Menjaga hati – https://iiumc.com/forumv2/
Aku perempuan, masih muda. Masih lagi belajar. Masih lagi mentah dalam kehidupan. Aku pernah mengalami saat-saat kejatuhan. Saat-saat aku lemah. Tapi alhamdulillah aku dapat bangkit. Alhamdulillah aku dapat berubah sedikit demi sedikit dari segi pakaian. Tapi, hanya satu je aku tak dapat ubah. Kenapa aku masih lagi senang untuk jatuh hati pada lelaki? Aku tak sengaja. Mungkin. Atau aku memang sengaja untuk mengisi kebosanan aku. Dan aku gunakan alasan bergurau untuk menutup keinginan aku di depan kawan-kawan aku. Berdosakah aku andaikata aku ni mudah jatuh hati pada lelaki? Kawan aku cakap yang aku ni bosan dan kesunyian, sebab itu lah aku mudah jatuh hati. Betul ke? Kalau macam tu, boleh tak awak semua bagi suggestion macam mana nak kawal perasaan aku dari mudah jatuh hati? Aku ingin menjadi seorang muslimah yang betul-betul baik bukan sahaja dari segi pakaian bahkan juga dari segi akhlak aku.
– Miss