Penyondol Yang Menyusahkan

Assalammualaikum. Aku kenalkan nama aku sebagai Zira, aku berkahwin dengan laki aku dah hampir 13 tahun.

Tahun ke 2 laki aku berkahwin dengan aku, dia terlanjur dengan scandal dia dulu masa kami bercinta, dah ada seorang anak. Terpaksa berkahwin di Thailand.

Dan selepas itu laki aku tinggalkan perempuan tu dengan anak 2. Setelah tinggalkan selama 2 tahun mereka get back semula dengan alasan anak2 perlukan bapa mereka.

Sumpah aku dengan perempuan tu tak baik walaupun dah pernah berbaik tapi tak jadi baik.

Family laki aku semua menyokong aku dan tak terima perempuan tu pun walaupun dia dah berkahwin hampir 10 tahun.

Mereka pesan jangan sesekali jejak kan kaki atau bawa perempuan tu ke rumah mereka.

Laki aku ni ada 1 perangai yang kejap kerja kejap tak keje,

Jadi sementara dia belom bekerja anak2 aku kena sara, dari segi wang sekolah dan perbelanjaan raya, mungkin dia keluar 1/3 dari aku.

Sekarang ni dia baru dapat kerja setelah 6 bulan tidak bekerja, dan aku baru dapat tahu yang perempuan tu pulak mengandung,

Laki aku dan perempuan tu dah mula gelabah la, sedangkan 6 orang anak pun tak mampu nak tanggung lagi tambah anak kata laki aku.

Aku tak kesah la nak dia nak tambah anak, tapi aku ada rasa perasaan tak ikhlas nak membantu laki aku.

Dah la anak yang ada pun aku tanggung dan bantu, lagi tambah anak dan aku rasa menyusahkan kehadiran mereka dalam hidup aku.

Perempuan tu pun bapak dia bantu sepanjang laki aku tak kerja, aku pernah la naik turun pejabat agama, pegawai yang bagi nasihat tu tanya suami bagi duit?

Dia memang sangat tidak berkira bila berduit, seminggu pun 5 hari dengan aku 2 hari je dengan perempuan tu. Tapi kalau ikut kemampuan laki aku dia memang sangat2 tidak mampu.

Ustazah tanya aku, nak bagi ke perempuan tu menang?

Aku memang tak baik dengan perempuan tu, lagi2 bila dia buat report polis dengan alasan aku ganggu dia dari segi emosi dan rumahtangga dia.

Dia kalau bercakap dengan aku macam perfect sangat. Macam bagos sangat.

Masa dia rasa laki aku ade perempuan ke 3, boleh pulak dia wasep aku baik2 dan minta maaf pada aku.

Walaupun dah hampir 10 tahun perkahwinan dia dengan laki aku, kata nya talak yang laki aku lafaz kan dulu selama mereka berpisah tak jatuh pun,

Sepanjang laki aku get back dengan dia semula, aku rasa hidup laki aku lagi susah.

Yela maybe sebb tak adil, perempuan tu pun tahu laki aku tak adil, beraya dengan aku sampai seminggu baru jumpa perempuan tu.

Bila aku cakap dengan laki aku, ape dia buat ni tak betul, laki aku cakap soal dia adil ke tak bukan hal aku. Ape aku nak buat dengan keadaan ni?

Memang bukan hal aku, aku nak jalan laki aku ‘tegak’. Senang, perempuan tu bile meroyan dia cakap la laki aku ni tak adil, bukan senang hidup laki aku.

Anak2 aku pulak bila jumpa laki aku, macam gf jumpa bf, tak boleh berenggang.

Ape aku nak buat?

– Zira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *