Mental Illness Daripada Perspektif Keluarga

Assalamualaikum, disini saya nak share dengan semua, pengalaman saya mempunyai salah seorang ahli keluarga yang menghidap MD atau major depression.

Saya banyak baca confession dari pesakit tu sendiri jadi saya nak cerita dari pandangan perspektif orang ketiga.

Adik saya mula di diagnosis MD(Major Depression) bila nampak ketara perubahan dia. Saya yang bawak dia secara paksa untuk dapatkan rawatan sebab saya mula perasan simptom-simptom yang akan saya kongsikan.

Saya harap dengan perkongsian ini, pembaca dapat detect dan tolong mereka-mereka yang sedang bertarung dengan diri mereka sendiri dan encourage mereka untuk dapatkan rawatan.

Adik saya suka mengelamun, mulanya saya ingat biasa je, tapi lama-lama saya perasan dia bukan mengelamun biasa, dia seperti dalam “deep thought” bilamana bila dia tersedar dia seperti tak ingat apa-apa, blank habis, otaknya kosong-sekosongnya.

Satu masa tu dia tengah lipat baju sambil berborak dengan saya, tiba-tiba je dia diam, tangannya berhenti lipat baju dan termenung. Lama ye dia pause gitu, kemudian bila saya tepuk dia akan tersedar, perkara pertama dia tanya saya “siapa eh?”.

Dia tak kenal saya, kakak dia sendiri. Beberapa minit kemudian baru dia function seperti biasa dan ingat semua balik, sambung borak macam biasa.

Disini saya nak bagitahu salah satu simptom seseorang tu ada mental illness bila dia mula malfunction sebagai manusia, dimana dia akan blank atau otak kosong gila sampai dia tak boleh nak buat rutin harian dia.

Zaman adik saya belajar pun dia pernah cerita, masatu dia tengah stress siapkan thesis depan laptop dan secara tiba-tiba dia kata dia tak ingat kenapa dia buat thesis tu,

Taktahu macam mana nak menaip guna laptop dan otak dia kosong tak boleh fikir apa-apa. Beberapa jam kemudian baru dia ingat balik semua.

Kemudian, betullah orang kata “eyes are the window to the soul”. Saya perasan setiap kali bercakap dengan dia, her eyes seems vacant. Mata dia tak bersinar macam orang biasa.

Semasa bercakap, memanglah dia eye contact dengan saya, tapi saya tak rasa dia “pandang” saya. Her mind is elsewhere. Sampai rasa nak goncang bahu dia and tell her to focus on me, padahal dia pandang je muka saya.

Faham tak? Ada satu “kekosongan” dalam komunikasi bila bercakap dengan orang MD ni. Macam apa yang kita cakap, tak sampai.

Walaupun dia senyum macam biasa, ketawa, respon je dengan apa saya kata tapi saya still rasa dia kosong. Her eyes doesn’t smile at all.

Selepas dapatkan rawatan, adik saya juga pernah berkongsi bahawa orang yang MD ni, maybe ramai yang ingat dorang ni sedih berpanjangan tapi dia bagitahu saya, instead of sedih dia lebih kepada rasa kosong, she feel nothing. Tak sedih, tak gembira, tak rasa apa-apa.

Dia kata rasa kosong tu sampai masa berdoa pun tak rasa apa-apa. Manusia normal kan kalau berdoa akan rasa berharap, sedih dan sebagainya tapi dia kata dia tak rasa apa-apa. She become so numb to a point dia mula self-harm untuk “rasa” something.

Dari segi fizikal of course, adik saya kurus mendadak. Heart rate dia terlampau laju, dan kalau dibiarkan benda ni boleh menyebabkan cardiac arrest.

Doctor juga bagitahu dia mengalami brain damage yang impair atau effect kemampuan otak dia untuk ingat benda, kemampuan dia untuk belajar dan otak dia pum shrink sikit dari saiz normal.

Adik saya dari straight A student terus jatuh merudum prestasi dia. Jadi, kalau ade ahli keluarga korang yang pandai tetiba rasa senak nak belajar tu ambillah borang DASS untuk tahu tahap kesihatan mental.

Kadang bukan sebab dorang tak paham atau bodoh, tapi sebab brain damage hasil dari stress dan mental illness. So siapa cakap mental illness ni takde pape, kena solat je, sekadar effect perasaan je, tu semua mitos.

Mental illness ni mampu sampai effect function organ-organ badan korang yang lain, kadang sampai metabolisme pun jadi merapu dan lebih teruk macam adik saya heart beat dia sentiasa laju (doctor kata mampu untuk kena serangan jantung) dan size otak mengecil.

Saya bersyukur sangat saya perasan perubahan dia, dan aware tentang mental illness. Kalau tak mesti sekarang adik saya tengah sakit sorang-sorang. Walaupun agak sedikit terlewat kerana dia dah pun ke tahap Major Depression semasa dapatkan rawatan, saya masih bersyukur.

Itu saja perkongsian saya, harap para pembaca lebih peka dengan ahli keluarga para pembaca, mereka ni bukan hanya watak sampingan dalam cerita jalan hidup kita.

Salam sayang,

– Q (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *