Mengumpat – 12:46 AM

Mengumpat

Biasanya, orang cakap perempuan bila berkumpul ramai-ramai mesti akan mengumpat. Cuma aku ada satu perangai ni yang sekali aku dengar orang ni beria mengumpat pasal someone sambil gelak-gelak bagai, aku dah tak akan rapat dengan orang tu. Sebab aku punya mindset kalau orang tu boleh mengumpat depan aku, dia boleh mengumpat pasal aku jugak depan orang lain. Aku sampai tahap bila orang cakap pasal gosip artis pun aku tak selesa.

Tapi, masalah nya, aku dikelilingi kaki mengumpat. Family aku mulut memang power dari moyang ke nenek ke makcik ke cousin baik lelaki mahupun perempuan. so aku elakkan diri rapat sangat dengan diorang. So, family aku cop aku tak ramah & sombong. Dalam ramai-ramai aku la yang paling tak rapat. Untuk tegur memang aku tak berani sebab bila aku voice out opinion aku parents aku selalu tegur suruh diam je dengar je jangan bising nanti gaduh.

Aku pernah join usrah dan malangnya usrahmates aku pun bila berkumpul mesti akan cakap pasal someone dan aku selalu tanya kenapa kena discuss pasal orang yang tak ada kat situ. Tapi alasan yang aku dapat semua tu penting untuk improve orang tu. Malangnye, aku rasa macam tu cuma la alasan untuk sugarcoat umpatan diorang. selepas berbulan-bulan bertahan aku quit sebab tak tahan. Dengan housemates pun aku tak nak dekat sebab aku tahu diorang kaki gosip artis memanjang layan blog gosip. Kesimpulannya, sebab benda ni kawan aku tersangatlah sikit sebab aku keep on jauhkan diri tiap kali aku perasan yang dia selalu kutuk orang.

Mungkin aku jadi macam ni sebab nature aku yang besar mana pun masalah aku dengan manusia lain aku jenis pendam je. Mungkin aku yang gagal memahami diorang.. Mungkin jugak sebab aku fobia pernah jadi buah mulut orang. Mungkin mengumpat ni benda biasa yang aku terlebih sensitif.. Entah la

– taktahangosip

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *