Mentua Anugerah Allah

Hai, nama aku Maira (bukan nama sebenar). Aku terpanggil untuk share dekat sini sebab aku ni dikira pembaca setia dekat sini. Selalu bila aku scroll, sering ada luahan berkisar masalah ibu mertua.

Aku dikira bertuah sebab Allah bagi rezeki mertua yang baik, Alhamdulillah.

Tetapi tidaklah aku kecam kepada sahabat yang mempunyai mertua yang tidak dipinta aku kira. Setiap kali aku terbaca, aku berdoa aku dijauhkan mertua yang tidak baik.

Berbalik kepada kisah aku. Aku dah berkahwin dengan suamiku selama 7 tahun. Awal awal kahwin aku pjj.. dia di negeri di pantai timur, dan aku di kuala lumpur.

Selepas beberapa bulan berkahwin, aku mengandung. Berita aku mengandung sangat mengembirakan mertuaku dan keluarganya.

Umi selalu whatsapp bertanyakan khabar aku,begitu juga dengan biras aku. Suami aku anak ke 2, kiranya aku ni menantu ke 2 la.

Dia ada adik perempuan hanya satu (selamat la bagi aku, sebab ipar perempuan ni complicated to handle aku kira). Tetap adik ipar perempuanku juga baik dengan aku.

Selalu ada sesi luahan dengan aku,tak kira dia ataupun biras aku juga.

Setiap kali aku mengandung memang aku alahan yang teruk. So aku decide untuk berenti kerja dan duduk bersama suami. Tetapi aku bagi syarat untuk duduk menyewa,suami aku ok je.

Awal awal aku berenti kerja, aku duduk rumah mertua. Suami aku kadang kadang balik, kadang kadang stay dekat rumah kawan dia sebab tempat kerjanya jauh dengan rumah parents dia.

So aku la duduk dengan mertua bersama biras aku (sekarang dia menyewa sendiri) dengan beberapa adik beradik lelakinya yang lain.

Umi selalu bawa aku jalan-jalan untuk aku hilang boring. Selalu beli apa yang aku mengidam.

Biras aku juga selalu tanyakan aku if aku ada mengidam apa-apa. Meskipun jauh dengan suami dan keluarga aku sendiri,aku tak rasa keseorangan.

Bila suami aku dah dapat rumah sewa, umi la orang yang sibuk sekali suruh suamiku belikan sofa sebab bagi dia nanti aku sejuk ke atau cramp duduk dekat simen tanpa alas.

Padahal aku ok je sebenarnya. Aku lagi suka lepak lepak dekat bawah sambil baring baring.

Masa tu gaji suami aku so so je. Tapi alhamdulillah lagi, takdelah smpai tak cukup makan. Dia bawak balik sofa secondhand masa tu dengan berkulatnya. Haha.

Aku pun apa lagi, aku sental sofa tu sampai bersih dan abangku belanja sofa cover masa tu. Almaklumlah adiknya dah tak bekerja.

Bila aku duduk rumah sewa, setiap kali hujung minggu mesti muncul keluarga mertuaku biarpun untuk semalaman.

Bila kiteorang balik pun, mesti akan disambut dengan gembira. Sampaikan biras aku bagitahu kalau aku dengan suami aku nak balik,mesti bilik aku akan dibersihkan.

Kat sini, mungkin birasku ada sedikit cemburu or terasa hati, tetapi aku ok je. Mungkin birasku ada rasa stress bila duduk sekali. Yalah dengan anak yang aktif,duduk rumah mertua. Tetapi sekarang dia pun dah menyewa, dia pun dilayan sama sebagaimana aku dulu.

Bila hujung minggu mertuaku sering ke rumah mereka. Bila diorang balik ke kampung, mertuaku la paling excited. Tapi aku ok je,bahagia je aku tengoknya,aku pun menumpang sekali la excitedtu, haha.

Long short story, sekarang aku dah duduk rumah sendiri,bersebelahan rumah mertuaku sendiri. Sebab suamiku kerja banyak kali outstation,jadinya memang dia pilih untuk buat rumah berdekatan parentsnya. Rumah dekat ada pro n cons jugak. Tapi banyak kelebihan la.

Waktu aku mengandung anak ketiga,bila suamiku outstation, abah dengan umilah yang kadang kadang menjaga makan minumku. Kadang kadang abah sampai telefon aku untuk tanya dah makan belum.

Biarpun duduk dekat dengan rumah nya pun. Umi abah selalu je suruh aku makan rumah dia bila suami aku bekerja.

Waktu bulan puasa hari tu,dengan ada anak tiga aku tak sempat untuk masak juadah berbuka. Umi abah la yang suruh aku berbuka je di rumah dia.

Aku selalu cakap sorry dekat umi sebab menjadi menantu hantu, kadang-kadang tak sempat nak masak.

Tetapi bila suami aku balik, turn aku pulak balas kebaikan umi abah. Aku masakkan juadah berbuka, makan beramai ramai. Seronok ada keluarga besar macam ni aku kira.

Umi dengan abah setiap kali masuk gaji, aku la yang akan uruskan pembayaran apa-apa untuk diorang. Contohnya kereta, bil2 dan lain lain.

Setiap hujung tahun, umi akan belikan aku sebentuk cincin sebab jadi kerani tak rasmi diorang. Dah dua bentuk cincin umi hadiahkan.

Thanks umi.

Mengandung kali ke tiga juga aku alahan teruk. Emosi fizikal semua tak sihat. Aku pernah check handphone suami (tak boleh tiru ya, tak baik, haha)..

Aku ada la terbaca whassap umi dengan suamiku. Umi pesan dekat suami bila balik rumah jaga aku dengan baik.

Jaga percakapan, jaga emosi aku. Aku speechless, terharu sangat. Sampaikan kadang kadang adik iparku cemburu dengan kebaikan umi dengan menantu menantunya. Sebab dia tak berap baik dengan mertuanya.

Keluarga aku juga mempunyai hubungan baik dengan umi abah. Kakakku pun kadang kadang cemburu dengan layanan umi terhadap aku.

Umi cakap “bila anak umi dah kahwin dengan aku, automatik aku pun jadi anak dia”.

Terharu aku. Hubungan aku dengan birasku juga ok,baik, selalu ada sesi luahan. Kalau ada apa apa yang tak kena, biasa nya kami tak besar besarkan masalah. Sekadar pendam, dan hilang begitu sahaja.

Bile aku balik kampung, rumah ibuku. Tidak pernah aku lupa untuk whatsapp umi aku. Tanya khabar. Even balik pun 3 hari macam tu.

Umi selalu cakap, bila dengan aku dia berani untuk whatsapp, dengan menantu lain dia takut akan mengganggu. Mungkin sebab aku selalu whatssap umi.

Tetapi aku pun manusia biasa. Kadang kadang aku pun ada rasa kecik hati dengan umi. Dan aku selalu luahkan dekat suami aku je. Suami aku pun bagus, tak menangkan sesape, die macam tak jadi batu api la.

Aku harap mana-mana sahabat yang tak bernasib baik dalam hubungan mertua, dikurnikan perasaan sabar. Allah uji mengikut kemampuan.

Aku harap hubungan aku dengan keluarga mertua kekal bahagia sampai ke akhir hayat.

Thanks sebab sudi baca.

– Maira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *