Assalamualaikum , first , semestinya terima kasih kalau confess nie di siarkan , sebelum aku cerita lebih lanjut , aku bagitahu sikit lah , nie bukan terjadi dekat aku but kakak aku . Benda yang aku nak cerita nie boleh dikatakan merumitkanlah , bagi korang mungkin tak , tapi bagi yang alami nie boleh jadi stress memanjang . Maklumlah zaman guna duit bergunikan .
In sha’allah tahun nie kakak aku kahwin (korang doa-doakan ye semoga berjalan lancar) Dalam keluarga aku nie , nie lah first time buat majlis besar-besaran . Maksud aku besar-besaran nie macam nak buat kerja kahwin nie lah bukan nya buat majlis grand-grand . Sebelum nie dok dengar , tengok makcik , kawan buat majlis kan , sekali kena dalam keluarga sendiri boleh tahan stress juga lah . Nak tahu manage semua , persiapan semua but benda tu boleh settle je tapi tulah , Poningggg .
Aku anggap perkahwinan akak aku nie senang , tak payah pikir banyak , nak tahu sebab apa ? Sebab bapak aku dah sponsor dia untuk makan tetamu and khemah , akak aku just pikir baju , goodies , pelamin and make up je sebab yang lain bapak aku settle . Bagi aku senang lah sebab bapak aku dah cakap macam tu tapi lain bagi akak aku . Dia tunang tahun lepas ikat setahun hidup so bermakna tahun nie bulan 2/3 kahwin lah kan , dalam perancangan nak 2 tahun but belah lelaki tukar pikiran last minit so kitaorang pihak perempuan okaylah .
Benda tunang nie tak rumit lah tapi bila dah nak cukup setahun mula lah mulut-mulut manusia nie , diaorang tak paham kot maksud ‘Setahun Hidup’ . Ikat setahun hidup nie bermaksud , kalau ada duit sebelum atau selepas setahun hidup majlis jalan . Tapi tulah manusia , aku pelik , akak aku nak kahwin diaorang terlampau excited . Dengan mulut jirannya lain , kawan bapak aku nya lain . Yang si pengantin dah naik serabut .
Ikut perancangan akak aku dia nak buat grand sikit lah , anak dalam keluarga yang pertama kahwin kan . So aku sebagai adik nie berfungsi lah sikit bila aku cakap ‘ nak buat grand-grand nie lepas kahwin ada duit tak ?’ Dia pun jawap ada semua . Lepastu bakal abang ipar aku pun tanya akak aku ‘ Bersedia tak nak hidup susah dengan orang ‘ and akak aku pun jawap lah sangup sebab keluarga aku nie tak lah mewah mana , sederhana je , pernah je tak cukup makan sebab mak dekat hospital and dugaan lain . So bincang-bincang semua , akak aku nak buat biasa je it means nikah sanding dah settle satu hari .
Tapi yang merumitkan bila datang nya manusia yang tahu bercakap je tapi tak pernah pikir . Start bulan 1 terserempak dengan kawan mak dekat tempat kerja ‘ eh akak nak kahwin kan bulan 3 nie ‘ aku pun diam , tak tahu mana diaorang dengar cerita , kitaorang satu family tak pernah hua hua dekat orang bila akak aku nak kahwin semua . Aku boleh agak yang kawan-kawan mak aku nie lebih excited dari mak pengantin . Bayangkan lah kitaorang tak cakap pun pasal kahwin tetiba datang si makcik nie tanya ‘ lauk masa kahwin apa , pelamin macam mana overall diaorang nak tahu semua padahal kitaorang boleh prepare apa-apa lagi baru dalam perbincangan . yang bestnya kawan mak aku nie tanya ‘ za , anak kau kahwin buat malam berinai tak ? ‘ mak aku pun jawap ‘ Taklah , pengantin taknak , nak buat simple je ‘ ehhh si makcik nie menjawap pulak ‘ alaa , tak meriah lah takde malam berinai ‘ aku yang dok sebelah mak aku nie panas je , kang aku sound dia kata biadap pulak . Akak aku taknak dah lah , memasing ada anak perempuan kan buat lah dekat majlis anak sendiri sibuk je majlis anak orang . Aku masuk rumah aku bincang lah dengan abang , ayah , akak , mak , aku luahkan tak puas hati aku nie . Yelah orang nak simple je asalkan nikah lepastu settle yang si kepoh nie sibuk je .
Aku ingat perempuan je kepoh lelaki pun sama , kawan bapak aku nie , orang pergi surau bincang jelah apa yang patut nie pergi surau bincang pasal akak aku nak kahwin , nie dah cukup setahun tunang pergi belah lelaki suruh tanya duit dah cukup belum , diaorang tak tahu agaknya bakal abang ipar aku stress pikir tarikh tu semua yang diorang nie sibuk tanya , tak tahu dugaan orang nak kahwin macam mana tahu nak tanya ‘ majlis anak kau bila semua ‘ tuan rumah tak bising pakcik-pakcik nie yang bising sibuk semua . Nak sibuk-sibuk suruh je anak sendiri kahwin . walaupun bukan aku yang nak kahwin tapi macam aku yang serabut sebab benda-benda nie aku yang settle and manage diaorang kahwin , aku dikira assitant akak aku . Habis kalau dah pengantin stress aku yang assitant pun boleh stress .
Maaf lah kalau panjang sangat confess nie . Nie aku nak nasihatkan dekat makcik pakcik dekat luar sana . Kalau orang tu dah tunang berapa lama sekalipun tak payah lah menyibuk k ! Bukan apa nie zaman , zaman duit guna berguni makcik pakcik oiiiii ! Lagi satu , selagi tuan rumah tak bukak mulut pasal kahwin bila , majlis macam mana , makcik pakcik tak payah sibuk nak atur . Kitaorang bukan bodoh sombong , aku dan keluarga aku pun tanya dekat orang dah pernah buat majlis . So macam mana ? Bagaimana ? Seperti apa majlis akak aku tu makcik pakcik tak perlu lah sibuk biar kami sekeluarga yang manage nie semua . Kalau rasa nak buat grand-grand buat dekat anak sendiri lah ye , anak orang biar mak bapak orang tu yang settlekan . Kakak and bakal abang ipar aku pun dah malas nak pikir grand-grand majlis dia , bagi diaorang pokok pangkalnya diaorang nikah tapi tulah mulut orang and ketidaksabaran orang nie merumitkan perkahwinan dia . Pertanyaan makcik pakcik nie boleh menyebabkan bakal pengantin tu stress , so sebelum bertanya tu pikir dulu jangan dok serbu je . Apa-apa pun terima kasih kalau korang baca nie and lagi satu doakan majlis akak aku berjalan dengan lancar walaupun tak grand , yang penting nikah kan .
So to my sister , be strong, mulut manusia tak boleh tutup . Jangan stress-stress okay , Kalau nak nasihat ke boleh lah direct sebab aku memang suka nasihat orang and back to back dia jadi rencah juga dalam hidup aku nanti . Ok bye Assalamualaikum .
– iyha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit