Mertua & Adik-beradik Ipar Melampau – Alhamdulillah & Terima Kasih

Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya at, semasa saya tulis confession itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.

Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada. Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bodoh sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut. Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar. Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.

Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Saya bukan bodoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.

Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.

Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata "kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit." Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap "ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko". Saya screenshot dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.

Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.

Salam Ramadhan semua. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.

– Mrs. A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,236 Comments

  1. Bersabarlah Dik dan jangan sesekali menyesal atas tindakan yang Adik ambil. Adik adalah manusia yang bebas, dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibubapa Adik. Mereka amat mengharapkan Adik hidup bahagia dan gembira, bukannya menjadi hamba orang, menanggung biawak hidup yang tak pernah berterimakasih. Lupakan kisah lalu, bina hidup baru. Balas dendam yang terbaik terhadap mereka ialah bila Adik dapat tunjukkan pada mereka yang hidup baru Adik lebih indah, lebih bahagia dan lebih bererti dari dulu. Let them rot in their miserable lives.

  2. So far, confession ni la yg paling win & menyentuh hati.. sarat dgn kisah hidup yg betul2 menduga keimanan & kesabaran.. keep strong sis.. may Allah ease everything.. in shaa Allah.. aamiin.

  3. Be strong sis Saya sokong sngt apa yg sis buat tu.. Org yg memihak kepada keluarga mertua dan ipar duai sis tu saya rasa dorang pun ada something shot laa kat kepala.. You have been through tooo much.. Mmg melampau tahap apa pun saya tak dpt nak describe.. Paling marah dgn kakak and abg ipar sis tu.. Mak mertua tak sngt kenangkan dia org tua kan.. Yg kakak dgn abg ipar tu mmg dah tade maruah ke mcm mana kenapa sanggup tak malu guna duit org lain.. Function dorang tu mmg nak jadi biawak hidup je ke? Ishhhh geram sngt.. Pape pun, saya doa yg terbaik buat sis.. Semoga sis dilindungi Allah.. Sekarang sis just bahagiakan mak and adik sis je laa.. Tak payah lagi dah fikir pasal org lain kalau dah tlg pun dia pijak kepala kita smpai terbenam dlm tanah..

  4. Zhorifah Hafzan Nur Liyana Syazwani Aina Atiqah Izzati Ziera Talib Syafa Fa Nurul Najwa Siti Khadijah Shohodin meh baca nii.. sambungan kisah mrtua n adik bradik ipaq ritu…

  5. penceraian walaupun tidak digemari disisi agama,tetapi kadang2 cerai itu menjadi jalan keluar dan penawar dari permasalahan yg menimpa,hukumnya berbeza2 ada yg tahap wajib cerai,makruh cerai dan sebagainya…bagi saya apa yg dibuatnya adalah betul dan sekaligus menyelamatkan 2 pihak..usah dipertikaikan kan lagi.

  6. Bertabahlah wahai adik. Didoakan adik terus tenang, dlm perlindunganNya jua. Percayalah setiap yg berlaku ada hikmahnya dan pasti adik akan menemui kebahagiaan yg hakiki kelak. Aameen Ya Rabb

  7. Oh ya.. Jangan lupa buat report polis dan kemuka kn juga bukti2 yg sis ada sbg langkah berjaga2.. Utk keselamatan diri.. Sebab mental org mcm tu kita xblh jangka ape dia akn buat… Semoga sis dan bekas suami dkurniakan kehidupan yg lebih baik selepas berpisah…

  8. moral of the story….sebelum melangkah ke alam perkahwinan..selidiki lah dlu keluarga bakal suami..sbb tu ada konsep bertunang sebelum bernikah…masa bertunang ni lah kita kena manfaatkan masa untuk mengenali keluarga bakal suami bukan setakat kenal bakal suami je kerana berkahwin ni bkn bermakna kiter berkahwin dgn bakal suami je tp seluruh ahli keluarga die…biar putus tunang asal jgn sampai bercerai-berai…sy simpati dengan nasib saudari ni tp percayalah di sebalik hujan itu ada pelangi yg indah

  9. Bila kekasih mula merajuk
    Bagaimanakah dapat ku pujuk
    Hebatnya cinta banyak dugaannya
    Kau tak percaya yang aku setia
    Bukan niatku bermesra dengannya
    Kerna ianya teman biasa

    Bila kekasih mula berpaling
    Tak perlu lagi bertentang mata
    Ucapan sekian lama untuknya
    Dapat menunduk setiap bicara
    Kerna cintaku hanya untukmu
    Hanya untukmu

    Belum puasku mengecapi redup asmara
    Kini cintaku dihiris dengan perasaan
    Pada zahirnya engkau curiga
    Walau dijiwa terlalu setia
    Apa erti cinta tanpa sefahaman

    Jangan dipertaruhkan cinta dan perasaan
    Sehingga hatimu terluka
    Padaku kaulah insan
    Senyumanmu penawar jiwa

    Kekasihku… Lupakanlah…
    Usah biarkan aku sengsara

    Bila kekasih aku merajuk
    Adakah mungkin engkau meluncur
    Hebatnya cinta banyak dugaannya
    Rindu dan dendam bukan permainan
    Kerna cintaku hanya padamu
    Hanya padamu…

  10. Slepas baca confession pnjang2 ni dr dulu…1 je sy tertanya2, apa profession si confessor nih..smpai blh tggung 1fmly ex suami dia…huhu.. jgn kecam saya..cuma curious je…
    Apa2pun, smoga hidup Mrs.A lebih tenang dan bahagia slepas ni…berbakti dgn kluarga sendiri lbih puashati insyaAllah..^_^

  11. Slepas baca confession pnjang2 ni dr dulu…1 je sy tertanya2, apa profession si confessor nih..smpai blh tggung 1fmly ex suami dia…huhu.. jgn kecam saya..cuma curious je…
    Apa2pun, smoga hidup Mrs.A lebih tenang dan bahagia slepas ni…berbakti dgn kluarga sendiri lbih puashati insyaAllah..^_^

  12. Sy simpati dgn apa yg menimpa kamu sis..tabahkan la hati kamu.. Nasihat sy pd kamu, laporkn pada pihak polis bekas kak ipar kamu mengugut kamu.. Kamu dah xde apa2 hubungan dgn bks suami, maka secra automatiknya smua xde..simpan semua bukti..kesian kamu, saran sy, baik kamu pindah tmpt kerja, duduk jauh dr segala..masa akan merubah segala tp bukn dlm msa yg singkat… Kalau sy d pihak kamu, sy akan ambik tindakan undang2 ke atas mrka yg mengancam keselamatn kamu.. God bless u

  13. Sy simpati dgn apa yg menimpa kamu sis..tabahkan la hati kamu.. Nasihat sy pd kamu, laporkn pada pihak polis bekas kak ipar kamu mengugut kamu.. Kamu dah xde apa2 hubungan dgn bks suami, maka secra automatiknya smua xde..simpan semua bukti..kesian kamu, saran sy, baik kamu pindah tmpt kerja, duduk jauh dr segala..masa akan merubah segala tp bukn dlm msa yg singkat… Kalau sy d pihak kamu, sy akan ambik tindakan undang2 ke atas mrka yg mengancam keselamatn kamu.. God bless u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *