Semalam sekali lagi kita di gemparkan akan kematian seorang artis korea disebabkan kemurungan. Kali ini, mangsanya girl crush ramai orang. Tapi hari ni aku bukan nak sembang pasal artis korea, tapi aku nak sembang tentang mental disorder, solat dan sabar.
Fast forward, aku salah sorang “mangsa”. Dulu ada kawan doktor perasan aku tertekan. Aku selalu cakap aku nak langgar lori dan rasa nak terjun lombong.
Kadang kadang aku berangan nak cacak diri dengan pisau. Boleh tengah bergurau senda dan ketawa aku rasa macam nak mati padahal tak ada benda yang buat aku offended pun. Jadi dia issue surat untuk jumpa pakar psikatri.
Tapi aku seperti orang lain, hanya bergantung dengan solat. Sepanjang 10 tahun kawan aku pujuk aku jumpa pakar, sepanjang tu aku tanya tuhan, kenapa aku tak sembuh. Saban malam aku solat hajat, solat taubat dan tahajud. Tapi semakin hari emosi aku semakin tertekan.
Ada satu insiden sedeh berlaku dekat aku tahun lepas dimana aku akhirnya terpaksa serah diri ke hospital dan pakar psikatri. Aku di diagnose dengan both depression disorders dan anxiety disorder.
Waktu tu aku sedih gila. Susah aku nak terima kenyataan. Berhari hari aku menangis. Aku ni gila ka? Lepas serah diri, doctor prescribed aku ubat dan hantar aku jumpa therapist. Dan di sini baru minda aku terbuka.
Sesi pertama jumpa therapist, macam biasa, aku menangis cerita kenapa aku turn out jadi macam ni. Jadi therapist aku cakap, orang macam kami ni sangat penyabar, sebab kalau tak sabar dah lama bunuh orang dengan parang. Cuma ialah, sabar alone tak cukup. Kita mesti blaja uruskan emosi.
Pertama nya, therapist terangkan, jenis jenis mental disorder. Ada dua category, neurosis dan psychosis. Aku belom buat lagi nak kelar kelar ni. Bisikkan pun tak ada. Aku emo sendiri je. Jadi aku bukan psychosis. Cuma kalau emosi tak di urus dengan cepat, ada harapan naik pangkat. Nauzubillah.
Bila therapist terangkan punca dan kemungkinan aku jadi macam ni, aku baru perasan 1 benda paling aku miss out, aku cerewet nak mampus. Terlalu perfectionist. Aku obses dengan apa aku nak. Kalau janji jam 8 mesti 7.55 aku dah dapat item tu. Aku dah kejar orang jam 9 pagi semalam nya dengan reminder setiap setengah jam.
Kerja aku plak kalau due hari isnin, atleast rabu aku dah siapkan. Zaman blaja dulu, aku akan baca nota 5 kali before masuk kelas. Dalam kelas aku standby dengan soalan. Aku takut buat mistake.
Kalau driving betul betul ikut peraturan. Aku akan make sure ada gap 2 tiang lampu. Aku tak pernah langgar orang, tapi aku selalu kena langgar. Jadi bila selalu kena langgar aku punya berhati hati menjadi punca korang tersekat dalam jem kat ldp dan federal setiap hari. Fuh.
Sesi kedua, aku di ajar untuk selesaikan dilema A dan B. Benda tu common sense bagi semua orang tapi tak common bagi orang macam kami. Contoh la dilema dia, kawan ajak pergi holiday ke Korea Selatan. Stress nya.
Kenapa stress?
Sebab kena minta cuti.
Kenapa stress mintak cuti?
Kerja berlambak tertangguh.
Kalau tak pergi apa jadi?
Gila rugi. Kawan i dapat oppa i tak dapat apa apa.
Kalau pegi jadi apa?
Jadi happy dapat oppa bersama.
(Dialog ni aku bergurau je. Jangan serius. Dark, tall dan handsome tetap di hati)
Jadi dari dialog di atas sebenarnya aku tak perlu pun stress nak holiday ke oversea. Pergi je lah, enjoy the moment. Balik dari holiday we will get fresh air, new idea, more energetic. Gitu la kaedahnya.
Di sesi lain ada pembelajaran lain yang di ajar. Jadi sepanjang aku makan ubat dan dapatkan sesi therapy aku improve banyak. Aku lebih focus dengan kerja. Aku lebih gembira.
By time baru aku faham kenapa orang panas hati bila kita nasihat pesakit mental untuk banyakkan ibadah dan bersabar. Sebenarnya ibadah cuma tawakal. Benda terakhir lepas berusaha. Makan ubat dan jumpa therapy tu adalah usaha. Kalau tidak berusaha di mana mahu datangnya hasil.
Lagi satu, macam therapist aku cakap, kalau tak sabar dah lama dah kami tikam orang. Aku pernah tanya kawan senasib, by telling me this, apa ko nak sebenarnya?
“Peluk aku dan bagi tahu aku, aku dah bagi the best effort”
Aku terpaksa agree. Sebab kami ni menderita dengan penyakit perfectionist. Bila orang bagi tahu macam tu, rasa lega sangat. Kurang rasa bersalah.
Kalau kawan kawan mengadu pasal kerja, pasal anak, pasal parents, pasal pasangan, aku cuba avoid dari bagi solutions unless dia mintak opinion, else, aku tak kan deny perasaan dorang.
Kalau dorang rasa sedih, aku akan cakap, ko deserve untuk rasa sedih. Kalau kawan depan mata, macam tengah lepak di rumah, aku buatkan hot chocolate selalunya.
Aku faham masyarakat kita maseh ada stigma. Yang melaungkan end the stigma pun banyak yang masih ada stigma. Cakap tak serupa bikin mat saleh sembang. Indeed ramai yang takut nak dapatkan rawatan di sebabkan stigma. Malu. Yup. Been there done that.
Sebenarnya, lebih malu bila tidak berusaha merawat kesakitan mental dan meletakkan tekanan terhadap orang lain seperti abuse anak, abuse kuasa dan menjadi punca kesesakan jalan raya di LDP mahupun Federal.
– A fighter (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit