Mengikhlaskan Dirinya

Assalamualaikum IIUM Confession readers. Aku Raline. Aku nak cerita tentang diri aku yang tengah “stuck”. Aku stuck dengan masalah yang sama dari awal tahun ni. Masalah percintaan.

Aku serabut sebab aku tahu aku dengan mamat tu tiada masa depan pun bersama tapi aku masih tak boleh keluar dari perhubungan ni. Aku nama kan dia Zayn. Aku dengan Zayn kenal sejak tahun lepas.

Mula-mula aku rasa percintaan aku dengan Zayn ni normal lah, pergi dating, mesej-mesej macam orang bercinta, share tentang sehari-hari.

Lama dari tu Zayn berubah. Aku dah start rasa aku ni backburner** dia je. Kurang asam betul!

**A backburner relationship is simply keeping your options completely open, and it’s something that every person does, whether they know it or not. (Boleh dengar lagu backburner – NIKI)

Aku tak puas hati. Sukati dia je jadikan aku backburner dia. Kau kemain beria awal-awal dulu sekarang buat aku macam pilihan je.

Pastu bila aku dah start rasa tidak dihargai, tidak dipeduli, seperti tiada nilai aku pun menjarakkan lah diri dari dia. Okay kau dah tak nak dengan aku?

Peduli lak aku.

Tapi somehow nak blah dari hubungan tu bukan senang. Akan ada satu masa dia fade away terbang cam abu sampah, dia hilang pergi entah ke mana.

Lepas dia hilang tu aku pulak meroyan, marah, tak puas hati. Lamaaaaaa dari tu dia datang balik.

Yang bagusnya Zayn ni datang balik bila hati aku dah healead. Hati aku dah elok, dah baik dia datang balik. Layan aku cam the one and only.

Aku pun bila marah tu dah hilang aku akan “How about second chance?” **padahal tak terkira chance-chance aku bagi kat mamat tu.

Jadi hidup aku pun dok circulated benda sama. Ulang-ulang-ulang. Macam babak dalam filem Imaginur.

Ada satu masa aku kata kat kawan aku, ni last aku takkan patah balik kat dia. Tapi tak de satu kali pun aku kata aku benci Zayn. Idk why hati aku ni mudah memaafkan dia.

Sebab tu dok ulang-ulang-ulang.

Kawan aku kata, sebab everytime aku baik balik dengan Zayn aku tak cerita apa yang aku rasa. Aku telan je apa yang Zayn buat kat aku.

Takpernah sekali aku marah Zayn, tanya apa yang dia nak dari aku. “Kita ni apa” Sebab apa aku tak tanya, sebab aku rasa sia-sia.

Aku tahu Zayn tu tak nak pergi jauh pun dengan aku. Cuma dia sebab kan attachment ni aku takleh nak lari dari dia. Aku attach dengan dia walau buruk mana pun dia layan aku, aku boleh stay.

Sampai lah satu hari tu aku tiber rasa hilang feeling (romantic feeling) kat Zayn. Aku taktau nape tapi rasa tu tiberrrr tiberr je datang. Pastu aku perasan aku banyak solat Istikharah dengan Solat Taubat.

Tapi niat aku nak solat sunat tu bukan pasal percintaan pun tapi pasal nak kerja baru. 2-3 minggu aku solat sunat dua dua tu hampir setiap hari.

Lama-lama dari tu aku dah start, takde rasa nak reply mesej Zayn. Aku jadi takde rasa excited tu. Aku continue solat Istikharah dengan niat menyerahkan segalanya pada Allah.

Aku, selama Zayn layan aku macam sampah tu takde sekali pun aku tingkatkan effort aku untuk buat dia sayang aku lebih ke…

Sebab aku rasa semua tu sia-sia. Lelaki ni, kalau dia anggap kita sebagai pilihan dia akan anggap kita sebagai pilihan dan terus mencari mana yang dia anggap sempurna. Aku tak nak dipilih hanya kerna aku sahaja pilihan yang dia ada.

Macam kita jugaklah, lumrah manusia. Tak pernah rasa cukup dan puas. Sentiasa mencari yang sempurna. Harini beli baju rasa macam cantikkkk sangat sangat. Esok jumpa baju lagi cantik, baju yang haritu beli dah turun darjat dah.

Aku hari-hari cuba nak ikhlas kan dia pergi, tapi masalahnya dia belum betul betul pergi sebab aku ni option dia (Lol).

Aku doakan (walau pedih kat hati ni) dia jumpa lah yang betul betul sempurna untuk dia. Aku dah tak sanggup lagi jadi backburner dia.

Aku ni kadang kadang boleh kuat, aku risau dia datang balik, aku pergi kat dia. Sia-sia usaha aku selama.

Aku tak dapat nak sangkal, hati aku ni bolak-balik. Harini aku boleh kuat tak nak dia boleh nampak semua redflag dia, esok aku rindu dia aku nak dia.

Zayn ni baik je orang nya. Tapi entah lah, kenapa lah buat aku macam ni. Aku takde niat nak balas perbuatan dia kat aku. Sebab aku tahu kifarah tu wujud.

Harini buat orang gini esok kena kat batang hidung sendiri. Tapi Zayn, percayalah Allah kalau nak tunjuk kuasa dia tu bila-bila masa je boleh. Aku harap aku perempuan terakhir yang Zayn buat gini.

Dan…aku percaya. Walau teruk mana pun apa yang aku rasa harini. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang berganda-ganda lebih baik.

Semoga perhubungan aku yang akan datang berakhir dengan pernikah. Aku tanak dah rasa sakit, pedih, rasa bodoh…rasa nak muntah, anxious. Tuhan saja tahu.

Ini juga pengajaran untuk aku. Sebab mungkin aku mencintai Zayn lebih dari aku mencintai Allah?

– Raline (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *