Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya at, semasa saya tulis confession itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.
Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada. Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bodoh sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut. Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar. Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.
Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Saya bukan bodoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.
Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.
Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata "kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit." Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap "ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko". Saya screenshot dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.
Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.
Salam Ramadhan semua. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.
– Mrs. A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
semoga kuat menghadapi dugaan :)
its okay. some people stay in our heart but not in our life. be strong sis
Wan Hazirah Wan Osman Ahmad Aiman Bin Ghazali
yg ni koho gila
Tidak semua yg boleh memahami apa yg kita rasa bab kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Semoga sis menjadi seorg muslimah yg kuat dan boleh membuat keputusan yg terbaik demi masa depan sis…
Kakcik Aqilah Seman Rohana Ana
Sambungan Cik Syu Ariesya Zifrie
Teruk betul ipar n mertua dia. Tak tau malu. Dia pon baik sgt bg start dr awal. Sbb tu melarat.
Yg first baca tak?
Baca. Yg mntk 500 g langkawi tu, melampau
Kannnnn? Dia baik hati n lembut sgt tp phm la gak dah dia je yg berduit dlm rumah tu, mestila rasa bersalah kalau tak bg. Family kan, terpaksa la kasi. Dlm hal ni, laki dia pun bersalah. Dah tau family gitu patutnya awal2 la ajak duk luar pindah. Takkan la family dia baru develop sifat buruk ni lps dyorang kawen kan, mesti dari dulu dah gitu ish3
Laki dia kan acah2 terlalu bertanggungjawab. Over gle bwk lari kereta org. Bpk x tau malu
Tulaa.. Serious taktau malu langsung. Tu dgn sedara mara tu mesti dicanangnya akak ni yg jahat punca jadi cerai. Nauzubillahiminzalik
Kesian jgk kt suami dia sbnrnye. Tapi yeah, mmg org da kawen patut tnggl asing dgn fmly.. Dlm kes ni, diorang mampu, cuma x nk je. Kalau mak dia tggl sorang lain cte.. Ni dah dgn fmly kakak ipar lg. Da la suami kakak ipar tu pmls . Haih
Exactly.. Takde masalah pun kalau dia duk asing. Mak dia bkn sorang2. Pasal laki dia tu kesian mmg kesian tp ainur still rasa masalah ni boleh dibendung kalau dari awal laki dia tegas nak duk asing. Tak duk sama2 tak semestinya tak bertanggungjawab kan. Kesian gila hati dua2 masih syg tp masalah ni bkn boleh stop sehari dua, dah jd habit dyorang mintak2 ni. Nasib takde baby lagi. Haih now siap kena ugut buat mcm2 lagi dgn kak ipar tu. Takut nya! Hello~ astro dgn unifi pun org tu byr kau bising la kak tak reti bersyukur eh. Emo pulak aku. Cite ni kalau jd drama mesti best. Ending dia takyah buat org jahat insaf tp bg karma sikit. Baru dyorang terasa. Hehe
True. Nsb x de ank even da 3 thn kawen. Kalau x, jd mangsa keadaan je. Eley psl ugutan tu x yah takut pon, bg je polis, buat report. Anything happen to the girl, mmg laki tu jd prime suspect
Sy cuba contact Janna Nick utk bincangkan tawaran berlakon drama ni nanti hehe. (Cuba menenangkan suasana yg tegang. Semoga hati2 busuk tu sedar salah dorang selama ni:()
Lambat.. Sy dah dptkan ayda jebat utk jd kakak ipar. Hero paling koman pun aliff satar. Heroinnye maybe sy muahahahaha
Maizatul Azwa Radzi
Please buat report polis mengenai ugutan tu. Semoga Allah permudahkan urusan seharian sis.
Nurul Attikah Ghafar, Hazirah Ahmad
Sokong dgn tindakan sis..cuba la bina hidup baru..semoga lebih tenang dan lebih bahagia..dugaan ni mmg terlalu berat utk sesiapa pn..doakan juga semoga Allah bg kesedaran pd keluarga suami tu..biarkan mereka belajar hidup cri rezeki sendiri..bru tau erti bersyukur..xpyh pk2 dah..terima kasih sbb sudi berkongsi..jd iktibar utk semua..
Ridzuwan Mohd Jais Saadah Saari Jsd
Najwa Nabilah Syahira ni sambungan haritu huhu
Fatin Husna Japar baca dah ka crta ni
Dhhh sdeh kot cmpr geram . Nk mrh pn ade . Tkut ny makcik Nur Zafirah dpt mcm tu jgk:( . Nauzubillahiminzalikh ????
tuh la, pengajarannya kena ad keja n duit utk service diri sendri klu jd ap ,,
Yup klu ad mslh blh back up skit dh ad duit sndri . dh de prncgn kot . Allahu . Hebat makcik dh ready ye ? Aaahaahaha
hahahha choii, kerja sambilan pon x dpt lg kah3
Tulh dpt keja dlu pastu makcik nk kwin gtau sy deh ahahhahaHahaaha
sy simpati dgn sis… xapelah hidup harus diteruskan.. keputusan sis dah terbaik. sape2 yg maki tue perangai dia mcm bekas kakak ipar n mertua sis
Siti Noorhafizah Firdaus n Khadijah sambungan
Nabilah Kamaruzaman
Klu part2 begini mmg boleh buat bcerai.. Apatah lagi bertahun lamanya menahan perasaan.. Kena2 lagi suami yg menyalahkan kita semula n backup family dia.. Keperitan akan berganda.. Kesiannya.. Semoga tabah ya sis.. Allah lebih tau.. Semoga sis diberikan sesuatu yg lebih baik lagi.. Berdoa byk2..
Kepada yg masih berumahtangga tu berdoa sebanyak2nya.. Bersangka baik dgn Allah.. Percaya Allah kabulkan doa kita.. Minta Allah lembutkan hati2 mertua or ipar duia kita, Allah yg pegang hati mereka..
Yg penting sentiasa buat baik biarpun dibalas jahat cam sis ni..
Yg dapat mertua baik tu, Alhamdulillah… Rezeki kebahagiaan.. Jaga mertua, suami n family elok2.. Hargai mereka..
Redhalah kerana dalam hidup ini kadangkala takdir mengatasi tadbir. Tindakan adik betul. Pandangan orang lain takkan pernah sama dengan kita. Apabila kita berdepan dengan masalah yang berat dan membebankan, kita sendiri sahaja yang faham dan tahu apa tindakan terbaik. Pada masa ini pergantungan dan harapan hanyalah kepada Allah…Dialah sebaik-baik tempat meminta untuk memberi ketenangan, kewarasan dan membuka jalan yang terbaik buat diri kita. Peganglah pada taliNya, insyaAllah kita selamat. Akak doakan adik tabah dan positif kerana inilah realiti kehidupan.
Saya setuju awk bcerai. …agar tdk memutuskan hubungan kkeluargaan ex suami dgn ibu n adik beradik……pn tdk bira sbnrnya…..sbb pn tlalu baik sehingga keluarga mertua ambil kesempatan. …Mereka seperti biawak hidup……Semua org lain yg nak tanggung…..tindakan pn betul…..EXSUAMI pn yg balah dlm hal ini…..Hati seorang isteri langsung tak dijaga….akhirnya terima laaaa akibat…Seperti kata pepatah sesal kemudian tiada guna….batter pn bina hidup baru ……
Suami akak tu tu orang ka pokok?dia boleh biar jaa org buat mcm2 kt isteri dia…haih saya sokong tindakan akak bercerai..baik laa xda suami dari bersuamikan orang bangang..semoga jumpa jodoh yg baik dan bijak..
