Mertua & Adik-beradik Ipar Melampau – Alhamdulillah & Terima Kasih

Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya at, semasa saya tulis confession itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.

Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada. Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bodoh sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut. Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar. Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.

Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Saya bukan bodoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.

Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.

Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata "kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit." Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap "ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko". Saya screenshot dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.

Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.

Salam Ramadhan semua. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.

– Mrs. A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,236 Comments

  1. Setuju. No point tinggal bersama lelaki mcmtu. Akak kena faham, lelaki yang baik bukan lelaki yang pijak kuman tak mati. Lelaki yang baik ialah lelaki yang ada tulang belakang, berani pertahan dan lindung isteri biarpun dari keluarga sendiri.

    Dalam Islam, tiada ketaatan dalam maksiat, hatta arahan mak, andai ia berlanggar dengan syara’ ianya invalid.

    Moga akak berjumpa dengan lelaki baik yg ada tulang belakang. Dan didik anak akak jadi lelaki berani. Supaya masa depan, bila perlu, dia boleh pertahankan dan lindungi hak yang dizalimi.

    • Jap nk tnye, sbb xfhm lagi..

      klau suami tu lindung isteri dia pstu mak dia marah smpai xngaku anak then sumpah2 kata ank derhaka bgai, suami tu kira berdosa n jd ank derhaka x ?

      Asif Ahmad Hasbullah

    • Tanggungjawab lelaki tu ada pada isteri dia dan ibu dia. Ketaatan pada ibu tak absolute. Hanya pd Allah.

      Lelaki itu hanya boleh patuh ibunya selagimana dalam batasan Allah. Tggjawab lelaki itu juga lindungi isterinya. Andai dia me lindungi isteri dri mudharat ibunya, takde masalah. Walaupun dihina oleh ibu sendiri, tggjawab lelaki itu ialah lindung si isteri dan hormat si ibu. Andai tak mampu, ceraikan si isteri. Biar dia xlagi dizalimi kalau si lelaki xmampu.

  2. Sokong awk bercerai. Jgn putuskan hubungan exsuami dgn mak dia. biar kita je y bkorban.. boleh tak awak pindah jauh2 skt. Rsau plk dgn suami kak ipar awak tu, tkut dorg apa2 an awk… dgn mnusia mcm kak ipar awk tu elokla berkira… tlglah,,jgn ada pape dah dengan keluarga puaka ni. Geram betul aku baca,,cungap2 napas ni tahan marah.tukar no, pndah jauh skt, pakai purdah ke apa ke,tukar kereta lain, jgn bgi dorg pluang knal ko balik. lastly cba amal ayat2 pndinding ke ape ke, aku riso dorang perasap awk je. Org mcm tu sggup bt apa je. Sori Xleh nak sgka baik dah aku pon

    • hubungan mak n anak xkan putus walau macam.mana pun…xperlu cerai…kita bercakap sedap la…suami dia punya perasaan macam mana???isteri kot…bukan anak ayam…dia ade perasaan…main setuju je kamu ni…kamu bersetuju dengan perkara yg allah benci…gila perempuan zaman skrg

    • Ridhuan Abdullah bro mmg hubungan mak ank x putus….tp kalo pangai mak die soo syaitonnirajim….bini yg bukan ank ayam tu pun ade perasaan…takkan hari nk gaduh n kumpul dosa…cerai jln terbaik

    • Kan confessor kata, klu rujjuk balik suami dia nk bawa dia tggal jauh.. boleh ka hidup bahagia sedangkan mak kandung dia dok mnyumpah anak sndiri, n kata menantunya dok hasut ank supaya tggalkan mak dia…i dont think so. Cari bini baru la ex suami tu

    • Anggap lah sis sedang beri masa utk dirinya bertenang..utk suaminya jadi lebih waras dlm mengendalikan ibu..adik beradik & perasaan isteri…suami isteri bercerai boleh nikah semula…hubungan dgn ibubapa..adik beradik… lain pendekatannya wpun ada pepatah “carik2 bulu ayam” @ “air dicincang”…..pandanglah dgn mata lebah isu ini…bukan dgn mata langau…tuan punya diri berdoa…kita brdoa lah juga utk kebaikn dia..kluarga mrtuanya dan juga zuriat keturunan kita
      Talak itu dbenci Allah tp halal kerana talak juga 1 jln kluar dari situasi yg mereka yg melaluinya shj yg faham
      Knp kita pula yg prlu argue sesama kita d sini..melabel gila etc…jom muhasabah diri
      Sy bukan yg trbaik….jom sama2 cari kebaikan..mama Adam Luqman

    • Talak tu mmg perkara yg dibenci Allah… Tp klu dlm isu ni mgkn jalan yg terbaik utk masa skrg adalah cerai… Bukan menghalalkn cara, tp kita yg xada dalam situasi akak ni yg menanggung segala perit jerih jd mgkn ad yg pk xpatut cerai… Cuba letak diri anda dlm situasi akak ni, sanggup ke bergadai abis2an? Kita manusia ada tahap2 kesabaran dan penerimaan bg sesuatu perkara… We never knows kalau jodoh dorg kuat, dorg akn berkawen semula, dan pd masa tu mungkin mertua dan ipar duainya dh berubah jd lebih baik… Hati tu Allah yg pegang.. Allah tu ad, bg akak ni masa utk sembuh dari trauma… Org yg xmengalami mmg mudah utk berkata… Tp klu xalami sekalipon, tolonglah fahami… Insyaa Allah, Allah dah tulis sesuatu utk msa depan akak… Keep strong eik akak… Doa byk2… :)

    • Cerai tu makruh..bukan haram…kalau dah tahap kita ni banyak dosa sbb tanggung derita baik la cerai…dua dua bokeh bahagia…si x suami leh cari.menantu pilihan maknya..dan si bekas isteri leh la cari kebahagiann lain..kan adil…apa masalhnya ..jgn nak menyusahkan agama dan menpergunakan agama utk kepentingan diri…cerai tu jalan terakhir ….bukan jalan awal…

    • Ridhuan Abdullah, abis perasaan suami ajelah nak kena jaga? Isteri memendam rasa? Macam tu? And cuba bgtau saya apa dalil yang Allah bgtau cerai itu langsung tak boleh walau dalam keadaan memudaratkan begitu? Pd pendapat saya, pendapat awk hanya berkisar pd nafsu semata2. Mcm Mrs A bgtau, dia taknak putuskan hubungan ibu dan anak. Walau buruk mana pun ibunya. Isteri boleh diganti, walaupun perit pada hakikatnya. Tapi kalau takat sibuk nak hadapkn perasaan sisuami, kalau bab beristeri dua takda pulak si suami nak fikir perasaan isteri pertama kedua ketiga kan? Typical guy. Mrs A mmg buat benda yg betul sbb suami dia walau mcm manapun ibunya ttp tanggungjwb dia. Tp isteri takda apa2 tanggungjawab dgn keluarga suami cuma diminta menyantuni keluarganya. Lelaki sedaplah cakap, bila kawen semua perempuan yg kena adjust dgn keluarga dia. Tapi kalau awk yg kena masuk family isteri, agak2 awk nak buat benda yg sama ke? Cakap biar pakai rational, bukan emotional.

      Oh and satu lagi, kalau alasan Mrs A tak kukuh, tentu hakim pun takkan benarkan perceraian mereka. Kita ni bukan ahli yg pakar dlm hal munakahat tu pun, so biar yg ahli settlekan. Cerita beliau sangat bagus dijadikan iktibar untuk semua. Saya sendiri memang tinggal dgn mertua dan keluarga mertua, tapi rezeki saya nasib saya baik. Tp ttp ada pahitnya. Sebab tu saya faham apa yg saudari Mrs A ni rasa.

    • To what extent can the husband’s relatives interfere in his wife’s life?

      Praise be to Allaah.
      The wife does not have to obey anyone among her in-laws, whether that is her husband’s father, mother, brothers or sisters, in any matter, major or minor, unless they tell her to do something which is obligatory according to Islam, or forbid her to do something that is haraam. In such matters she has to obey, whether that comes from a relative or a stranger, an in-law or anyone else.

      With regard to the husband, she must obey him in matters that are right and proper, because Allaah says (interpretation of the meaning):

      “Men are the protectors and maintainers of women, because Allaah has made one of them to excel the other, and because they spend (to support them) from their means…”

      [al-Nisa’ 4:34]

      Ibn Katheer (may Allaah have mercy on him) said, discussing some of the husband’s rights over his wife:

      Allaah has given the husband rights and commanded the wife to obey him; He has forbidden her to disobey him because of the fact that he excels her and maintains her. Tafseer Ibn Katheer, 1/493

      It is not permissible for any of your in-laws to enter your room without your permission, because Allaah says (interpretation of the meaning):

      “O you who believe! Enter not houses other than your own, until you have asked permission and greeted those in them; that is better for you, in order that you may remember”

      [al-Noor 24:27]

      If any of them enters your room with your permission but he is not one of your mahrams – such as your husband’s brother – then there has to be one of your mahrams present, so that there will be no haraam khulwah between you (i.e., being alone together). You must also observe full shar’i hijab, and be certain that there is no risk of falling into fitnah (temptation).

      Despite all these conditions, it is still better for him not to enter upon you in your room; this is purer for the heart and farthest removed from suspicion. Allaah says (interpretation of the meaning):

      “And when you ask (his wives) for anything you want, ask them from behind a screen, that is purer for your hearts and for their hearts”

      [al-Ahzaab 33:53]

      And the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “Beware of entering upon women.” A man from among the Ansaar said, “What about the in-law, O Messenger of Allaah?” He said, “The in-law is death.”

      Narrated by al-Bukhaari, 5232; Muslim, 2172.

      Al-Nawawi (may Allaah have mercy on him) said:

      With regard to the Prophet’s words “The in-law is death,” what this means is that there is more fear with regard to him than anyone else, and evil is to be expected of him, and the fitnah (temptation) is greater because he is able to reach the woman and be alone with her without anyone denouncing that, unlike the case of one who is a stranger. What is meant by “in-law” (hamu) here is the relatives of the husband apart from his father/grandfather and sons/grandsons. Fathers/grandfathers and sons/grandsons are mahrams for his wife and it is permissible for them to be alone with her. The word “death” here does not refer to them. Rather what is meant is the brother, brother’s son, paternal uncle, cousin, etc, who are not mahrams. People are usually careless about this matter and a man may let his wife be alone with his brother. This is what is referred to by “death” and should be prevented more than her being alone with a stranger for the reasons mentioned above.

      They do not have the right to force you to do any of the things you mention, such as how to cook, how to dress or other things such as working and teaching etc, unless that is by way of advice and kind treatment, not by way of compulsion.

      It is not permissible for them to interfere in your and your husband’s private affairs, but if they convince your husband not to go out on trips and he tells you to stay in the house, then obey your husband, and be patient and seek reward.

      You do not have to ask permission from any of them to visit your family; that is not their right. You have to ask your husband’s permission, and if he gives you permission then you do not have to ask permission from any of them.

      They do not have the right to know the details of your life (you and your husband), and it is not permissible for your husband to tell them of any private or intimate matters between the two of you.

      Your husband has to honour his parents, and you should help him in that. You should not be the cause of a split between him and them. You will see the consequences of that in your children in sha Allah.

      Your husband’s visits to his parents should be on the basis of need. Something may happen to his parents which requires their son to visit them a great deal, such as sickness and the like. You husband has to pay attention to that.

      With regard to your serving them and doing housework, you are not obliged to do that, but if you do it as an act of kindness towards them, or to please your husband, that will be good and you will have the reward for that in sha Allaah. This is something that will raise your status in the eyes of your husband and his family in this world, and will raise you in status in the Hereafter too, in sha Allah.

