Mengungkit Jaga Anak Yatim

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merusak sedekahmu (kebaikanmu) dengan menyebut-nyebutnya (mengungkit) dan menyakiti (perasaan penerima).” (Qs. Al-Baqarah 264)

Imam Syafi’i berkata, janganlah engkau menerima kebaikan dari mereka yang akan mengungkit-ungkitnya di hadapanmu. Ungkitan seseorang itu apabila melukai hati itu lebih sakit dari pada tusukan tombak.

Assalamualaikum semua..

Suami aku dah beberapa bulan kelihatan sedih dan tidak bermaya. Suka termenung. Hampir suicid4l.

Pagi beberapa hari lepas, aku ternampak pil tidur dalam kereta yang suami cuba sorok. Pil di beli dengan prescription doktor dan boleh refill untuk beberapa bulan.

Rupanya suami aku ada insomnia dah dekat 3 bulan dan bergantung ubat tidur untuk tidur.

Aku confront suami dan baru suami bagitahu semua cerita dekat aku. Selama ni suami simpan sorang2.

Semua sebab makcik pakcik yang jaga suami aku ni mengungkit2.

Arwah mak ayah suami meninggal tahun 2010, mereka berempat kemalangan dan hanya suami dan adik suami yang hidup.

Suami masa tu berusia 10 tahun dan adik berusia 5 tahun.

Suami di jaga oleh pakcik makcik belah ibu di pantai timur dan adik suami di jaga oleh pakcik makcik belah ayah di pantai barat.

Beberapa bulan lepas makcik pakcik yang jaga suami aku tu mengungkit segala pertolongan mereka hanya sebab suami dapat bonus tapi bagi kepada mereka sikit sahaja.

Suami aku terpaksa guna bonus tu untuk physiotherapy tangan akibat kemalangan.

Bonus pekerja kerajaan kan selalu di war-war dalam berita, sudah tentu satu negara tahu, termasuk la makcik pakcik suami.

Tiap2 bulan lepas gaji memang suami akan bagi duit belanja kepada makcik pakcik sebab suami aku memang anggap mereka mcm pengganti mak ayah.

Antara kata2 yang dikeluarkan makcik pakcik adalah mengungkit pasal sekolah, matrikulasi, university, urusan nikah, makan minum, pakaian, bil rumah, bil klinik dan lain2.

Dipendekkan cerita makcik pakcik mengungkit segala pertolongan semasa menjaga anak yatim dari rumah berusia 10 tahun sampai suami 18 tahun.

Umur 18 tahun dah tak panggil anak yatim kan(?).

Aku ada baca text tu, sampai aku yang takde kena mengena ni pun jatuh air mata. Nangis teruk. Apatah lagi suami aku yang terlibat. Sakit sangat2.

Suami aku sangat terkesan dengan kata2 mereka sampai suami aku kata lebih baik dia m4ti bersama mak ayah dalam kemalangan tahun 2010 tu.

Suami juga selalu bercakap sorang2, “kenapa aku tak m4ti je dulu2” bila suami termenung.

Bila dengar perkataan m4ti tu aku takut sangat2 suami jadi depression atau suicidal. Sampai aku pun terkitar2 tangan. Aku cuba kuat untuk suami dan sorok perasaan aku tu.

Aku cuba pujuk suami baik2 sambil berpura2 kuat.

Suami hanya senyum.

Kami ada anak kecil. Suami dah jarang main bersama anak2 dan lebih suka termenung sorang. Anak kami berusia 1 tahun 3 bulan baru.

Tolong aku dengan share confession ni ramai2. Semoga sampai cerita ni kepada makcik pakcik suami.

Suami haramkan aku untuk bagitahu perkara sebenar kepada makcik pakcik tapi suami tak bagitahu jangan tulis confession dan tukar2 cerita sikit2 kan… Maafkan isterimu ini.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *