Mertua & Adik-beradik Ipar Melampau – Alhamdulillah & Terima Kasih

Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya at, semasa saya tulis confession itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.

Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada. Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bodoh sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut. Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar. Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.

Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Saya bukan bodoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.

Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.

Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata "kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit." Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap "ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko". Saya screenshot dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.

Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.

Salam Ramadhan semua. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.

– Mrs. A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,236 Comments

  1. Sdehnya… smga ada sinarNya dlm hdup kak… tkut nk kwen klu dpt yg mcm ni… smgaa kak trus tabah … ujian yg buat kita tabah… allah uji sbb dia tau hamba dia mmpu tmpuhi smua ni…

  2. setuju..btter bcerai drpd bsma..baru jer bcrite dgn adik saya kes awak nie..adik sy pon kata mmg bagus bcerai..awak mmg buat kputusan yg btul..in shaa allah,kbahagiaan mnanti awak slps nie..aminn..

  3. By The Way.. Sedih dengan nasib SIS… Tapi kalau sis sudi , PM sy alamat mentua, Saya nak pasang astro kat rumah mentua tu, Nak bg die astro limited channel for promotion… Bagi die tengok sayap jibril, tanah kubur, astro oasis, ngn tanya la ustaz episod “lu buat, lu jawab”.. Hmmm…

  4. Suami die ni mcm tersepit…nk jg hati mak…nk jg hati bini…bila layan bini lebih..adik bradik die mngata..so bila die ambik keputusan duduk ngan fmly die…demi hormat mak die..xsngka plk ade si kaki pau dalam umah tu..ambik kesempatan…kesian jgak laki tu…

  5. Alhamdulillah tiada APA nak dikatakan krana niat anda tidak mahu suami anda derhaka kpd ibunya semoga ALLAH melindungi anda DRI segala fitnah dunia Dan akhirat insyallah ada rahmat disebaliknya Amin

  6. Jika menerima lg ugutan menyebabkn ketakutan, terganggu stress etc sila buat laporan polis segera dgn bukti2 dlm hp. Semoga terus tabah dan kuat. Amiin…

  7. Alhamdullilah…..teruskan hidup ini dgn penuh takwa dan iman…Allah tau siape kita…moga adik hidup bahagia dimasa hadapan krn setiap kejadian ade hikmahnya…..

  8. kalau masih sayangkan bekas suami, panggillah ustaz ke or anyone utk tegur keluarga bekas suami tuh. jgn biarkan dorang semua jadi ‘gila babi’ bagi nasihat bagi dorang sedar insha Allah moga moga disatukan balik dgn bekas suami

  9. First entry saya baca… Sebak… Padahal sye masih lg muda plus masih bujang… Memikirkan berat ujian sis… Allah… Sedih diperlaku smpai mcm tu dan masih lagi di ganggu padahal kes smpai da becerai dah… Malu dengan sikap lelaki yg tidak tegas tidak tau menilai apa yg isteri lalui… Saya anggap ex sis pekak dan buta.. Rational nya saye bersyukur sis ambik keputusan utk keluar dr rumah tu… Bukan tanggungjwb sis pon semua tu… Tu IHSAN semata… Ipar sis yg.. Allahurabbi semoga diberi petunjuk… JAHIL sgt ZALIM LG… Padamula terfikir knp smpai becerai.. Tp fikir balik… Kalau sye ditempat sis, sye x tunggu 3 tahun, 28 hari je sye terus tinggalkan mereka… Hmmm sungguh rasa mcm nk pegi cari je ipar yg x educate ni… Sya x sekuat sis dan bukan org penyabar… Kagum dgn sis… Nasihat saya sis, mmg betul sis xnk ade kaitan dan kalau boleh xnk heret cerita…tp kalau smpai tahap mengugut ketenteraman sis, sila lah sis… Mohon lapor pd polis… Org mcm ni perlu di ajar… nk comment pnjang makin rasa nk marah je… Sis tabah la… Ramadhan ni pintu syurga terbukak luas insyaallah segala doa Allah makbul.. Die yg maha mengetahui… Allah akan beri yg lebih baik utk sis… Jgn lupe berdoa ye sis… Doa sye utk sis…

  10. Spt yg sy cakap. Sy juga pernah lalui ape yg sis lalui. Then lepas tu sy berhijrah jauh dari mereka semua dan tukar segala contact link. Move on dan jd spt bayi yg baru dilahirkan dgn dunia baru yg berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *