Mertua & Adik-beradik Ipar Melampau – Alhamdulillah & Terima Kasih

Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kerana siarkan confession panjang yang saya tulis di page ini semalam. Saya tidak sangka akan dapat banyak respons, baik positif mahupun negatif, saya terima dengan hati terbuka, Alhamdulillah dan terima kasih pada yang banyak mendoakan saya at, semasa saya tulis confession itu hari itu, tersedu-sedu saya menaip sebab tidak pernah saya meluahkan. Terima kasih sangat-sangat pada yang mendoakan saya kuat.

Ramai juga yang mendoakan saya supaya rujuk dengan bekas suami, namun maaf, mungkin saya belum kuat, dan luka masih belum sembuh selepas last incident di rumah mertua, tidak apalah, biarlah benda tu saya cuba lupakan dulu. Namun, tidak mudah sebenarnya untuk saya kembali dengan bekas suami. Ya, sayang tu masih ada. Saya sayang sangat dengan bekas suami, terlalu sayang sehingga saya tahan untuk terus tinggal di rumah tersebut. Ada juga saya lihat komen mengatakan saya bodoh sebab lepaskan bekas suami, namun sekiranya berada di tempat saya, anda akan tahu mengapa saya buat keputusan tersebut. Saya tidak mahu bekas suami menjadi anak derhaka, buruk bagaimanapun, itu ibu yang melahirkan bekas suami, yang membesarkan bekas suami. Khilaf saya, saya tidak dapat menjadi insan yang boleh bersabar lagi untuk tahan, saya gagal bersabar. Bekas suami masih contact saya, dan pujuk saya. Selalu juga dia tunggu di tempat saya kerja dan memujuk saya dan berjanji akan bawa saya duduk jauh dari keluarganya, namun saya tidak sampai hati memutuskan hubungan anak beranak. Saya cakap pada bekas suami, isteri boleh diganti namun bukan seorang ibu, bukan juga adik beradik. Bekas suami menangis. Kami menangis bersama-sama. Ujian yang kami terima, kami redha.

Saya keras hati? Ya, saya tak nafikan. Mungkin sebab dah lama saya berlembut dengan mereka yang suka mengambil kesempatan. Saya bukan bodoh, apabila saya sedar saya dipergunakan, saya selalu pujuk suami supaya kami pindah dan tinggal sendiri. Saya akan ajak suami berbincang sampaikan pernah juga bergaduh kerana suami tidak akan tinggalkan ibunya. Lagipun rumah mertua dikira rumah pusaka. Ada juga yang berkata saya suka mengungkit, maaf ini saya sangat tidak dapat terima, sepanjang tiga tahun saya di rumah itu, saya tidak pernah mengungkit di hadapan mereka. Suami ada ajak saya berbincang dan saya tahu kalau ikutkan gaji dia sahaja, mana mampu menanggung semua, saya cakap takpe abang, saya akan tolong. Family abang, family saya juga. Saya tidak kisah kerana saya mampu. Saya cuma mengungkit pada hari saya ditampar mertua dan dibelasah kakak ipar, ya saya mengungkit hanya pada hari itu kerana saya tidak tahan. Saya tahun mereka tidak akan berubah, mungkin semakin teruk. Ramadhan kali ini memang la sedih tanpa suami namun saya akan kuat. Saya berbuka dengan ibu saya pada hari pertama berpuasa. Di rumah mertua dahulu, kalau tibanya bulan puasa dan raya, saya akan awal awal susun perbelanjaan untuk mereka, semua persiapan raya mereka. Selalu juga bekas mertua, kakak ipar dan suaminya request kami bawa mereka berbuka di restoran mewah dan makanan sedap-sedap. Baju raya yang mahal-mahal, dan pernah kakak ipar mengajak saya teman dia ke kedai emas, tanpa mengesyaki apa, saya drive kan sahaja bawa dia ke kedai emas, di sana dia pilih gelang tangan dan terus minta saya bayarkan. Terkejut, saya terus cakap tidak mahu, kerana budget cukup-cukup untuk bulan puasa dan raya, untuk persiapan raya satu keluarga, kakak buat muka, keluar kedai masuk kereta dan hempas pintu kereta saya. Lama juga kami tidak bertegur sapa. Tapi tidak apalah, saya tetap halalkan semua, saya hanya manusia biasa, ada khilafnya, sifat sabar saya ada limit. Pada yang kata saya berkira, ya mungkin betul. Sebab saya yang bekerja, tidak berehat untuk siapkan projek. Saya bukan malaikat.

Selepas saya mulakan hidup baru, saya semakin dekat dengan Tuhan. Sebelum ini saya hanya tunaikan solat wajib, itu sahaja. Alhamdulillah, kini Malam-malam saya bangun dan solat untuk minta ampun atas dosa saya meminta cerai daripada suami. Saya harap sangat saya diampunkan.

Bekas kakak ipar masih mengganggu dengan menghantar message bukan-bukan, mendoakan saya mati cepat dan memaki hamun namun saya tidak reply kerana apa yang penting saya nak mulakan hidup baru. Bekas adik-adik ipar saya yang masih belajar juga ada yang telefon saya, pada mulanya saya fikirkan mereka betul-betul rindukan saya dan mahu saya dan abang mereka berbaik namun meleset apabila di akhir perbualan mereka berkata "kalau cikngah takde, siapa nak bagi elaun kat adik tetiap bulan? mak dengan abang kalau bagi pun sikit." Hati saya perit lagi, tidak habis-habis. Bekas kakak ipar pun ada message cakap "ko jangan nak lepas tangan, perempuan jahanam. Yang ko pergi potong astro dengan wifi rumah ni kenapa? Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko". Saya screenshot dan saya hantar pada bekas suami, dan cakap – Abang, saya minta maaf tapi saya dah tak sanggup dah. Selepas itu, saya putuskan semua contact dengan bekas suami, saya tukar nombor apa semua. Sebab itu kadang-kadang saya tahu bekas suami masih tunggu saya di tempat kerja saya, tapi dia hanya duduk dalam kereta, mungkin perhatikan saya dari jauh. Mungkin.

Akhir kata, saya maafkan semua perkara, saya hanya maafkan, tetapi tidak lupa. Saya cuma terbayang, mungkin ada lagi orang di luar sana senasib dengan saya, namun lebih teruk. Sekurangnya saya masih boleh hidup sendiri, boleh berdikari, saya masih ada keluarga saya. Bagaimana mereka yang tidak bekerja? Tiada pendidikan? Hanya bergantung pada suami? Sebab itu saya selalu pesan pada adik perempuan saya, belajar betul-betul, bekerja, jadi kita boleh hidup sendiri kalau ada apa-apa. Kita tidak terlalu bergantung pada suami. Mungkin ramai yang tidak setuju, tapi tidak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri.

Salam Ramadhan semua. Kita doakan yang baik-baik untuk diri kita semua.

– Mrs. A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,236 Comments

  1. salam sis…hebat betul dugaan sis…mmg patut sis bercerai dgn suami kalau akan menyebabkan suami derhaka…dam sis sendiri pun bergaduh ngan mertua dan ipar…org lain xkn faham situasi kita sampai la die sendiri rasa…pindah jauh2 sis dr bekas suami…biar die mencari bahagianya yg sendiri…dan buat bekas keluarga mertua dan ipar…biarkan mereka menyalak…jgn sesekali reply…sekiranya ada ugutan melampau …report polis…selalunya polis akan call si pengugut dan polis akan ckp jgn kacau kita lagi…sebab pernah terjadi pada saya…dan org tu x kacau idup saya dah….semoga sis bertemu bahagia sis…jgn serik tuk berkahwin lain…tp ambi masa dulu kenal bakal keluarga suami…cr yg sekufu…Insha Allah…sis bertemu bahagia…salam ramadhan sis