It’s okay. You did the right thing,the sanest thing. Haha. Orang yang comment mcm2 tu they are not in your shoes. I admire your courage and strength and also your patience sbb mampu bertahan. It’s okay sis semoga semua urusan dimudahkan Allah. Jgn lupa Allah kerana Dia sentiasa ada untuk kita. Good luck for your future and may Allah ease your way.
Bangang sapa yg kata confessor mengungkit.
Sambungan haritu.. Zahid Ismail
Moga Allah memudahkan dan memperbaiki urusan kaum muslimin. Semoga sentiasa didalam penjagaan dan perlindungan Allah.
Syazira Nazreen sambungan cerita. Gila saiko wehh..
Shit… kakak dia saiko tahap wajib kena mkn penampo. Aku pecaya ni criter benar sbb jln citer dia xde melebih2 mcm cerekarama tibitige. Cumenye i is kenot tahan ade gak pengomen buta mata hati duk slhkan dia lagik. Diorg ni x rase lagi blh laa ckp wey……
Aku harap citer dia bukan citer kak hasanah menghembus ubun2 budak di awan biru.. Ahahahaha..
Ha ah. Masa aku bc citer kak hasanah tu pun aku tepecayew. Blh dia tebayang sebegitu skali. Saiko juger.
Btul dah tu sis…sabar ada hadnya…sy pun x suka bila baca tntg perangai fmly suami tu…tp jgnlah smpai hati benci pd mereka..ckuplah skadar bnci atau x suka dgn perangai dorg tu..doakan mereka..ada hikmah semua trjadi…sbb tu Allah tak bagi anak dsb…Allah sebaik baik perancang…x ada jodoh..tp kita xtahu in da future…cuma satu peringatan sy pada sis…KEBALKAN diri dengan dinding agama…zaman sekarang orang boleh buat apa saja kalau hati da geram walau agama larang macam mana pun..bukan nak buruk sangka…tp skadar peringatan…Allah Maha Mendengar…Dia Maha Adil…so no worries n jgn lupa report polis kalau bertambah buruk…may Allah protect U n ur Family
betul..terpikir benda yg sama..kebalkan diri ye sis dgn agama..hati manusia kita x tahu..mungkin bukan takat ni sahaja dia blh ganggu, takut malah teruk lagi..bkn nak buruk sangka tapi hanya utk berjaga2..
Saya setuju demi kebaikan hidup sis. Dekatkan diri dengan agama. Manusia kalau tidak hasad dengki selagi nyawa tidak cabut malaikat Izrail. Apa sahaja mereka sanggup lakukan. Buatlah pendinding dengan ustaz darul syifa’. Maaf terlebih pula. #kitagengUIA
Semoga Allah sentiasa bersama puan..Allah bersama orang yang kuat dan sabar spt puan.
sabar bukan bererti tidak mengambil tindakan tetapi bijak dalam menghadapi sesuatu krisis kehidupan… semoga puan akan menemui ketenangan dan insyaallah diberikan keluarga yang bahagia selepas ini. aamiin.
Be strong sis in syaa allah ada yg lebih baik Allah janjikan
Suami yg baik suami yg meletakkan sesuatu di tmpat yg btol. Dlm islam itulah adil. Mmg ssh mlepaskan org yg kita syg tp kputusan puan mmg terbaik..u one tough woman! Cr ketenangan yg tuhan jnjikan ntok org2 yg sabar. Bhagia mnanti diluar sana.amiin..
Saya setuju keputusan adik bercerai…dr makan hati sampai mati baiklah bercerai..lgpun ada hikmah juga belum ada anak…kalau ada anak terpaksa fikir sejuta kali utk berpisah..ramai isteri terpaksa tahan demi anak…takkan bahagia jika kita hanya kahwin dgn suami dan bukan keluarganya sekali…biar suami taat pada ibunya…ok..lgpun saya tak tahan bila mertua yg awak cerita tu hina ibu kita…sorilah…ibu kita tetap ibu kita….siapa dia nak hina org yg lahirkan kita…..apapun kuatkan srmangat…ada jalan bahagia buat adik..ok…
haihhhh mental kakak ipar tu. nak mewah usaha laa. ni nak mewah atas hidup org pasaipa
Alhamdulillah,semoga mereka sedar atas kesilapan mereka selepas kluar dri rumah itu,jgn berdendam dan niat dlm hati itu sedekah apa yg puan berikan kpd mereka selama ini.
Kak Hamisah Mawaddah baca kisah ni sedih kot..
Nur Iqleema Nur Haziqah Afiefah Cheq Aleyn Ally
Sedihnyaaa :'( :'( semoga akak ni kuat and cekal. And semoga kita dijauhkan dr semua niii
Aminn.. :'(
Babi gila Akak ipar dia tu weh. Part emas tu ha. Eeee. Tak malu.
Sabaa sabaaa. Bulan pose nii. Uhuhu
Over the limit betul akak ipar dia tuh. . Nasib baik lah akak ni org yg sabar. .smoga di jauhkannn ?
Zaidatul Rodhiah Nordin
Mcm mn nk bca kisah Mrs.A ni yg part 1?
Km ad share kt wall km kkteh
Azianesta Aziz dh bc ka sambungan cita ni?
Ada smbungan…hihi
dorg aggp puan yg prlu tggung mrka smua..sbnry mmg btul sgkaan sy, mreka xpnh mhrgai puan ttpi mahu puan brda dsna utk mnanggung sgala pblnjaan mreka..mcmtu skli.. dh bcrai pun msih nak mgugut , klu blh puan jg kna bt pndiding dri.bkn nk bbruk sgka, tp hati mnusia xsiapa yg thu.. tkut2 klu dorg nk gunakn ilmu utk bls dndam ngn puan ke.. .apa2 pun sy doakn agar puan stiasa kuat n tbah mhdapi dugaan … byk2la bdoa kpda Allah agar mrka dberi hdayah..
Baca albaqarah
Izza Ross Maria Ross
Sambungan Anis Zack
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Diorang patut bersyukur ada org sebaik tu utk tolong dorang sara hidup, bahkan ambik kesempatan atas kebaikan org lain.
Janji Allah neraka tempat mukmin yg menyeksa mukmin lain, dan menjadi punca permusuhan, putus hubungan.
Tapi… see? Dia makin dekat dengan Allah.. ada hikmah. Dan hikmah2 lain, dari pelbagai perspektif.. Subhanallah.
Semoga sis terus kuat.. report je polis kalau org2 tu ugut lagi… yg komen sis berkira tu mungkin perangai dia pun mcm family ex suami sis kot…. kuikuikuiiiiii….
Sinetron gila family ni
Hmmmm…keluarga tu memang btul2 psiko..huhhhh ngeriii btul..dpt teman bayangkn…kalo teman tido kt ctu mau teman genggam pisau x pun gunting..x lelap tido..
Saya setuju dgn awak…
Ibu Dan anak jgn dipisahkan..awak buat ape yg betul Dan terbaik..yg saya sendiri x kan boleh lakukan..putus kasih dengan suami disebabkan keluarga nya..
Saya doakan perjalanan awak dipermudahkan didunia Dan akhirat…
Nadzmi Nawawi
Ade sambungan..Naziah Mustaka Umi Mustaka
Aduhai sdih….Alhamdulillah kte xgtu…
i can feel u sis.dont worry.jgn hiraukn kata2 negative org.kita yang lalui,kita yang merasa,kita lebih tahu.yang penting dugaan ni buat sis dekatkn diri dgn Allah.ada hikmah semua nye.semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah
Sheila Om Bennington.sambungan2
Semoga tabah sis.. Dan semoga Allah akan membantu sis melupakan segala keperitan hidup. Diberi ganti yg lbh baik