Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya at, semasa saya tulis confession itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.
Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada. Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bodoh sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut. Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar. Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.
Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Saya bukan bodoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.
Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.
Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata "kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit." Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap "ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko". Saya screenshot dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.
Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.
Salam Ramadhan semua. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.
– Mrs. A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Mohd Shah Jihan ni sambungan dia b
Pm nombor
Pm nombor
sedih sgt bacaa…sis tabah yea… Geram pulak dgn mak mertua dan ipar2 tu… Semoga sis tenang dgn keadaan skrg.. Dorg just pndai ckp..buat nya tak.. Ignore je.. Bak kata org penang..”dok wat ramaiiii”..haha.. Allah syg kan sis sbb tu dia uji..
sedih sgt bacaa…sis tabah yea… Geram pulak dgn mak mertua dan ipar2 tu… Semoga sis tenang dgn keadaan skrg.. Dorg just pndai ckp..buat nya tak.. Ignore je.. Bak kata org penang..”dok wat ramaiiii”..haha.. Allah syg kan sis sbb tu dia uji..
Allahu..ujiann tingginya ya rabb.. Klau sy insyaAllah sy akan buat tndakan yg sma. Moga trs bahgia dan tabah hdpi ujian
Azlina Mahbob sambungan citer semlm
Kesian hubby dia ada family mcm tu ???
Kan… boleh sakit jiwa nk menghadap diorang.
Tulah…?
Sedih. Semoga puan kuat.
Kak sangat kuat… tabahlah kak.. Allah akan tolong di pihak yang benar.. semoga Allah permudahkan segala urusan kak..
Amin Kodri
Muhammad Haikal sambungan
Semoga bekas suami puan diberi kekuatan untuk bersabar dn ‘move on’.
Farah Hanan Muhamad
Semoga Allah melindungi Mrs A. Kesabaran ada batasnya. Dah sampai masa untuk mencari kehidupan baru. Teruskan. Jangan pandang belakang lagi. Ramai yang mendoakan awak. Allah bersama orang2 yang benar dan sabar.
Nur Khalisah Hashim
Paling benci dgn bekas kakak ipar dgn suami dia tu. Perangai mcm haram j!
Tau xpe. Suami kakak ipar dia bkn ikhtiar sendiri cr duit beli kereta. Ni main guna je pastu tak bg tau
Dasar pemalas! Jantan pebenda camtu do sampai org lain yg nak kena tanggung dia. Patutnya dialah kena pergi bekerja tanggung isteri, anak2 dgn mak mertua dia. Dahlah duduk sekali dgn mak mertua lepas tu nak harap org lain tanggung dia. Eeeeiii bodo betul!
Kan. Patutnya benda mcm tu dia lah kena tnggung. Ni wifi astro pon suruh biras pasang. Bila dibukak balik ugut dia. Anak ckp dgn mak ada lawatan pi Langkawi , mak dia pon sedap2 suruh mintak dekat adik ipar dia RM500. Entah apa-apa entah
Siti Asmidah Binti Mahfot nah
I dnt want share
Raslina Mohd Razak
Ejam Haizam just read this one bae
doa yg baik2 syg?
sy dpt lempang bekas kakak ipar sis sekali pn cukup lah… sumpah sekali je..
Pembekal Kosmetik Aksesori Termurah nah cha. Sambungan. Sobs sobs
Puteri Bongsu sambungan hri tuw babe
Nur Azrin Jafri
Adik mesti tabah, teruskan dengan apa apa yang baik untuk diri sendiri. Mungkin ada jodoh dan keluarga lebih baik untuk adik di masa depan. Kadang kadang dalam hidup ini pengorbanan isteri yang bekerja tidak begitu dihargai, nasib baik adik belum ada zuriat. Jaga diri dik, masih ramai yang sayangkan kamu.
Kesian. Tarik balik lah komen suruh kau get back dgn suami.
Tapi maybe akan ada berapa consequences kepada suami.
1) suami makin benci ibu dia dan family dia kerana menjadi penyebab perpisahan dgn wife
2) suami gila. Dan lebih derhaka dgn ibu dia.