  2. Semoga akak A dpt mencari kebahagian yg baru..akak sgt penyabar bila akak n ex husben akak yg tgg diorg..bgi mkn minum..anak2 saudara tu x masuk lagi akak ipar dgn husben dia yg asyik meminta tu..bila kami baca akak punya cerita, kami pun takut..takut t diorg ap2 kan akak..akak simpan semua mesej ugutan tu n buat report polis..bub ni akak jgn bersabar n husnuzon..manusia bila dh marah xbley berfikir..akak kena inform kat adik beradik akak yg lain jugak pasal kes ugutan semua ni..ap2 jadi mrka bley 8jdi saksi..bukan nk memburukkan blah sana..tapi sedia payung seblum hujan akak..bila akak xdak baru mrka tahu langit tgi rendah..pasal ex husben akak tu..kalo akak dah berdoa memohon petunjuk dri Allah n mrsakan itu jln terbaik..akak truskan..pasal rumah tgga ni kami pun x reti..tapi memikirkan ad yg berpendpat lbih baik rujuk balik dgn husben..berpisah juga mungkin lbih baik n jauh dri org yg nk menzalimi akak..mungkin ad hikmah tersendri..walaupun akak dah berjauhan dgn mrka..doakan la mrka dpt berubah ke arah kebaikan..duit yg akak ad tu akak guna la tuk diri akak, akak dh byk berkorban tuk org lain..bukan kami nk ckp x bgus bri kpd org lain..tapi kali ni akak guna tuk manjakan diri akak pulak..badan akak dah penat..perlukan ketenangan tuk trus kuat..conclusion ap yg kami dpt dri cta akak..kita sebgai perempuan perlu belajar berdikari..senang x ssh kan sesiapa..nk bhgiakan parent kita sendri pun senang guna duit sendri..tq akak tulis cerita niyh..

    Akak sgt tabah, mampu memaafkan org lain..semoga berjaya di dunia n akhirat..

  3. Sis..i love u.. hebatnye sis dgn sifat sabar..3 tahun hadap benda tu boleh buat sakit jiwa..tp u r strong sis..sabar pun ada hadnya kn? Sy lebih bersyukur bla sis dah kluar dr family tu..sis terlalu baik sbb tu dorg ambil kesempatan..skrg pls move on..kami semua mendoakan sis temui kebahagiaan..Allah dah plan sesuatu yg cantik utk sis..apa yg berlaku mmg bnyk hikmahnya..in syaa Allah bnyk ganjarannya..sekadar mengingatkan,sentiasa doakan dorg dlembutkan hati dan insaf..sy harap sgt dorg baca luahan hati sis..moga dorg sedar sifat mazmumah dorg kt sis..klu situasi makin teruk,harap sgt sis xbiarkan..fight for ur freedom..love u Lillah..moga kuat sis..

  4. Ya allah macam mana tiga tahun suami akk bleh biarkan benda ni? Dia takda mata ? Takda telinga? Takda kudrat nak halang? Ya dia tak perlu nak melawan atau derhaka pada mak dia. Tapi kat ipad dia dan adik3 dia? Langsung takleh nak kata apa2. Kalau sy jadi akk. Sy lagi marah dengan suami dari mertua dgn akk ipar. Ada laki tapi tak guna. Diam diri tgk isteri menderita. Betul sgt sgt tindakan akk becerai dgn laki akk. Laki dayus mcm tu takyah la simpan simpan lagi

    • Ni kes suami mmg nk pau isteri! (Dia tau isteri dia loaded bak hang) ! Kalau tk, takan dia tk larang musibat2 tu buat isteri dia camtu? Ini pasti kisah musibat2 di hutan ulu belantara, kot

  5. sakit ati pulak aku ngn ex kakak ipar awak tu…die ade fb x?tag name die kat sini…blh sekolahkn die …ramai ni blh mengajar die..sbb die kn bod*h tahap dewa.

