Bismillah.
.
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf sekiranya perkara yang saya nyatakan ini menyentuh isu sensitif mana-mana pihak dan saya percaya setiap individu ada mata penilaian yang tersendiri. Namun, bukan niat saya untuk menilai mana-mana pihak, hanya sekadar berkongsi perkara yang berlaku di depan mata saya yang jarang dikatahui oleh pelajar uia khususnya.
.
Sejujurnya saya setuju dengan komentar di 'post' yang lalu, Jangan Manja Sangat' berkaitan dengan sikap meminta-minta tapi mungkin sedikit berbeza dari gaya penyampaian yang ingin saya kongsikan.
.
Saya juga bukan dari keluarga yang senang dan sudah biasa dengan kehidupan 'ikat perut'. Jadi saya tersangat kesan apabila persekitaran saya dihuni oleh kawan-kawan (baca:pelajar) yang tidak mempunyai duit untuk makan dan keperluan. Tambahan pula perkara ini kebiasaannya berlaku dalam hujung/awal semester. Maka jelas disitu kebanyakannya adalah pelajar yang bukan hidupnya terbiasa 'ikat perut' seperti saya tapi faktor masa yang membuatkan mereka terpaksa berlapar dan berdiam diri. Saya dapat gambarkan perasaan itu semasa awal perkenalan saya dengan kehidupan 'ikat perut'. Ya, sangat perit untuk berlawan dengan keinginan untuk makan dan beli keperluan.
.
Bukan fokus saya untuk ceritakan pekerjaan dan amalan apa yang telah saya lakukan untuk teruskan kehidupan di uia tapi saya ingin sentuh isu meminta-minta seperti post yang lalu. Ya, dalam islam memang tidak digalakkan untuk meminta-minta kerana menggalakkan penganutnya untuk berusaha selari dengan darjat agama kita yang tinggi adabnya. Maka, yang meberi itu lebih baik dari menerima dan tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah. Tapi, saya tidak mengetepikan juga faktor terdesak kawan-kawan yang kehabisan wang belanja untuk meminta dan jauh sekali untuk saya menghukum mereka tidak berusaha atau kata lainnya malas. Cuma realiti didalam uia ini, kita dibanjiri dengan komuniti yang baik hati dan ringan tangan untuk membantu siapa sahaja yang mempunyai masalah kewangan. Jadi, sikap meminta yang saya ingin gariskan bukan tertumpu kepada mereka yang sudah usaha dan memilih jalan ini sebagai cara terakhir untuk dapatkan wang dengan meminta di saluran yang betul tapi lebih kepada yang memilih cara ini sebagai jalan penyelesaian utama untuk dapatkan wang dengan meletakkan tabung derma.
.
Disini saya senarikan kenapa saya kurang setuju dengan sikap meminta-minta sesetengah pelajar;
.
1. Warga Uia terkenal dengan sikap pemurah dan perkara ini diketahui umum oleh masyarakat luar. Jadi ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan ini untuk meminta derma dan letakkan tabung di merata tempat beserta nota untuk menagih simpati warga uia tanpa perakuan dan kebenaran mana-mana pihak autoriti uia/kediaman mahallah.
.
Perkara ini telah berlaku di beberapa mahallah perempuan termasuk Asma'.
.
Dan berlaku juga depan mata saya, ada seorang hamba Allah ini meletakkan tabung di kawasan lapang depan bilik saya beserta nota, tetapi selama saya duduk di blok itu saya belum pernah jumpa dan terserempak dengan dia kerana saya antara orang dikenali di blok/mahallah saya (saya kira mungkin dia dari blok/mahallah lain).
.
Namun, saya tidak berkesempatan untuk jumpa dia buat kali kedua dan bertegur sapa.
.
2. Kita semua tak mampu baca tahap kesusahan setiap pelajar yang tidak cukup wang. Jadi, adalah tidak adil pada mereka yang meletakkan tabung derma dan kemudiannya mendapat sejumlah wang hasil dari sumbangan sedangakan ada orang lain yang juga berada didalam situasi yang sama malah yang lebih memerlukan daripada mereka.
.
Lebih teruk, sekiranya ada yang letakkan tabung derma dimana-mana tempat dan masuk bilik tunggu sampai tengah malam dan ambil hasil (moga tak ada yang buat seperti ini) sedangkan ada yang usaha pergi pejabat zakat, jumpa pensyarah atau fellow untuk pinjam duit atau berurusan dengan wakil pelajar untuk dapatkan bantuan kewangan selayaknya.
.
Boleh jadi hukum kita zalimi hak orang lain sedangkan ada orang lain yang lebih memerlukan duit tu.
.
Sebab itu setiap perkara ada sistem. Dalam islam tertubuh sistem baitul mal untuk diagihkan harta dan barang amanah kepada yang berhak secara adil. Maka begitu juga keperlukan kita untuk meminta bantuan kepada saluran yang betul. (Tapi, cari lah sistem yang mudah dan selesa dengan kita ya. Ops! HEHE)
.
3. Perbuatan meminta-minta ini saya khuatir akan jadi habit kepada pelajar uia khususnya sekiranya mereka tidak mempunyai wang pada masa akan datang kerana mereka yakin mereka boleh dpaatkan bantuan dengan cara meminta derma dan raih simoati warga uia.
.
Konklusinya, saya bukanlah penentang tegar kepada kawan-kawan yang sangat memerlukan duit dan meminta bantuan. Malah saya lihat dari sudut positif perkara ini dapat memupuk semangat persaudaraan dan ambil berat anatara satu sama lain. Kita tahu bila masa kita perlukan bantuan orang lain yang kadang-kadang kita tak pernah kenal dan terserempak pun di uia tapi sikap ini membuatkan kita lebih menghargai dan memupuk kepentingan nilai persaudaraan yang sangat mulia dan menjadi kekuatan bagi umat islam.
.
Namun, pilihlah saluran yang betul dan USAHA itu masih diperlukan. Bagaimana? tampil kehadapan dengan mengunakan kemudahan yang disedia kan seperti suspended meal dan hubungi pihak tertentu yang menawarkan bantuan secara personal untuk memberitahu keadaan sebenar kita. Itu sudah menunjukkan keseungguhan dan usaha kita. Kita bantu orang yang ingin bantu kita. Kita mudahkan urusan orang yang mencari kita yang dalam kesempitan.
.
Malu? ya, kita patut rasa malu kalau kita punca kepada kesusahan SRC/MRC/penyumbang untuk mencari kita, kita juga patut rasa malu sebab kita punca kepada permbaziran tenaga dan wang yang ingin disumbangkan pada kita dan kita juga patut rasa malu sebab kita tak nak ubah diri kita sendiri dan 'bajet' macam orang berduit. Malu yang tidak bertempat hanya memusnahkan diri.
.
Akhir kata, sama-sama doa moga urusan warga uia dipermudahkan. Maaf andai kata saya sedikit berterabut tidak tersusun dan paling penting maaf andai kata saya ada terguris hati mana-mana pihak. Moga Allah redha. :)
– yang memelihara diri