So, kemungkinan nak jd derhaka tu ada even kau dh tinggalkan dia
At least bukan slh dia if laki dia choose to be derhaka..dia da bg ruang untuk ex dia tu berbakti kt kuarga..kalo ex dia tu xleh pikir rasional at least dia dah xtanggung dosa..dari dia still bsama n jelas2 menjarakkn hubungan laki dia n mertua..baik dia putuskan dari collect dosa..right?!
SYaza HaZiqah.. ko da baca ni? Cari part first..ni 2nd. Menyirap pulak bila baca kisah kakak ni.
Yg ni belum baca…yg 1st dah baca!!! Rasa nak hempuk2 je akak ipar dia tu…bangang bertingkat-tingkat!!! Sukati dia je mintak2 duet org tapi dia laki bini senang lenang tak keje…memang manusia takde otakk…
Tau xpe.yg kakak ni gile penyabo.haaa ko hadam part 2nd ni plk.
Gile dah cerai pun masih diganggu kakak ipar dia..marah sebab potong astro n wifi?? Ehhh apehal??? Ya Allah kenapa la ada manusia macam akak ipar dia tu dlm dunia ni….
Hahaahaha sensasi btul story ni.huhuhu
SYaza HaZiqah n Ruhaslizan Raduan.. slamat pengantin baruuuu~.. Semoga kita smua dijauhkan drp kisah2 camni. Kalo kena ats btg idung sndr,aku rasa aku x sesabo kakak ni. Sekian.
Aku rasa kalau aku cukup 3bulan je aku boleh bersabo
Syafiq Shariffuddin Ynwa smbungn2
Yes.perempuan memang kene berdikari. Dan berdiri atas kaki sendiri.kene ada duit simpanan sendiri.kelak jadi apa2 kita tak terkejut sangat.awak wanita yang kuat sebab dapat bertahan selama 3 tahun.saya x mungkin akan jadi sekuat awak untuk tahan selama itu.semoga Allah beri yang terbaik untuk awak di dunia dan di akhirat.semoga Allah permudahkan segala urusan awak.Aamiin..
xkan berdiri atas kaki payong pulak
Hey
Chera Othman
nah sambungan, yg last sedih :'( Azri Ramli
Tak pyah rujuk
Sbab kalau rujuk
Sya dah takde can lagi!!
Harap Allah lindungi kakak ni.. bekas kakak ipar ni mmg dh melampau..baik report polis..untuk berjaga-jaga..
Izzlyn Izzaty
manenye
Sabo kak…bgi alamat kakak ipar akak tu…kite gilis muka dea dkt tar jln raya…grrrrrr
Nuremelyia Ishak
hanya org yg rsa bleh thu mcamna kedaan diri sndiri..org yg bca x kn fham…mereka hnya akn menilai apa yg dbca…semoga adik lbih tabah
Arda Syuhada
I really want to meet..this confessor
Mohd Adnan Mohd Nazir
Taknak cakap banyak.Kakak kuat.love you..keep strong sis
Azleen Syamimi Faizah Razeman Mahfuzah Malik Nurul Amalina Yani ni jawapan hari tu
Mungkin tu jalan yg terbaik buat dia. Ikhtibar buat kita semua.
Qila I’s
Dunya is not our home…bukan mudah untuk kita sedar bahawa hidup ini hanya ujian sehingga diri kita tidak dihargai mereka yang kita sayang atau bila kita tak mampu bersama dengan orang yang sayangkan kita. Saudari hamba terpilih. Move on and start new- do anything that brings U closer to Him.
Aminudin Ahmad cite yg ni ke
Ye sayang
Ni sambungan die kan
Fannyca IecQa Asai
In syaa Allah, belajar memaafkan dan akhirnya mampu melupakan..saya faham,kita hilang orang yang kita sayang bukan sekelip mata mampu lupuskan perasaan tu. Teruskan hidup dengan baik… mereka tak boleh melakukan apa2 pun sebenarnya. (Ex ipar ) . In syaa Allah, ada perkara baik yang akan menanti kalian berdua.
Adda Said Hanis Cotek Syahira Saipul Bahari
Zulhilmi Basari mamaaad sambungaaann
Jannah Rasid
You go Girl!!! Dont turn back.. they just wanted ur money..not U.. move forward.. you had done just right… May Allah bless.. grant you a generous and kind man..from a kind family…so as u can have a lovelu child… pray for it..insyaAllah….. :-) :-)
WaSabe KRim, Syahrul Aida