      With regard to your living separately, your husband has to ensure that you have a place where you can live separately, but there is nothing wrong with his parents living in the same place with you if the house is big enough, and if that will not cause you any harm.
      With regard to your life being under scrutiny, his parents have no right to dominate your life. Try to communicate in a proper manner with your husband and reach an understanding. If he can resolve the matter, all well and good, otherwise there is nothing wrong with you speaking to his family in a wise and mature manner. If they do not respond and the situation continues as it is, then be patient and seek reward from Allaah.

      Finally…

      Our advice to husbands is that they should honour their parents with regard to that which is right and proper, but they should not obey them if they transgress the limits set by Allaah, or help them in wrongdoing, which includes mistreating their sons’ wives. They should discuss with them in a way that is better and not prevent them from obeying Allaah. They should be strong in adhering to the truth and confront those who stand in the way of their implementing the laws of Allaah in their homes, because the Muslim does not acknowledge any authority over him except the Qur’aan and Sunnah. They should also beware of those who call them to commit sin.

      If the husband thinks that the interests of sharee’ah dictate that he should keep his wife and his family apart, then there is nothing wrong with him doing that.

      We should be tolerant and be patient with one another, and we should not forget to be kind to one another. We should speak to one another in kindness and be patient, and ward off evil with that which is better. We should speak well to the slaves of Allaah until we meet Allaah.

      Allaah is the One Whom we ask to set all our affairs straight. May Allaah send blessings upon our Prophet Muhammad.

    • mmg btl lah tindakan sis ni meminta cerai.. sbb dh xdek barakah lg pd ibu mrtua nya.. ble xberkat hdp lh beribu btu hgga hjung dnia skalipon ttp akn ade mslh jgak.. lg pon mreka xkn sah cerai klau phak suami xstuju.. ni sbb suami pon stuju lh jd cm ni.. mhkmh bkn dgr sblh phk je.. dh terang2 talak d tgn suami..

    • Ridhuan Abdullah cerai adalah perkara yg dibenci oleh Allah, x dinafikan. Tetapi cerai bukan perkara haram. Ada hikmah kenapa islam mengizinkan cerai. Mengaji dulu baru ckp. Cakap berdasarkan ilmu, bkn akal semata2

    • Mary kay, ada perkara saya kena betulkan disitu. Permohonan cerai secara fasakh/taqliq boleh dibuat tanpa kehadiran suami/ sebelah pihak saja. Jika suami enggan, tidak perlu sampai waran tangkap semua, jika berkali2 suami enggan hadir ke mahkamah walau diarahkan, hakim tetap mempunyai kuasa untuk membenarkan permohonan cerai si isteri. Saya bukan peguam syarie. Tapi apa yg sy beritahu adalah dari peguam syarie sendiri.

    • Nura Adila Baharuddin rasa jangan ada bini la. Kalau hidup ngn keluarga jahanam macam ni, semua perempuan merana. Harap takde orang jadi mangsa keluarga ni dah.

    • Nura Adila Baharuddin rasa jangan ada bini la. Kalau hidup ngn keluarga jahanam macam ni, semua perempuan merana. Harap takde orang jadi mangsa keluarga ni dah.

    • sokong sokong..Puan..sy rasa ini yang patut puan buat..if xdpt pindah sbb tmpt kerja ke jauh dari umah famili ke tp sekurang2 puan buat laporan polis..n puan..orang mcm ipar puan tu xbole tolak ansur..bole buat baik tp jangan tolak ansur..laporan polis tetap perlu

    • Lelaki kan senanglah cakap. Isteri bila bawa suami balik ke rumah keluarga isteri, semua meraikan. Suami pulak? Bila bawak isteri balik rumah keluarga dia, dibiarkan je isteri tu terkontang-kanting. Orang tak duduk tempat confessor ni memanglah tak rasa. Cuma jadi macam dia. Aku rasa, bulan pertama duduk dengan mertua pun dah minta cerai. Beb, pakai otak cakap tau. Duduk tempat dia dulu. Ko tak tahu perit dia hadap. Dahlah macam tu, mertua pulak burukkan keluarga menantu. Ko bukan sempurna pun.

    • Saya fhm keadaan dia. Coz mcm keadaan saya tak semua lah. Tp saya buat mcm nie saya x mohon perceraian. Janji kita sefahaman. Keluarga di belah mana2 x leh ganggu mana2 pihak memang berat coz kita kawin bkn dgn dia je ngan family tp perkahwinan yg dah di buat kalau boleh pertahankan. Mintak Allah tlg setiap saat. Hanya allah pembantu kita. Cth bab balik raya ke2 2 kene redha lah walau pun masing2 berikatan suami isteri redha dia milik ibunya kene balik umah ibunya jgn jadi ank derhaka. Kecuali ibunya suruh ceraikan yes dia kene ikut kata2 ibunya juga. Tp ibunya x suruh ceraikan so. Carion jelah perkahwinan itu coz 2 2 masih syg. Dn yg penting suami kene tegas utk menjadi pelindung isteri terutama drpd adikberadik. Biar duit yg kita hulur x di ektahui keluarganya. Kita bg suami kita sbb kita syg dia. Dia nak bntu ke tak family dia itu hak dia kita x yh nak impose sangat. Yg penting jika kita masih isteri dia just bg tau dia jika nak bg duit pd mak kita atau adik kita . Bgbtau yer bukan mintak izin sbb itu hak isteri.

  3. Ya Allah..apa yg sy boleh kata selepas baca confession ni…jahat sungguh mertua dan ipar confessor…memang betul tindakan tu…mcm dlm drama tp kisah benar..semoga cik puan tabah…seeloknya jauhkan diri terus dr keluarga tu..pindah tempat kerja dan tukar no telefon..sakit jiwa ke apa mereka tu..mcm tahap penjenayah lah…kite plak yg rasa geram.

    • dunia ni mcm2 ada.. jgn ckp xwujud org2 xsiuman mcm tu.. kena pndai jaga diri.. aku pun ada fmly xsiuman cmni.. abg2 aku sndri… tp aku xterasa pun diaorg ckp aku berkira.. mmg aku berkira pun 1234.. aku kerja sndri dok jauh2 dr diaorg.. tp aku rindu plk dgn mak ayah.. dan aku tkut la diaorg buli bakal org rmh nnti..

    • Amboiii nak gelang emas plak dahh..mmaiyooo spesies ape macam ni ni??xdapt brain mmg ada ke parasit cenggini.satu family nak duet org ni..??mintak guard kedai emas tembak..????

    • Nafsu tu xleh blah emas la restoran mewah..namoonnn duet nak tumpang orangg..???mohon jauh dr jumpa macam ni..?tapi btul ke ader kes teruk sampai cmni ni?

    • Gile ah. Ni mmg da melampau ni. Muke tebal mane pon dah tatau. Mmg layak kakak ipar die ditampar supaya die sedar ni bukan drama pukul 7.

    • Nasya Zanna Suhaili segalanya mungkin sya. Kita je nasib baik tak jumpa golongan mcm ni. Minta jauh la. Diorng laki bini saling mencintai n syg tapi takleh bersama, sadis gila huhu.. Hidayah Allah je yg boleh betulkan balik perangai anak beranak tu, bapa mertua dah takde nak tegur perangai bini sendiri huhu..

  4. Semoga tabah .. Ini dugaan di dunia.. Awk ade duit ade pelajaran ade ilmu.. Mereka tu yg xde perasaan xde ilmu.. Miskin dunia n akhirat… InsyaAllah hari2 yg gelap ni akn berlalu…..

  5. sy sokong kptsn awk move on dan jgn ada kne mengena lg dgn dorg… klu x sejarah tetap berulang… smoga ditemukan dgn jodoh yg lebih baik selepas ini….

