tenaga melakukan perkara yg sia2..ada yg komen mereka sudah ingin berkahwin tak lama lagi..niat tidak sesekali menghalalkn cara..INGIN berkahwin tapi MASIH BELUM..jadi, berpegangan tgn, berpelukan, berdua2an dgn bukan mahram, semua itu HARAM sehingga kalian diijab kabulkan..dan tidak mustahil, dgn izinNya, cinta kalian terputus di tengah jalan walau sehebat mana cinta itu..dan segala masa, wang, tenaga yg telah dihabiskan bersama?? Sia sia.
Rata2 remaja Islam skrg terlalu cintakan duniawi dan menjadikan sesuatu yg haram itu sebagai 'goals'.. Ada sebab kenapa Allah mengharamkan kapel dan hubungan sebelum nikah..cuba kalian muhasabah diri dan pikirkan sedalamnya..Aku sendiri masih merangkak mencari ilmu Islam..maaf andai aku terkasar bahasa..
Semoga diberi hidayah kepada mereka yg masih jauh dari jalanNya..Amin
– M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Dan apabila manusia terlalu meletakkan sepenuh pengharapan atas manusia lain, satu masa akan Dia tarik nikmat tak lambat/cepat walau sesaat