  6. tukar nombor dik..drpd adik sakit hati n sedih tgk msg or wsap diaorg baik tukar no phone…macam drama pula bila baca luahan adik ni…akak doakan adik tabah dan jadi lebih kuat

  7. Semoga akak tabah dan jumpa dgn jdoh yg skufu akn dtg. Pgjrn pd yg lain yg belom kwin. Check bground fmly suami. Kalau blh plih yg sekufu ..

  8. makcik ang pas habis idah ang menikah cepat cepat.. jangan tunggu lama.. aku leh rekemen member member kg.. biar x kaya ngan keja kg tp hati mau baik x menyusahkan ang..

  9. Dihari² yg penuh keberkatan ini, perbanyakkan juga doa buat keluarga bekas mertua moga mereka beroleh taufik dan hidayah drpd Allah SWT; agar mereka sedar kesalahan mereka dan tidak mengulangi kesilapan yg sama bila menerima ahli keluarga (ipar) yg baru.
    Allahu a’lam.

  10. Please buat laporan polis secepat mungkin untuk keselamatan diri dan keluarga sendiri.. Things like “Ko tunggu aku suruh laki aku cari ko” is a very serious ugutan..

  11. Sis, tolong lapor polis sbb kakak ipar sudah dikira buat ugutan tu. Sis sila jaga keselamatan diri dan keluarga tau. Manusia skrg ni byk yg mental. Sy hrp sis tabah dgn segala dugaan. Berat sgt dugaan sis ni. Tak sanggup nak baca. :(

  12. Tak sabar tunggu sambungan cerita ni. Kakak ni berbaik dengan husband die. Mak ngan kakak ipar die kene halau dari Malaysia. Duduk kat Afrika sana. Eh ehhhhh. Geram pulak kite.

  13. Sokong sis.. Mmg pelik pun bila bc komen semalam ramai yg suruh rujuk, mcm fairy tale happy ending kena together pula.
    Silap bekas suami ialah melambatkan keputusan yg perlu. Slps berlaku semua ni, setakat berpindah x menyelesaikan masalah. Untuk keselamatan eloklah berpindah dan cari housemates. Dan bykkan juga amalan2 pendinding utk berjaga, nauzubillah.

  14. Gaji isteri, hak isteri. Just doa the whole family berubah. Just move on with your life, at this juncture i think it’s wise to think only religion, money and family could motivate you. Manusia ni kalau hati dah tawar tu, hanya Allah boleh ubah. After reading both of your confessions i seriously think your in laws are parasites from Naarul Jahannam. (Tak kenal, tak kira fitnah)

  15. Sy doa semoga puan berjumpa jodoh lain yg lebih baik. Sempena ramadhan ni, moga2 Allah kurniakan lelaki yg baik dan sesuai dgn puan.

  16. Mostly i will b a silent reader..however today i feel to pen it out…first of all i am sis with ur strength..courage and ur patience level.Indeed i should learn a lessin form you. Apa pun jadi please bersabar…dekatkan diri dengan Allah…Allah bagi you peluang to spend time wif ur family….percayalah Ada hikmah di sebalik kejadian..banyakkan berdoa…Allah itu maha mendengar..Dan Allah itu ada…mak saya selalu pesan..biar orang buat kat kita..kita jangan buat kat orang…Alhamdulillah u hv a job to survive and May Allah ease evething for u..InshyAllah..Aamin….bertabahlah wahai kakak….

  17. Ibu sy selalu ckp, nasib perempuan dalam hidup ni akn diketahui bile dah kawin kelak…. mungkin masa bujang kite rase kita da sempurna… tp lepas kawin… dpt suami atau kuarga mertua yg mengerikan… itu lah permulaan hidup seorang yg bernama wanita…… semoga kita semua dilindungi Allah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *