menyampah dengan orang couple (2)

Semalam makcik ade buat confession pasal menyampah dengan perangai orang couple sekarang ni. Puas hati makcik sebab ramai yang sentap. Paling tak menahan ada pulak yang cakap makcik jealous. Alahai apa ke bongoknya makcik nak jealous dengan benda yang mendatangkan dosa. Kalau dah sentap tu diam aje lah takpayah nak pusing ke lain. Kalau makcik ni hadap sangat nak bersayang2 dengan yang BUKAN MUHRIM, dah lama makcik buat. X perlu cantik pun. Sekarang ni perempuan buruk pun ade yang pakwe keliling pingggang. Asal pandai menggatal je. Kan. Lagi best tu siap ade pulak yang mengaku , dulu dia macam makcik la menyampah bagai dengan orang couple tapi sekarang dia pulak yang bersayang2 ngan pakwe dia bagai nk rak. Jadi jangan dok kutuk sangat katanya. haish pening makcik pikir. Korang ni x malu ke mengaku terang2 sedang melakukan dosa? Klau mengaku je takpe ni berbangga pulak tu? like seriously? Klau pun korang tak tau malu tapi pikir la malu mak bapak weh. Lagi satu makcik doakan yang elok2 apa untuk orang2 yang couple teruk ni. Makcik doa biar korang cepat2 putus so that takde la berterusan je dosa tu. Kalau nak doakan cepat2 kawen tu boleh tapi untuk yang dah patut kawin la. Kalau setakat perangai macam budak baru nak up dok post bergegar kat fb insta buat status merenyam, hmm harapanlah. kau ingat kawen tu sekadar nak halalkan yang haram ke?? Lepas tu kau ingat kalau kau dah kawin nanti dosa kau dok menggatal dengan pakwe kau tu hilang gitu je ? Xde makna ! Kalau x bertaubat tetap tak hilang dosanya. Lepas tu Kalau agama pun entah kemana solat pun nak kena suruh lagi,hmm. Ni klau kawin pun menyusahkan makbapak jugak. lastly, makcik ni bukan lah extremely tak suka orang couple. Makcik okay je tapi jaga sikit maruah kau sebagai perempuan. Gatal tu jangan tunjuk sangat. Pakwe kau tu belum tentu pun nak kawin ngan kau. Belum tentu jodoh kau. Tengok2 jodoh makcik muahaha. Dan kesian sikit dekat suami kau sebab dapat sisa2 je. kalau nak berubah, berubah lah sekarang. Setiap orang ade peluang untuk berubah selagi tak mati. The man who decided to change on the twelve hour died on the eleventh. So takpayah nak tunggu2. Kalau nak perkahwinan yang berkat, buat apa yang Allah suruh,tinggalkan apa yang Allah larang. Sekin sahaja dari makcik kolot yang lebih rela kolot daripada open macam korang muahaha

– makcikkolot

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *