Assalamualaikum n Hai.
Tanks admin ☺ actually, aku just nak share pengalaman dan sikit pembacaan aku pasal benda-benda yang berkaitan dengan mental ni.
Aku lepasan sebuah tahfiz academic somewhere. Jadual agak pack pasal subject lebih.
Ceritanya bila one day, dalam kepadatan jadual tu, aku tak boleh tidur. Aku ingatkan aku takut gelap. So, aku cuba tidur awal pada orang lain. Balik hostel lepas al-mulk terus tidur. Tapi biasalahkan hostel. Kawan-kawan mesti riuh punya. Kalau bukan jenis tidur mati memang la akan terjaga.
Tapi kadang kawan-kawan aku bukan bising sangat pun. Tapi aku terjaga juga. Aku Cuba tidur balik tapi tak boleh. Kadang tu, memang aku tak boleh tidur dari awal. Aku just pejam mata. Tapi memang tak lelap. Dari pukul 12 am aku pejam Mata sampai 5 am. Aku just pejam mata tapi aku tak tidur. Naik lenguh mata aku. Kedaan tu berlarutan. So malam-malam, aku akan dengar macam-macam bunyi. Tapi aku ni jenis yang payah nak fikir hantu-hantu ni. Aku tak kan terfikir selagi orang tak cakap.
Macam satu malam ni, aku dengar macam ada benda berlaga dengan kepala katil aku. Which katil tu besi. Esok nya aku cerita dekat kawan aku kata semalam bising pasal tali kasut aku kena tiup angin dekat kepala katil aku.
Kawan aku pandang aku pelik, dia kata “tak kan la tali kasut bunyi macam tu.”
Semalam aku rasa logic je, sebab aku terbayang bahagian yang paling hujung yang keras dekat tali kasut tu. Tapi bila kawan aku cakap macam tu, tiba-tiba rasa macam bukan tali kasut sebab macam kuat juga bunyinya. Macam bunyi hanger.
Dan beberapa kejadian lain.
bila dah Dua tiga hari macam tu. Aku mula Cari jalan penyelesian. Sebab dah Rasa macam mayat hidup, keluar sebelum subuh balik lepas isyak lepas tu tak boleh tidur. Lagi pun aku rasa takut. Sebab aku takut gelap. Dah la Kat hostel wajib tutup lampu.
Masa tu mana ada phone nak Google. So, aku usaha tanya orang sekeliling. Dan aku rasa bagus juga tak de phone masa tu, sebab kadang kita tak sedar sekeliling kita ni ramai orang yang hebat-hebat yang tak dapat kalau google.
Bukanlah maksud aku Google tak bagus. Ada kelebihanya yang tersendiri.
So, mula-mula tu aku baca ayat Kursi dan 3 Qul. Tak tinggal setiap malam. Aku still tak boleh tidur. Aku tambah lagi al-mulk. Aku baca setiap malam. Dan beberapa surah lagi. Dah lupa.
Still tak boleh tidur. Masa ni kejadian dah makan bulan.
Sampai satu hari kawan aku suggest baca surah Al-Baqarah. Dia bagi tau aku kelebihan surah tu.
Tapi masalahnya sehari sekali sebelum tidur. Surah tu panjang kot. Haha.
Tapi tak pe la, aku try.
Tak habis semalaman, aku ambik masa dua malam.
Dan aku boleh tidur lepas tu. Alhamdulillah.
Aku sambung belajar dalam core sains kesihatan. Bila dengar beberapa lecture pasal mental aku rasa symptom masa tu macam symptom depression. Tak boleh tidur, sakit kepala dan kadang aku dengar suara-suara asing dalam kepala aku.
Dan yes, masa tu aku ada masalah family dll.
bila aku cantum-cantumkan dengan apa yang pernah aku belajar. Tahap depression aku tu agak teruk. Dan jalan penyelesian yang aku cuba kadang rasa tak saintifik. Tapi tu, sembuhkan aku sikit sebanyak. Walaupun aku tak tau sejauh mana aku sembuh.
Pada aku, dekat kan diri dengan Allah tu, adalah jalan yang paling baik. Di samping treatment lain. Badan kita perlukan treatment jasmani dan rohani.
Dalam kes aku, aku tak tau la Ade ke kaitan dengan makhluk halus segala. Tapi apa pun al-Quraan tu penyembuhkan?
Baca je pun dah dapat kelebihan tertentu. Tak kira dari sudut apa pun saintifik or agama.
Dalam beberape artikel luar negara agak kerap di bincangkan penyembuhan secara spiritual. *tak tau la kerap sangat ke kerap sikit.
Entah, la complicated rasenye nak hurai dalam satu tulisan.
Cuma, point aku. Sape-sape yang ada masalah berkaitan dengan mental ni. Cuba build hubungan dengan DIA. Kesembuhan, ketenangan sumua milik DIA. tapi bukan yang ada masalah ni saja. Semua orang sebenarnya. Maksud aku, cuba kuatkan pergantungan pada DIA. Ingatan untuk aku juga.
Doakan redha Allah untuk aku dan semua.
– soul94
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Terima kasih sharenya adik
cb buat riadah / sukan time ptg tu.. eg, jog ke main futsal ke .. insyaallah mlm tu akn rs letih/penat sbb kt dah gn energy lbeh pda siang hri..so mlm bdn minx utk rest.. insyaallah dpt tido.. just for sharing.. slmt mncuba :)
Maryam Hazirah
Thanks untuk sharing. Adik seem just self diagnose yg adik ada depression kan? Mgkn betul, mungkin sekadar stress :)
Tak dinafikan, berbalik kepada pencipta tu adalah terbaik dalam apa-apa keadaan, kesakitan dan kejadian.
Sgt perlu dekatkan diri dengan tuhan. Apatah lagi tika sakit. Sakit tu kifarah dosa.
Cuma nak kata, tak semua mental disorder adalah disebabkan masalah ‘iman’ :) sakit mental juga adalah setahap dgn sakit2 kronik lain. Tp orang selalu menganggap ianya masalah lemah Iman sbb benda yg berkaitan mental ni tak nampak.
Apa yg penting, letakkan segala pergantungan kita kepada Allah. Semoga istikomah :)
kalau awk tak pernah dgr tak bererti tak ada :)
ada yang dikata tak redha dengan ujian, ada juga yang dikata tak bersyukur dengan nikmat yang diperoleh.
memang sentiasa kena mintak pertolongan daripada Allah, bukan sekadar waktu sakit sahaja.
compare theology dan science sangat tak sesuai.
dan harap tak salah faham, insya Allah aqidah saya masih tak terpesong, masih salim. saya berkata begini untuk mengelakkan orang yang mengidap penyakit mental dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rawatan sebab ramai yang anggap itu adalah sekadar mindset dan boleh sembuh sekadar dengan berdoa dan ‘berusaha untuk kuat’. usaha yang terbaik(ihsan) dan bersungguh (itqan) juga perlu selari yakni dengan mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
agak zalim kalau kita suruh orang yang mengidap cancer sekadar berdoa tanpa dapatkan treatment. tapi orang selalu anggap benda ni applicable untuk pengidap sakit mental terutama depression.
sekali lagi saya tekankan, berdoa dan meminta bantuan dan pertolongan Allah itu memang wajib dan sangat dituntut. muhasabah kesilapan diri, dan juga bertaubat dengan dosa-dosa lalu menjadi kemestian. cuma hak pesakit untuk mendapatkan rawatan sewajarnya juga tak boleh dinafikan :) lets appreciate their effort.