  6. Sedih baca…dah bercerai pun diaorg masih mgngu awak..betul la…diaorg tu mmg betul2 pergunakan awak…cerita awak yg first pun sy sedih baca…mmg jodoh awak dgn suami takat itu sahaja..nanti kalau awak berbaik balik, awak akan di pergunakan semula.semoga awk tabah menghadapi semua ni.

  7. Stop feeding guilt to woman who ask for a divorce. Not all women who ask for a divorce are ungrateful. Some really just need to get out of the marriage to solve the underlying issues, maybe some of them are abused. To confessor, be strong. I know once you became a divorcee people might look down on you but you know yourself. Asking for a divorce doesn’t means you’ll be forever rot in hell. Only God can judge you.

  8. See…suami dia jgk yg salah kann. dye ade ajak kluar duk asing2, kalau istri tak selesa, ape yg suami expect nk suh sesuai2kn dri kt tempat mcmtu?
    Patutla mak abh sy memang pantang kalau kate kawen2 kene duk an mertua. Mak sy sndri pon kalau kawen dia tk bg menantu duk dgn dia. Sbb ape? Sbb nk jaga hubungn diplomatik menantu-mertua dgn berpanjangnnn. Takot jd cmni la nii ha..Putus tunang better dr putus cerai. Dh jd cmni..nk bt ape lg dah haa?

    Yg kak ipar tu plk pompuann jnis apa tu…kak ipar muka tktau malu. Baru dgr td ceramah ust dusuki org muka tk malu kt akhirat nanti berjalan dgn muka kat titian sirat. Haa kak ipar, Bkn lg merangkakk2 dahhh. Menyerettt lah ko muke tu.

  9. sabar dik..insyaallah…akn ada hikmah terbaik yg Allah ingin beri pd adik. bersangka baik dgn takdir yg Allah beri. Adik msh ada mak ayah dan adik beradik lain utk di beri perhatian.

  10. Bertabahlah puan.. sungguh dugaan yang berat itu hanya Allah turunkan untuk orang2 yang kuat sahaja.. cekalkan hati dan kuatkan iman.. InsyaAllah rencana Allah susun terbaik utk perjalanan puan selepas ni.. Fihifzillah..

  11. Sy sudah mengalami 15tahun yg lalu..perit jerih mcm ni ati ni mcm dihiris2 dgn pisau tp berkat kesabaran sy Alhamdulillah Allah hadiahkn pelangi dan suami baru yg ckup baik buat saya…sabar la pasti ada hikmah disblik se…mua ini

  12. Taktahu knp. Tulisan nya seperti terus dri hati. Terasa keikhlasan, kejujuran,tamaninah. Dan at last akan berasa lega lepas selesai membaca nya. Muncul lah dikau agar menjadi penguat wanita2 lain.

  13. Saya doakan Mrs A temui kebahagiaan sebenar….Allah syg Mrs A….sabar dgn ujian sementara ni…sesungguhnya kita hanya merancang tapi DIA yg menentukan….sekali lagi saya doakan yg terbaik buat Mrs A

  14. Ada sambungan rupanya, mcm drama tp realiti. Sungguh tabah anda hadapi semua ni. Mmg Allah uji semampu kita tanggung. Binala hidup baru. Selayaknya Allah sahaja membalasnya bagi keluarga bekas mertua.

  15. Iktibar drpd cerita ni, pompuan kena ada kerjaya sendiri dan x boleh nak bergantung dengan suami. Sekurangnya lepas jd mcm ni, boleh nak mula hidup baru. Sis masih sygkan ex suami. Mulia tindakan sis berkorban bnyk. Semoga terus kuat sis.

  16. I get very emotional reading your story. Sy sokong apa yg awak buat. Woman power! Kuat dan keraskan hati awak. Move on! You owe them nothing. If possible, cari tempat kerja baru. Build a new life syg. You have your family and that’s more than enough. I don’t trust your abang ipar. He can harm you. If necessary make a police report. You have so much love in your heart, moga Allah mudahkan urusan awak. Fix your heart and be happy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *