Namaku Ilya. 27 tahun. Tinggal di Kedah. Baru 9 bulan melangsungkan perkahwinan. Masih baru. Tapi banyak benda aku belajar dalam 9 bulan ni. Suamiku anak tunggal. Kerja tentera dekat Negeri Sembilan. Kami PJJ. So disebabkan itu, aku stay dengan mentua.
Alhamdulillah, mak mentua aku okey, tak macam typical mak mentua yang selalu orang cerita, tak garang, tak membebel tak tentu pasal. Jenis rajin memasak, rajin mengemas rumah dan juga kuat bercerita haha. Pak mentua pun okey, tak banyak cakap, lebih banyak diam dari bercakap.
3 bulan pertama kahwin, aku dan suami diuji dengan mak suamiku disahkan menghidap penyakit kanser thyroid. Dia perlu menjalani rawatan chemo dekat Hospital Pulau Pinang.
Aku bekerja swasta. Suami kerja government so dia mohon cuti dua minggu untuk jaga mak mentua dekat hospital. Tapi bila balik ke rumah lepas selesai chemo, suamiku perlu pulang ke kem sebab cuti dah habis. So aku dan pak mentua jela yang jaga mak mentua dekat rumah.
Raya haji baru – baru ni adalah first post-chemo mak mentuaku. Aku tak balik beraya dengan mak and famili aku kat kampung pun. Suami pun tak balik beraya, dia beraya di kem ja.
Then, raya pertama tu mak mentua aku kena warded sebab dehydrated. Dia tak boleh makan and minum, so doctor terus masuk wayar melalui hidung untuk makan dan minum.
Aku tak sangka kesan chemo pertama tu sangat dasyat. Mak mentuaku jadi lemah, tak boleh berjalan, dan tak boleh telan makanan dan minuman (dia akan muntah). Dia hanya baring dan merengek panas dan lapar. Sedih sungguh.
Berat dari 80kg tinggal 70kg dalam masa seminggu. Sangat drastik perubahan dia. Pak mentua aku pulak tetiba patah tangan sebab jatuh motor. Jadi aku sorang jela yang uruskan mereka. Sanak sedara ada laa datang tapi tak stay lama. Aku yang uruskan semua. Bagi mandi, basuh berak, semualah.
Rutin harianku berubah 360 darjah. Kalau dulu aku bangun 6.30 pagi. Tapi sejak mak mentua sakit, aku bangun pukul 5 pagi. Sidai pakaian siap2, masak, salin pampers mak mentua, bagi mandi, bagi makan ubat. Bangun awal, tidur lambat.
Kadang-kadang tengah tidur (aku tidor dengan mak mentua), tengah2 malam mak mentua aku panggil mintak tolong urut badan, ataupun suruh tukar pampers sebab dah penuh. Masa tu kalau aku tak kuat iman, memang aku lari balik rumah mak aku haha. Yela, mana nak urus mak mentua lagi, nak fikir pasal kerja lagi. Tertekan.
Tapi mak aku sendiri pun jenis yang supportive. Mak aku yang suruh aku stay rumah mentua, jangan balik rumah dia selagi mak mentua aku tak cukup sihat hahaha macam tau-tau ja anak dia ada niat nak buat macam tu. Tapi niat hanyalah niat. Aku takkan tergamak nak tinggal mak mentua aku.
Sebab sejak kahwin, mak mentua aku jenis yang memahami. Menantu tak reti masak, dia cakap “takpa, janji masuk dapur tolong mak masak”. Menantu kalut dengan kerja pejabat, dia tolong basuh baju kerja aku siap lipat sekali. Menantu cakap teringin makan apa, terus mak mentua tolong masakkan.
Suamiku kata mak dia dulu pun jaga mak mentua sendiri (nenek suamiku). Mak mentuaku jaga mak mentua dia sama macam aku jaga dia sekarang. Suami cakap mungkin mak dia melayan mak mentuanya dengan baik, jadi Allah balas kebaikan dia dengan dapat menantu yang jaga dia time dia sakit.
Bila orang datang melawat, orang akan tanya “siapa yang jaga?”. So mak mentua aku akan jawab “menantu saya”. Orang akan puji menantu tapi sebenarnya menantu yang baik adalah kerana sikap mak mentuanya yang baik juga dan menerimanya seadanya.
Kita sebagai menantu, janganlah bendul sangat taknak buat kerja rumah langsung. Mentang-mentang la hang kerja, so hang cakap hang penat nak rehat jer dalam bilik. Apa salahnya hang tolong basuh pinggan, terap (susun) pinggan ataupun tolong basuh baju and lipat baju.
Pilih kerja-kerja yang mudah sahaja, tapi jadikan rutin harian. Buat benda tu hari-hari. So indirectly mak mentua kita akan rasa lapang dada sebab kita tunjuk yang kita ada efforts utk ringankan kerja dia.
Alhamdulillah, lepas 3 bulan ulang alik chemo, mak mentuaku dah makin okey. Cumanya skrg masih lagi dlm rawatan kanser. Tapi sekarang at least mak mentuaku dah boleh bangun uruskan diri sendiri. Uruskan rumah macam dulu. Aku bersyukur sangat-sangat.
Suami bagitau, kalau suatu hari aku disah kan mengandung dan selamat melahirkan, mak mentua suruh aku berpantang dekat rumahnya. Mak mentua cakap dia nak jaga aku sama mcm aku jaga dia ketika dia sakit.
Allahuakhbar. Betol la orang cakap, kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Semoga kita semua istiqomah dalam melakukan kebaikan kerana Allah. Tapi sekarang, aku belum hamil. Belum ada rezeki lagi. Doakan aku ada rezeki zuriat dalam masa terdekat ni ya kawan-kawan.
Semoga Allah makbulkan setiap doa-doa kita.
Sekian…
– ILYA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit