Menyesalnya Aku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/menyesalnya-aku/).

Ye aku nak menjawab pelbagai persoalan di postingan yang pertama aku dulu. Soal kecaman tu, aku maafkanlah dan aku terima sahabat sahabat, dah memang itu Salah aku. Ini kifarah buat aku.

Aku baru keluar dari ward hospital, disebabkan penyakit aku ni yang dah bermacam ada. Ulang- alik ke hospital dan bukan semata-semata faktor usia juga. Dah 5 series..

Aku ada cakap sebelum ni Fiqa yang jaga aku semasa aku sakit, Itulah realitinya.

Malunya aku dengan adik bongsu aku Fiqa selepas bermacam-macam tohmahan hinaan dan cacian yang dia terima daripada diri ini tapi masih lagi dia sudi untuk menjaga aku di hospital. Lagi lah yang membuatkan aku berlinang air mata adalah kata kata dari Fiqa.

Apa yang dia cakap, “Abah selalu pesan dekat adik, apa-apa pun jadi, Jangan sampai membenci adik beradik sendiri.. Nak marah-marahlah sebab tu lumrah manusia dengan sifat tu tapi jangan sampai ada sifat dendam dalam diri. Dendam tu boleh merosakkan hati jiwa dan nurani”..

Masa tu semua adik beradik aku yang lain pun menangis juga masa tu termasuklah mak aku. Semuanya mula menyesal

Nak menjawab persoalan semua kenapa isteri aku tak jaga aku waktu aku sakit?. Itu isteri yang mencari aku bila waktu senang sahaja. Aku dah salah cara didik isteri aku selama usia perkahwinan aku 24 tahun. Aku sendiri tak pernah tegas dengan dia, jauh sekali untuk menegur kesilapannya.

Aku selalu mengalah dan menuruti setiap kemahuan isteri Aku selama ni. Ini jugalah mungkin balasan kerana terlalu manjakan isteri Aku dan penuhi apa yang diminta. Menjadi Isteri yang rosak.

Betullah orang tua-tua dulu kata sayangkan isteri berpada -pada, jika tak mahu merana jiwa. Aku sakit pun isteri aku tak pedulikan pun apatah lagi nak jaga aku di hospital. Jauh sekali.. macam-macam diungkitnya.

Kalau nak cerita pasal bercerai ni, dah banyak kali dah dia minta.. cuma aku masih sayang isteri aku, dan aku ada anak lagi yang masih kecil bersekolah Masih perlukan kasih ibu mereka. Walaupun yang jaga anak-anak adalah orang gaji.

Anak-anak pun dah tertekan sangat dengan keadaan sekarang, aku pula sakit macam ni. Dah tak mampu berbuat apa. Cuma aku mampu biarkan saja isteri aku. inginkan kebebasan dari dahulunya lagi.

Waktu mula-mula aku jatuh sakit dirumah, aku sendirian je dalam bilik. Aku sendiri tak tahu kemana isteri aku pergi malam tu. Mujurlah ada anak-anak yang membantu.

Dorang call adik beradik aku mintak datang rumah dan bawak aku ke hospital. Dan Fiqa lah yang volunteer untuk jaga aku di hospital. Anak sulung aku pula busy nak exam. Anak-anak lain Fiqa bawa pergi rumah mak aku.

Semenjak aku keluar dari ward ni aku jarang dapat jumpa isteri aku. Dia call pun cuma nak mintak duit saja mintak aku transfer secepat yang mungkin. Fiqa bawa aku balik ke rumah mak untuk jaga aku sampailah aku sembuh. Dari situlah hubungan aku dan Fiqa semakin membaik.

Betullah orang cakap bertuah ada adik perempuan ni. Sudi bantu kita dalam waktu kita susah dan sakit macam ni. Perhubungan adik beradik takkan terputus pertaliannya. Anak-anak aku pun suka duduk dengan uwan dan maksu mereka.. disebabkan Wan selalu masak sedap-sedap mereka cakap.

Fiqa ni dia pandai mengajar juga tau… Kan dulunya Fiqa dapat tawaran pergi India cuma disebabkan kejahatan aku dulu la tak bagi Fiqa sambung belajar semuanya punah sebegitu saja.

Fiqa lebih memilih untuk bekerja dan cari duit masa tu sampailah Arwah abah pergi buat selamanya dan Fiqa terus menetap di kampung.

Adik beradik aku yang lain juga dah mula sedar kesilapan masing-masing. Ingat!! lelaki juga suka ikut perasaan amarah ye dan masing-masing ada Ego yang tinggi.

Ada juga Lelaki selalu fikir dia saja yang betul dan menang. Ape nama penyakit sekarang tu. Narcissist. Tak selidik betul betul walaupun mempunyai akal yang panjang.

Sekarang hubungan keluargaan kami dah semakin baik. Ambiklah sesuatu yang terjadi tu sebagai pengajaran.. berbuat baik lah tanpa mengira siapa mereka. Terima kasih Fiqa terima kasih adik abang.

Yang benar,

– Leman, dah insaf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *