Menjaga Kehormatan Diri

Kerjasama dan saling memahami

Tidak dinafikan bahawa fitrah seorang wanita itu untuk mencantikkan dirinya manakala kecenderungan seorg lelaki itu kepada kecantikan wanita itu. Itu telah juga dibuktikan melalui sains(psikologi) manusia.

Keadaan ini haruslah dijaga krn jika tidak dijaga akan berlakulah seperti apa yg kita lihat di barat. Oleh krn tiada konsep penjagaan maruah, berlakulah penindasan yg teruk ke atas wanita (dinafikan hak, dijadikan objek seks semata,seperti di papan iklan,di televisyen). Suasana ini amat teruk sehingga menyebabkan muncul golongan feminis, feminazi dan sbg. Sistem kekeluargaan mereka juga runtuh, suami dinafikan hak sbg ketua keluarga(dayus) membiarkan isteri mereka keluar dan akhirnya dirogol, dikembalikan kesalahan itu kepada suami. Berkongsi isteri/suami. Suami melakukan hbgn seksual dan melakukan skandal di luar pengetahuan isteri. Kes rogol yang balik banyak berlaku di barat sehingga setiap kes rogol berlaku pada setiap 4 minit.

Oleh sebab itulah, Islam telah menganjurkan langkah2, supaya lelaki menundukkan pandangan dan wanita menjaga auratnya. Mutual respect, tggjwb itu berlaku ke atas kedua2 nya. Jgnlah disalahkan dan dberat tggjwb hnya kpd satu pihak.

Agak lucu juga melihat ada satu golongan(kononnya memperjuangkan wanita) retweet/share mengenai kesalahan lelaki yg spttnya menjaga pandangan mereka. Tetapi apabila melihat golongan yg share atau retweet perkara sedemikian merupakan glgn yg berpakaian seksi dan tidak menutup aurat. Seolah2 menunjukkan/ menghalalkan perbuatan mereka yg tdk menjaga aurat. Jadi bagaimanakah lelaki hendak melihat jika di semua sudut terdapat glgn wanita yg tidak menutup aurat? Di pihak lelaki pula, ada glgn ekstrem di mana mereka masih bernafsu melihat wanita yg menutup aurat dgn sempurna. Ini adalah perbuatan yg berlandaskan semata2 nafsu sdgkan perintah dlm Al Quran utk menjaga pandangan dan menjaga iman mereka. Jika tidak dibendung dengan iman maka berlakulah penindasan dan kesalahan patutlah diletakkan ke atas golongan ini krn 'penindasan' yg dilakukan dengan menganiaya wanita yg menutup auratnya dengan sempurna.

Hal ini perlu dibendung krn ia melibatkan kedua2 kaum. Sekali lagi saya ulang, janganlah seperti berlaku di barat oleh kerana pergaulan yg terlalu bebas dan tiada konsep ikhtilat, perbalahan dan keadilan terhadap gender berlaku amat berat sebelah sehingga penyelesaian mereka menjadi sesuatu yg pelik dan lari dari fitrah.

Fahamilah bahawa sesukar seorang wanitu itu menjaga auratnya, sesukar itulah juga seorang lelaki menjaga pandangannya.

Dan sesenang wanita itu mendedahkan/mempamerkan auratnya, semudah itu jualah lelaki melihat(x menjaga pandagannya) lalu melalukan perkara yg luar dari moral masyarakat.

Elakkan diri daripada terjebak dengan perbalahan gender krn ia tidak akan selesai malah sia-sia. Semuanya bermula pada diri kita. Isu isu dan kes rogol dan sebagainya tidak akan berlaku jika tiada puncanya. Fokuslah dgn menjaga diri dan pergaulan seperti mana yg telah dianjurkan oleh Al Quran. Mutual respect for both. Islam itu sempurna dan sudah menggariskan panduan untuk mengelakkan sebarang isu2 dan kes2 yg membawa lari fitrah. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Islam itu agama fitrah. Yang so called study in gender studies pun tak memahami psikologi seorang lelaki, bagaimanakah itu hendak dipanggil sebagai 'gender studies'?

Lelaki diuji pada batinnya(syahwat) dimana lebih sukar krn melibatkan dalaman. Manakala wanita juga tidak kurangnya, diuji dengan fizikalnya, (kecantikkannya) dan usaha utk menutupnya. Kerana ujian ini untuk melayakkan diri kita adakah patut kita di syurgaNya atau di nerakaNya.

Maka, sempena bulan ramadhan ini, wahai wanita jagalah auratmu, jgnlah menyeksa kaum lelaki dan kaum lelaki, hormatlah kepada wanita dgn menjaga pandangan sebagaimana kamu tidak suka jika ibu/isteri/anak perempuan mu dipandang dan diperlakukan secara tidak hormat oleh lelaki lainnya.

Dan janganlah terpengaruh dengan isme2 barat kerana Islam itu sudah lengkap dan sempurna

Wallahu'alam. Salam Ramadhan

– Syazwan Iqbal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *